Assalamualaikum W.B.T
Hai readers! semalam, pergi sekolah dengan tujuan yang sama untuk membuat folio account dan folio AddMaths dan nak ke BSN BBS. Pagi-pagi lagi aku dah bangun, namun tetap terlambat pergi ke sekolah. Janji dengan budak kelas pukul 8, tapi sampai sekolah pukul 9. Habis mengamuk diorang. Haha
Sampai-sampai je, makan nasi goreng 50 sen ( padahal RM1 ) dulu. Lepas tu baru start buat folio. Mula-mula kemain semuaa bertengkar nak buat yang mana dulu. Sama ada account or AddMath.. Buat dekat kantin pula, habis kepoh kantin sekolah aku tu. Mementanglah kelas aku tak ada kelas tambahan untuk program GaLus (Gagal nak ke Lulus kata cikgu ) untuk cuti ni.
Tapi, disebabkan cuti dua minggu bersamaan dua folio ( account dan addmath ) yang WAJIB dihantar seminggu selepas buka sekolah, jadi, memaksa kami ke sekolah. Macam-macam lawak yang ada, tambahan pula, ada Jijah Farrahin yang suka buat suara ala-ala mat bangla yang jual carpet tu. Dia dok usik Jijah Naimah. Tak berhenti kitorang gelak.
lepas dah buat SIKIT folio account, plan nak geraklah ke BSN BBS. And fyi, aku baru first time naik public transport seperti bas Rapid KL aka limosin yang Jijah Arina panggil sempena meraikan first time aku naik bas Rapid KL. Bukan aku nak kata aku anak orang kaya, cuma Mama Abah memang tak pernah bagi aku naik public transport sebab takut something happen kata mereka.
Tapi semalam, aksi nekad aku, aku pergi juga, dengan kawan yang dah disebutkan nama mereka di atas sana ( title ). So, dengan bantuan mereka, berjayalah aku menjejakkan kaki ke dalam bas Rapid KL. Ermm ermm, tapi, sebelum tu, aku ada TERtanya diorang soalan ni "wehh, bas datang pukul berapa??" kemain diorang gelakkan aku. Kata mereka, "MEMANG BAS ADA TIMING KAN..."
Okay, bila naik je bas, Jijah Arina, bukannya nak tunjukkan dekat aku, mana nak masukkan duit! Dia boleh bantai blah dulu, tinggalkan aku. Yang tegur aku pun, Jijah Atiqa. Haihhh. Tahu tak, aku nak masukkan duit tu dekat mana? Dekat tempat kad rapid tu. --'
So bila dah sampai BBS, teruslah pergi BSN, tapi malang buat kami, bila akak kaunter tu kata, No. ID Matriks tak buka lagi ( sedangkan kata penceramah masa taklimat UPU haritu, sudah dua minggu dibuka ) ... Lepas tu, Jijah Hanani ajak pergi KFC. Pergi KFC, langsung tak ada dalam rancangan sebenarnya.
Tapi, untuk tidak menghampakan Jijah Hanani, teruslah kami ke KFC berada di block bertentangan dengan BSN. Sampai je KFC, masing-masing tak tahu nak makan. Sebab masing-masing bawa duit untuk beli no. ID je padahal. So, decided nak share-share je.
Sebelum decided nak beli, kitorang semuaaa bincang nak beli apaa, dan berapa yang nak kena bayar sorang, sebabnyaaa, kan kitorang nak share. Jadinya, semuaa dok buka lembaran akaun dekat depan kaunter tu. Yang Jijah Atiqa pula, terlalu bijaksana dan terlalu pintar pergi bersandar dekat pintu masuk staff KFC tu.
Elok je Jijah Atiqa bersandar sambil berbincang, tiba-tiba ada sorang abang aka staff KFC tu, buka pintu dari dalam lalu tombol pintu itu tepat mengena Jijah Atiqa dan gooooaaaaaaaaaaalllllll!!! kami tergelak sebab Jijah Atiqa kena tombol pintu tu, dan juga sebab nak cover malu dengan abang KFC tu. Yang abang KFC tu, pergi gelak jugak dah kenapa? XD
Lepas dah malu tu, Jijah Arina rancang macam ni, dinner plate untuk aku, Jijah Naimah dan dia. Dan Jijah Hanani dengan Jijah Atiqa berkongsi beli snack plate.. Nampak tak, masing-masing memang tengah sengkek, tapi still nak makan KFC. Haha. Tapi, satu je yang seronok masa ni, korang akan terfikir "rindunya zaman berkongsi duit sebab nak makan something, dan kawan-kawan membantu untuk capaikan impian aku dan mereka..."
lepas dah makan KFC tu, semuaaa plan nak serang rumah Jijah Dayah.. Tapi, sebelum sampai rumah Jijah Dayah, tiba-tiba ada tragedi kereta bergerak sendiri tanpa angin dan ribut. Dan tanpa berlaku sebarang berlaku perlanggaran dan semuaa bendalah!
Masa Jijah Atiqa, Jijah Hanani dan Jijah Naimah lalu depan sebuah kereta ni, tiba-tiba je kereta tu menggelongsor ke belakang. Mungkin sebab struktur jalan yang berbukit, menjadi faktor utama kenapa kereta tu boleh menggelongsor. Dan masa tu, hanya aku dan Jijah Arina je yang masih belum lalui kereta tersebut.
Dan! paling menduga iman nak gelak tu, yang si Jijah Hanani dengan Jijah Naimah ni, diorang boleh bantai gelak dan langsung tak membantu. Jijah Atiqa pula dok terjerit-jerit panggil uncle ( pemilik kereta tersebut ) . Sedang elok menggelongsor, Jijah Arina berlari menyelamatkan keadaan yang huru-hara dek gelak tawa Jijah Atiqa, Jijah Hanani dan Jijah Naimah.
Mula-mula aku pun nak tergelak juga dan tercegat tengok kereta tu... Tiba-tiba Jijah Arina ni, macam ala-ala catwoman gakk ahh, sebab dia sedang menyelamatkan kereta tu dari berlanggar dengan kerete belakang, tapi disebabkan tenaga dia sorang je, memang dia tak mampulah kan nak tahan kereta tu sorang je. So, dengan baik hatinya, aku membantu, walaupun hati nak tergelak sebab benda tu.
Yang Jijah Arina ni pula, boleh masuk dalam kereta, konon nak tarik hand break, tapi disebabkan aku takut benda lain pula yang jadi, aku tak bagi Jijah Arina buat apa-apa. Kira tengah panic sungguhlah ni. Yang member aku tiga orang tu, tengah panic pun, boleh gelak lagi! Nasib baik uncle tu cepat sampai, kalau tak, mahu luka tangan tahan kereta diaa yang berat gilaaaaaaaa tu!
lepas uncle tu, take over dia punya kereta tu, barulah aku melepaskan gelak yang aku dok tahan dari tadi. Haha. Rasa nak marah ada, rasa nak gelak ada. Nak marah, sebab Jijah-jijah tu gelak, tapi nak tergelak bila teringatkan perangai masing-masing bila panic, langsung tak boleh harap! Tapi, itulah nama kawan baik. Haha..
tapi, malang lagi sekali, rumah Jijah Dayah berkunci. Mungkin keluar. lagipun, called number dia pun, tak di jawab. Masuk voicemail. Buang habis kredit aku je called dia. Haihh. Jadinya, bila dah tak ada tu, lepaklah dekat taman permainan depan rumah Jijah Dayah. Kemain kau masing-masing main buaian panas-panas. Ala-ala budak-budak gitu.
lepas tu, Jijah Atiqa ajak pergi pijak batu-batu yang kecil tu. Alaaaaa, yang konon-konon urut kaki tu. elok je tempat redup. Jijah Atiqa, buat kejap, lepas tu ke tepi. Buat kejap, lepas tu ke tepi. Sakit agaknya. Datang Jijah Arina, cakap macam ni "alaaaa, tengok aku, rileks je ~ " padahal, pakai kasut. Dasar hampeh punya kawan! Tapi, terpaksa lari dari tempat tu, sebab ada banyak kerengga. Uwwwww ~~~
Jadi, bila tak ada apa-apa nak dibuat lagi, semuaaa nak balik naik bas, cuma Jijah Atiqa je yang menunggu Mak dia ambil dekat BBS. Jadi, hanya tinggal aku, Jijah Arina, Jijah Naimah dan Jijah Hanani. Dan, lagi sekali, naik bas, menggunakan duit RM1, kira berkongsilah aku dengan Jijah Arina, dan aku nak masukkan lagi sekali, duit tu dekat tempat kad rapid dan Jijah Hanani menegur. Allah! malunyaaa lahai. Haha.
Bila dah naik bas tu, tiba-tiba aku tanya soalan buduh dekat Jijah Arina. Berbunyi "apa rasa tekan loceng stop tu ehh?" haha. Kemain lepas tu, Jijah Arina suruh tekan, tapi aku tak nak tekan. Tak tahu kenapa. Jijah Arina dan Jijah Naimah turun tempat yang sama. Aku turun depan kedai kelantan dekat sekolah aku, dan Jijah Hanani turun dekat warta, kata Jijah Arina.
Dan, haritu sangat penuh dengan gelak ketawa. Entah kenapa, bila aku fikir balik, teringat balik, kelakar juga benda alah tu. Pernah korang rasa, satu cawan, satu straw, kongsi sampai tiga orang? Yup. Aku, Jijah Arina dan Jijah Naimah buat benda alah tu. Bila Jijah Atiqa tegur, senang je jawab "mengeratkan hubungan silaturrahim :D"
Tapi, aku tak faham, kenapa semuaa orang geli dengan berkongsi bekas minuman dan bekas makanan yang sama. Sedangkan Nabi Muhammad pun berkongsi minuman dengan isteri Baginda. Jadi, kenapa perlu geli? Boleh mengeratkan hubungan silaturrahim kot, aku rasa. :D
Okaylah. Sudah cukup cukup sudah, cukup sampai di sini saja. :D
Hak milik tercipta : nurhafzleen amelia
Thursday, May 30, 2013
Wednesday, May 22, 2013
♥♥♥ ♥♥♥ ♥♥♥ Mother. Ibu. Mama. Mummy. Mak. Ummi. ♥♥♥ ♥♥♥ ♥♥♥
Sedar tak, bahawa kehadiran kita, sangat penting untuk Ibu?? Sesiapa yang tak sedar tu, mohon pergi hentak kepala dekat dinding kasi masuk hospital. Tengok siapa yang nak jaga kita. Sah-sah Ibu kita. Tengok, betapa pentingnya kita, sebagai anak, penting bagi seorang Ibu.
A Mother doesn't just carry you in her womb for nine months but carries you in her heart for a lifetime.Faham tak maksud qoute ni? Kalau tak faham, mohon pergi google translate. Korang tahu, betapa terseksanya Ibu kita menahan sakit nak kasi korang keluar tengok dunia ni, memandangkan korang tak sabar-sabar nak tengok dunia. Separuh nyawa Ibu kita nak kasi kita keluar.
Cuma, bila korang dah besar sikit ni, mungkin Ibu saja-saja je tak nak tunjukkan kasih sayang dia dekat kita. MUNGKIN! Siapa tahu kan? Tapi, dalam hati Ibu, Ibu selalu nak yang terbaik buat anak-anaknya. Well, buruk mana pun kita, pastinya Ibu akan tetap sayang kita.
Pernah dengar tak ayat ni
Seorang Ibu sanggup menjaga sepuluh orang anak, walaupun hidup dalam kepayahan dan menahan lapar. NAMUN, seorang anak, tak mungkin mampu menjaga IbunyaTak ada sifat perikemanusiaan langsunglah you guys. Seriously. Cuma baca ayat tu ulang-ulang kali. Dan cuba rasa korang pula ada dekat tempat mereka. Hentikanlah jawapan korang yang korang tu masih muda. Tak sedar lagi 10 tahun korang pun bakal ada anak. Tak sedar lagilah tu?
Haritu, aku sengajalah ngadap buku kak Rehan Makhtar milik kawan aku, Anis. Tak berapa ingatlah tajuknya. Tahu tak? aku dapat tangkap satu nilai yang patut kita semuaa terapkan dalam diri. Dalam cerita tu, ada sorang heroin yang namanya Cinta Nur Naqiah yang dapat layanan tak baik dari Mak dia. Berbeza dengan kakak dia, Cinta Nur Nadiah. Tapi nak tahu, apa yang Cinta Nur Naqiah tu, set dalam mind dia?
"Kalau tak kerana Mak dia, tak mungkin dia akan dapat lihat dunia. Tak mungkin dia akan berada di dunia, walau buruk mana pun layanan yang dia dapat, Mak tetap Mak. Redha Mak sangat penting untuk teruskan hidup" - Cinta Nur NaqiahSee? betapa bagus seorang penulis terapkan nilai suci lagi murni ke dalam penulisannya untuk pembaca terapkan dalam diri. Betapa buruk pun layanan Ibu yang korang dapat, garang mana pun Ibu yang kau dapat, jahat mana pun Ibu yang kau dapat, ingat jelah ayat Cinta Nur Naqiah.
Tapi, lately ni, classmates aku dok cerita pasal Afiq Muiz dengan Mak dia.. tak tahulah aku cerita dia macam mana. Bagi aku, biar pun Afiq Muiz tu ada girlfriend, ajaklah girlfriend tu berbaik-baik dengan Mak. Bawa-bawalah rapatkan hubungan sesama manusia terutama sesama Islam.
Kalau nak kata Mak nak kikis harta, alaaaa, Mak je pun nak kikis harta. Mak kau kot! Bawalah beringat. Ingat sikit, sekali Mak hantar bills masa kecil-kecil dulu, tak tertanggung nak bayar. Boleh muflis tahu, kalau nak bayar balik apa yang Mak dah kasi.
Jadi, bawa-bawalah beringat kepada sesiapa yang tak ada pasangan tu, carilah yang elok-elok. Carilah yang direstui Ibu Bapa. Penting tahu redha Ibu Bapa.. Nak dapat redha Allah, dapat redha Ibu Bapa dulu. Itu syaratnya. Dan, bakal menantu semua, silalah berbaik-baik dengan keluarga bakal suami ya? Kepada yang malas nak cari pasangan tu, suruhlah Ibu Bapa cari kan. Tak adalah gaduh-gaduh sampai nak saman-saman ni, yee dakk? Okaylah, selamat beramal.. Selamat mendapatkan redha dari semuaa pihak :))
kepada Puan Norlizah Bt Rahmat, Saya sayang anda! tak romantiklah pula. Okay, Mama! Sayang Mama sangat2. Muahhhh2 :*
Hak milik tercipta : nurhafzleen amelia
Subscribe to:
Posts (Atom)