Pages

Monday, May 12, 2014

Observation

(Entry di bawah bukanlah berbahasa Inggeris)


********************************************************************************

Assalamualaikum W.B.T

Since berjinak-jinak dengan kawan Instagram, aku baru tahu kenapa manusia rajin sangat bergaya or berfesyen. Inilah puncanya - INSTAGRAM - 

Sambil-sambil bergaya tu, kalau ada yang berkenan di mata click button fullow. Click punya click punya click, sedar-sedar follower dia dah beribu-ribu. I mean, berpuluh-puluh ribu. Dan, masa nilah segala nama instashop ada. I mean, baguslah untuk orang yang nak mulakan perniagaan. Alhamdulillah (saya doakan kalian semua berjaya).

Sebenarnya itu bukanlah masalahnya. Masalahnya bila ada yang komen dekat ruangan tu macam "eeee, sponsorlah saya pula" or "untungnya ada yang sponsor, ada tak instashop yang nak sponsor saya?" or "hi! i'm gonna review your instahop but please give me any gifts" dan lain lain.

Well, HELLO????!!!!!! You as yourself should not do things like that. Because of what? Okay, let me tell you, what's the point the owner asked them to review their instashop or gave them one of the items as a gifts for them (those whose had a lot of  followers on instagram?). And yes!!! untuk promote instashop tu. Haaa, pandai pun fikir. Habis, dah kalau followers hang tu beratus ja, apa pula main point depa nak bagi hang promote instashop depa.

Yang kedua, some people shopped at an expensive places (for us who doesn't have a lot of money of course we will think it is expensive) but but if they afford to buy everythings over there. Yes, this person, will get full attention. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi, itu bukan masalahnya.

Masalahnya adalah, when you asked them, "where did you buy this?" or "how much did you pay for this?"
or "what brand of this top?" and etc. But, when they answered your quests, you might said "kenapa mahal sangat?" or "alaa, tak mampunya nak beli." or "untunglah kaya, mampu beli mahal-mahal"

Are you serious babes? Kalau dah dapat tahu, how much, where and what brand. cukuplah kot aku rasa. Tak perlulah reply semua benda haram-jadah tu. Kot-kot tersinggung ke perasaan orang tu, mana kau tahu? Because sometimes, aku kesiankan dekat orang yang terkena ni. Kesian diorang. Beli baju dekat mana pun, jadi persoalan kan?

Aku dok perati je berapa ramai yang buat perangai macam ni. Bagi aku sebenarnya, ukur kemampuan sendiri. Kalau dalam dompet kau ada RM150, takkan kau nak habiskan RM150 terus. kan? mesti mau simpan pergi makan masuk toilet semua.

Bagi aku, simple je. Kalau rasa tak mampu, jangan beli mahal-mahal. Beli yang murah asal cantik dan nampak exclusive. Macam aku, aku banyak perabih duit dekat kasut ja. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi seriouslah. For those yang seriously rasa tak mampu gila nak beli mahal-mahal, janganlah bazirkan duit. Simpan sikitlah weh.h. Jangan nak ikut orang sangatlah.

Dan, video Matluthfi penutupnya. Selamat Beramal.


Hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Friday, April 11, 2014

Kenangan

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Aku ada masalah dalam peng-update-an blog. setiap kali dah setengah jalan aku cerita, aku rasa tak sesuai. Benda yang aku buat? PADAM. Selain masalah tak ada laptop dalam rumah, hanya tunggu abang aku balik cuti semester, aku rasa itu jelah alasan aku paling berguna. So, memandangkan aku stay up malam ni, jadi aku decide nak pinjam laptop abang aku untuk update blog (thank you, hafzarul)

Jadi, malam yang ditemani bunyi air-cond serta bunyi kucing berdengkur, aku layan kan akal aku untuk susun ayat dan type supaya korang boleh baca (itupun kalau ada). So, here we go!!

Aku nak tanya, sepanjang bertahun-tahun kau sekolah, takkan tak ada sedikit pun kenangan yang melekat dalam hati dan akal kau? Yang boleh buat kau gelak, rasa nak nangis, rasa rindu, rasa macam-macam. Aku rasa tipulah kalau kau kata tak ada (kecuali kalau kau lone ranger).

Tak, tak. Aku bukan nak cerita pasal korang punya memories tu. Sebenarnya, aku nak sangat post gambar-gambar masa aku form 4 ataupun form 5 yang ada dalam phone aku ni. Sebab, ini jelah yang ada untuk aku lepaskan rindu dekat budak-budak kelas aku. (lap airmata). Mehh, jamah mata anda semua.

(so, here my classmates with my super duper supporting teacher)

(i knew this one lovely picture that makes me look i'm so cute)

(i am so little compare to my others friends)




(can you find me?)


so, all of these pictures i'm gonna use #throwback2012. Sebab apa eh? Sebab, ni je gambar yang aku ada dalam phone untuk 2012. so, lets check it out #throwback2013








(graduation day)





(last day for us)





okay! Siap dah throwback aka kenangan form 4 ataupun form 5. Sebenarnya, kenangan dengan gambar ni,  sikit kalau nak dibandingkan kenangan masa yang ada dengan diorang. Terlalu banyak masa yang diperabihkan dengan budak classmate. 

Aku selalu sangat berharap, tak kisah jauh mana pun kita semua ada, classmates aku dari sekolah rendah ataupun sekolah menengah, schoolmate pun boleh, aku selalu berharap kita selalu kenal antara satu sama lain. Terutama yang pernah rapat. Aku harap sangat hubungan sebagai kawan dan sahabat takkan pernah terpisah walaupun sedikit. Amin. 

"Lots of people want to ride with you in the limo, but what you want is someone who will take the bus with you when the limo breaks down. – Oprah Winfrey"

hak milik tercipta: nurhafzleen amelia 




















Monday, December 23, 2013

#campakbelakang2013

Assalamualaikum W.B.T

Seperti yang dijanjikan... *baca selanjutnya*

Alhamdulillah. Selesai juga lima tahun persekolahan dekat SMK Darul Ehsan. Menjadi seorang murid yang memegang jawatan sebagai Pengawas Pusat Sumber sekolah pengalaman yang memang susah nak lupakan *skema punya ayat*. Menjadi ahli kadet bomba sekolah, kalau bab muka hitam bila dah nak sukan tahunan tu, memang paling bahagia sangat aku rasa. Haha.

And, yes. Dua tahun bersama kelas 5 Akaun 1 perkara yang susah nak dilupakan sebenarnya. 12 orang perempuan melayu. 2012 dua orang lelaki melayu dan penambahan seorang lelaki melayu pada tahun 2013 dan telah menjadikan 12 orang perempuan melayu dan 3 orang lelaki melayu pada tahun 2013.

tapi, semua benda ni, takde kaitan pun dengan #campakbelakang seperti yang tertera di atas. #campakbelakang ni diilhamkan daripada semua pengguna facebook, twitter dan instagram. yeah. aku maju sikit dah sekarang, hihi.

okay, let's treasure what I got on my phone (sebabnya, selalu dekat sekolah, phone aku akan jadi camera mangsa dan kawan-kawan aku suka gilaaaaa tangkap gambar. SANGAT!)

                         




Gambar lepas trial ni. Memang muka semua poyo bahagia dengan markah trial kan. memang ni. memang.







ini gambar masa graduasi. tahun kedua graduasi buat dekat Ideal Convention Centre. 


 


                               



gambar kekonon last day sekolah sebelum mula SPM

Masa kekonon last day sekolah, sebelum SPM mula tu, biasalah ada sesi memohon maaf seploh jari di susun andai kata terkasar bahasa dan terlebih cara. Melampau betul aku ni. Hehe. Dan, biasalh berkumpul dekat dewan. Dan ada laa, babak babak menangis sikit. Kalau masuk Anugerah Skrin, confirm ramai budak sekolah aku menang.

Apa? Aku menangis ke tak? Takdelah. aku nak nangis buat apa. Aku berjiwa kental sikit. sikitlah. masih lagi berjiwa kental dan tak terasa diri ini lemah. Hihi. Tapi, sebenarnya sayu juga hati aku. Maklumlah nak berpisah dengan cikgu-cikgu, and classmates. Lagi-lagi, tu haaaaa, anak dara yang dok kat tangga tu. Memang rindu.

RIndu nak buat potluck setiap kali habis exam. Rindu nak study sama-sama dalam kelas. Rindu nak stay back dekat sekolah dampai pukul 5.30 ataupun 6.30 ( kalau hujan ). Rindu nak sambung nyanyian orang lain ( nak kata Anis ).Rindu segala kata-kata lawak semasa belajar. Rindu nak ada semangat belajar. Rindu semuanya. Tapi, paling aku rindu! Rindu classmates teman aku naik bas buat kali pertama selama 17 tahun.

Tapi, aku ada satu impian. NAK SAMA TEMPAT BELAJAR DENGAN DIORANG SEMUA! *group hugs*

"Sudahlah jangan menangis lagi, ku rasa cukup sampai di sini, mungkin di suatu saat nanti, kita kan berjumpa lagi"

Hak cipta terpelihara: nurhafzleen amelia

Thursday, December 12, 2013

The Girls.

Assalamualaikum W.B.T

This is very last minutes punya planned. very last minutes i guess. Because? yeah, Tir and Gea whatsapp me, then they asked, "nak keluar selayang mall tak esok? jomlah. semua dah okay." very unplanned. Dan, punyalah susah aku pujuk Abah untuk lepaskan aku Selayang Mall dalam masa sehari.

Dah tu, ajak pula masa aku dah laburkan duit pula tu. But, seriously, i am very happy with them. Of course lah kan, kalau dah lepak dengan best friends forever. mestilah sentiasa happy. First yang sampai, of course lah Tir then, Safiah and Gea, then Aisyah and lastly, of course lah its me.

Mula-mula diorang teman Safiah makan KFC, entah apa dibincangkan pun, tak tahulah, yang aku tahu, mesti aku jadi bahan gelak tawa diorang. sebab aku lambat. mungkin pasal aku lambatlah, Tir called and said "Ame, flight kau delay eh? Haha." Sabar jelah aku. Bila aku sampai, kononnya kata, diorang dekat KFC tunggu aku, rupanya ke DIY. Berfungsi sangat masuk KFC sorang-sorang cari diorang. haih.

Dalam DIY tu, tak payah cakap. Buat kedai tu, macam ada share je memasing. Kemain bising. Tir tu, tak payah cakaplah. Punyalah dia tanya macam-macam. Lepas tu, merepek sensorang. Aku dengan Gea syak, Tir ni memang jarang beli perhiasan rumah agaknya. Haha

Lepas pergi DIY, straight pergi ke Ayam Penyet. Memasing memang nak makan Ayam Penyet. Aku pun memang dah plan nak makan Ayam Penyet lepas SPM, and luckily Aisyah joined the club. Sama juga nak makan Ayam Penyet. Sementara menunggu, Tir dengan Safiah ke Secret Recipe. Haaa, masa nilah, Gea, Aisyah dengan aku jalankan rutin kitorang. Hehe.

Then, Tir and Safiah sampai. Memandangkan makanan pun dah sampai kan, so, dimulakan dengan bismillah. Baru kitorang makan. Yang tak makan Safiah and Gea je. Sebabnya, diorang dah makan dekat KFC kot.
And kesian dekat Tir. Sebab Tir bukanlah jenis manusia yang makan pedas. Menangis-nangis dia makan. Memang pedas pun sambal dia.








Lepas makan, Tir nak pergi Watsons. Sebelum balik, semua temanlah Tir ke Watsons. Yang aku dengan Safiah, pergi tengok kasut, memang cantikss gilasss kasut tu. High heels laa, tapi, menawanlah.. Tapi, baru beli kasut, lepas tu tak boleh beli. Hihi

Bila Tir dengan Aisyah dah balik, tinggallah aku, Safiah and Gea. Dan, memang bergambar kemainlah kan kitorang tiga orang. Banyak je gambar sebenarnya, Tapi, disebabkan line macam ermm ermm, tak dapatlah nak letak bebanyak. :-D



Met my girls and i hope and always hope, our friendship will never end. Love you girls!

Hak cipta terpelihara ; nurhafzleen amelia

Friday, October 18, 2013

Soalan SPM Bakal Menghantui Anda

Assalamualaikum W.B.T.                                                                                                            


Nampaknya, macam lama sangat kan tak update apa-apa.. Okeng. So, nak kata macam mana eh ni. Sedihnya, bila dah lama tak meng-update apa-apa, then, bila nak update macam takde idea. Actually, banyak je cerita nak tulis. Tapi, kena set the date after SPM agaknya. Sebab harini nak update pasal SPM je. Bolehkan?

Selalu je ingatkan diri sendiri bahawa budak Account macam aku ni, kena banyakkan latihan demi latihan, setiap hari sekurang-kurangnya 2 latihan. Tak kisahlah untuk subject Prinsip Perakaunan ke, Additional Mathematics ke, Mathematics ke, semuanya kena sama rata punya latihan. Tapi, aku ni bukanlah jenis kaki buat latihan. Sebab aku ni jenis kaki membaca. Jadi, markah trial haritu memang ke gaung.

Dan paling jauh jauh ke gaung adalah AddMaths. Dan sejak trial juga, aku rasa give up dengan AddMaths dan keputusan itu telah membawa aku lebih fokus kepada subject lain terutamanya Prinsip Perakaunan and Mathematics. Dan sejak itulah classmates aku selalu je ajak setudi AddMaths sama-sama dengan motifnya untuk membantu aku. Dan alhamdulillah. Aku ada dorongan dari classmates yang rajin buat latihan.

Bila SPM nak dekat, aku selalu guna konsep "Jangan stress kan diri sendiri yang akhirnya membawa akibat merosotnya prestasi di dewan semasa menjawab soalan pada SPM yang sebenar." Sebab, semakin dekat nak SPM, aku rasa semakin aku merepek dalam life aku. Ya. Kehidupan sedikit huru-hara bila nak SPM. Tapi, hidup biar bijak. Biar merapu siang hari, malam hari kena belajar. Dan selalunya belajar malam ni, risiko untuk parents katakan kau tak setudi amatlah tinggi.

Oh ya, SPM bermula pada 6/11/2013 untuk semua calon SPM. Tapi, siapa yang ambil elektif macam aku, iaitu AddMaths, Economy and Account akan sama habis dengan aku iaitu 2/12/2013. Aippp..budak science stream jangan bising.tahulah habis awal en. Heh. Aisyah, Gea, Fiah, Tir memang akan bahagia dulu sebab diorang meredeka dulu. Heh. Jeleshh. And wait 2/12/2013 tu masa birthday aku, so bolehlah ke Secret Recipe untuk Chocolate Indulgence. Oh, itu lagilah bahagia.

Dan semoga berjaya kepada semua SPM candidates 2013..



SPM ..............



Hak milik tercipta: nurhafzleen amelia





































Saturday, June 22, 2013

Jelajah Dunia Luar



Assalamualaikum W.B.T


Aku seorang perempuan. Aku seorang anak. Aku masih lagi under age. 17 tahun masih lagi dibawah penjagaan ibu ayah, kakak abang, ermm ermm dan aku masih lagi bersekolah. 

Bukan itu yang aku nak tuliskan dekat sini sekarang ni. Yang aku nak bagitahu, hidup. Ya. Pasal hidup. Memang aku umur 17 tahun. Dan sesiapa yang baca ni, mungkin akan kata "Ahh kau! Budak kecil. Apa kau tahu? duit belanja sekolah pun Mak Ayah yang bagi." Mentaliti orang kita.


Hidup. Sepanjang aku hidup ni, macam-macam aku perhatikan. Aku ni, bukanlah anak liar yang keluar setiap hujung minggu. Yang masuk pagar depan sekolah, keluar pagar belakang sekolah walaupun Mak Ayah yang hantar. Aku bukanlah jenis yang keluar merayau tanpa Mak Ayah. Aku pun bukanlah jenis anak yang suka keluar dengan kawan-kawan ke Mid Valley, Pavillion, Times Square. Aku bukan macam tu. 

Bukan nak kata aku ni baik. Bukan nak kata aku ni buat-buat baik. Tapi, aku memang macam tu. Hidup aku cuma dikelilingi Mama, Abah, adik-beradik, kawan-kawan sekolah, kawan-kawan di taman perumahan, kawan-kawan laman sosial dan ada kalanya mak cik-mak cik surau, aktiviti di sekolah dan ada kalanya aktiviti bersama classmates (yang hanya kadang kala Abah benarkan aku ke Selayang Mall)

Yup. Sometimes, i just doesn't care about my surroundings. Sebab aku selesa juga berada di rumah walaupun kadang-kadang meronta nak keluar dari rumah dan jauh dari sekolah. 

Tapi, ada beberapa benda yang aku perhatikan dan buatkan aku judge mereka yang lebih dewasa. Serious. Memang kadang-kadang aku suka judge perbuatan orang. Tapi, bukanlah mereka yang lebih tua dari aku.

Aku pelik dengan mereka yang lebih dewasa especially dari golongan abang-abang yang suka layan game di facebook mahupun di cybercafe di siang hari. Entah kenapa. Kalau nak kata students, for sure mereka akan hadiri kelas mahupun buat assignment yang sudah tentu ada notes di atas meja. Kalau nak kata kerja, buat apa mereka di cybercafe.

Bila di tanya kenapa di sini (cybercafe) ? Mungkin ada yang kata mereka main game dan sebagainya. Jawapan paling tak boleh terima bila mereka yang berumur dalam lingkungan 26 hingga 30 berada di cybercafe untuk bermain game.

Bila di tanya, bekerja sebagai apa? Mungkin ada sebahagian besar daripada mereka berkata mereka tidak mempunyai pekerjaan. Jadi, mana mereka dapat duit untuk bayar duit selama berjam-jam di cybercafe ini? Sudah tentu mereka akan berkata dari Mak Ayah.

Kadang-kadang, aku pun tak faham. Kenapa usia seperti mereka masih lagi mahu meminta duit dari Mak Ayah sedangkan ada sahaja rakan seusia mereka sudah mempunyai rumah dan kereta ataupun sudah mempunyai keluarga. Tapi, apa terjadi pada golongan yang suka bermain game di cybercafe? Sudah tentulah mereka jauh lebih mundur daripada mereka yang sudah berjaya menentukan hidup.

Abang-abang yang layan game tak tentu hala, silalah tentukan hidup kalian. Wanita sudah bekerjaya. Sudah tentu mereka mahukan pasangan hidup yang bekerjaya juga. Walau gaji tak mencecah jutaan ribu ringgit sebulan, cukuplah hanya mempunyai pendapatan tetap. 

Aku masih budak. Ya. Memang banyak yang aku akan lalui untuk harungi hidup yang belum pasti Allah letakkan di mana. Tapi, Allah akan letakkan aku di mana aku cuba untuk berada. Aku yakin Allah membantu.  Membantu untuk teruskan kehidupan yang tak pasti. Meletakkan di tempat yang aku paling ingini dan mungkin di tempat yang aku amat perlukan untuk teruskan hidup. 


Jika kau lebih matang dari aku, jadi, kau mampu tentukan hidup kau. Dunia memandang pada duit. Manusia memandang pada duit. Jika kau mampu berdiri atas kekayaan kedua ibu bapa kau, aku rasa, berkemungkinan kau salah. Berkemungkinan. Kau takkan mampu mempunyai rasa tanggungjawab untuk keluarga sendiri apabila terlalu bergantung kepada kekayaan ibu bapa kau.

Mungkin, banyak benda lagi aku akan fikir lepas tengok apa jadi kepada mereka yang lebih berusia dari aku. Untuk jadikan teladan mungkin. Ataupun untuk jadikan sempadan. Jangan pernah kau lupa. Sekeliling kau boleh dijadikan teladan dan sempadan. Maka, untuk berjaya, ambillah teladan dari mereka dan jadikan sempadan jika itu tidak baik untuk kau. 


Sekian.

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia