Pages

Sunday, July 10, 2011

surat cinta daripada perempuan

 lama nya saya simpan rahsia... saya nak bagitau awak sesuatu ni , tapi awak janji tau , jangan gelakkan saya .. dah lama kot saya simpan rahsia ni , mungkin , sudah tiba masa nya , saya bagitau awak .. di sini , saya titipkan surat untuk awak

Assalamualaikum W.B.T
   
   Awak , awak kenal tak saya?? budak perempuan yang selalu tengok awak dari jauh , bila awak nampak saya , mesti awak cakap "hey budak !! kau pandang-pandang aku kenapa?? aku tau aku ni handsome , tak payah nak tengok aku lama-lama , kalau kau lawa takpe lah jugak" 

  masa tu kan awak , saya rtak kisah sangat , sebab say sedar siapa saya , saya tak layak untuk awak , yelahh , awak anak orang kaya .. saya tak cakap saya ni bukan anak orang kaya , cuma saya tak suka bagitau orang yang saya ni anak orang kaya

   hari demi hari , sekarang kita form 2 , ahhh ,awak semakin bergaya  comel gilaa lah awak..tapi saya lagi comel..awak je yang tak nampak...kalau terserempak dengan awak dekat tangga awak mesti perli saya "eh , korang nak tau ? ada budak perempuan tu kan , perasan comel kot , bibik aku dekat rumah tu lagi comel rasa nya " kemudian awak dengan kengkawan mesti gelakkan saya

   awak nak cakap , apa-apa pun , cakap lah , asalkan saya kelas pertama dan awak kelas kedua .. makna nya saya lagi pandai dari awak..huh!! muka je comel , tapi kurang bijak..tak mahu lahh..

  saya ingat lagi , sjak saya form 3 , saya dah pandai jaga penampilan , ramai orang minat saya,  sampai awak pun tergila-gila kan saya...haha..masa tu , saya terpaksa berlagak diva..well , saham tengah naik kan? terpaksa lah jual mahal

  saya ingat jugak , masa valentine's day , awak jumpa saya , awak berlutut depan saya then awak cakap "awak , maafkan segala yang telah saya lakukan , terima lah bunga dan coklat ni tanda awak sudi terima saya sebagai kekasih hati awak sempena hari kekasih "

  tapi , disebabkan saya nak balas dendam apa yang awak buat dekat saya , jadi saya cakap :ehh , kau fikir , aku nak sangat semua ni??aku tak nak lahh..aku tak heran semua ni..daddy aku pun boleh beli semua yang aku nak , one more thing , saya tak sambut hari kekasih bagai ni , awak nak tau , hari kekasih langsung takde dalam kalendar Islam , so , awak bagi la semua tu dekat bibik awak ye??"

  yeahhh!! lepas je cakap macam tu , saya bahagia sangat sebab dapat balas balik apa yang awak buat kat saya , tapi dalam masa yang sama , saya teringat kata-kata ustazah saya "Nabi Muhammad tak pernah balas apa yang telah dilakukan orang kafir pada baginda , walaupun telah dibaling dengan najis unta "

  tak sangka , saya ni takbur ... berdosa saya pada haritu...tapi saya terpaksa , saya nak sedarkan awak bahawa tak semua perempuan cantik diluar maka cantik di dalam ,.. tengok saja pada ex girlfriend awak...

  semua nya kaki kikis duit...tapi awak langsung tak sedar ,..sebab apa?? sebab awak nak kan kecantikan mereka saja...sejak form 2 lagi saya mula tak suka dengan perangai awak yang agak annoying tu...


  hmmm .. sejak PMR around the corner...saya dah jarang nak pergi rehat ..masa trial  saya dah cuba sehabis baik , namun saya cuma dapat 6A2B...sedih nya saya...tapi bila kengkawan saya kata , result awak 4A4B..saya kesian tengok awak ,..


 sampai kan mummy awak datang sekolah..marah-marah awak..mesti awak malu kan?? tu la awak , main-main lagi..belajar takmau..one day , masa saya dekat pusat sumber , awak datang , awak tegur saya...tapi saya buat tak tahu je .. kejam kan??


  hmmm sampai laa kita sama-sama PMR .. saya masih malas nak tegur awak..awak fikir kan , saya marah awak..betul tak?? sampai awak hantar surat dekat saya..tapi sebenarnya tak..saya tak marah awak lahh..saja je buat gimik macam tu


  akhirnya , masa result keluar , saya dapat 8A .. Alhamdulillah . awak dapat 7A1B je ... for the first time , saya tengok awak nangis depan umum...kesian awak...bila kengkawan awak pujuk , awak tengking-tengking diorang..


 bila saya pergi dekat awak , saya cakap sesuatu dekat awak , awak pandang saya dan awak mintak maaf..kemudian , kita jadi kawan rapat..kan??? sampai satu hari...masa kita form 4 , ada orang tuduh saya..orang kata saya ni buat benda tak senonoh dan macam-macam


  tak sangka awak goyah dengan apa orang lain cakap berbanding saya cakap..sampai hati awak...awak kata saya perempuan murahan , Allah saja yang tahu betapa perit nya hari-hari yang saya lalui lepas kita tak berkawan lagi..


   bila saya form 5 , mummy and daddy nak hantar saya pergi belajar overseas..tapi saya takmau..sebab saya nak terangkan segala-galanya dekat awak.saya taknak awak buruk sangka dengan saya..saya tak tahu lagi apa yg patut saya buat..


   ya , mungkin macam mummy saya cakap ; susah nak dapatkan kepercayaan seseorang ,..
tapi saya tak besalah !! saya kena tegakkan keadilan..maruah diri saya tercalar..saya taknak awak tuduh-tuduh saya lagi..saya bukan macam awak sangka


  one day , saya tib-tiba aje rebah depan pintu bilik saya ,.. mummy bawak saya pergi hospital , saya kena tahan 3 hari .. saya tanya mummy , bila boleh balik , mummy cakap , tak lama lagi .. itu je.. bila saya tanya , kenapa saya tak boleh keluar , mummy kata , doktor tak bagi kebenaran keluar lagi....


   bila dah keluar hospital , saya ke sekolah macam biasa..semua orang tak tahu saya masuk hospital..saya taknak orang tahu..sebab tu saya rahsia kan...saya carik awak..seharian , tapi saya tak jumpa awak,.saya pergi kelas awak..classmate awak kata , awak dah pindah..


  masa tu , hampa nya harapan saya dekat awak...awak tahu?saya sanggup tak pindah sebab nak jelaskan segala-galanya dekat awak..tapi awak yang pindah dulu dari saya...apa yang boleh saya buat....takdir telah menentukan segala-galanya


  saya pun pindah selepas seminggu awak pindah...awak..saya tinggalkan hati yang telah awak lukakan di Malaysia..terima kasih atas segala-galanya..masa semakin pantas bergerak..selepas je kelas , sepatutnya saya pulang ke rumah , namun , saya ambil keputusan untuk pergi terus ke hospital ingin mengetahui selanjutnya apa yang telah menyebabkan saya selalu pening..


   dan akhirnya,..saya dapat tahu penyakit saya...awak..saya perlukan awak masa itu.tapi awak takde...awak terkubur dalam hati saya..tak siapa pun tahu..saya tahu , mummy rahsiakan semua  ni daripada saya sebab taknak saya lemah semangat..namun , ini lah ujian nya,..


   satu hari , kita terjumpa ,.. yea..mungkin jodoh kita buat masa ini...awak lamar saya..tapi saya taknak.alasan saya , saya tak boleh hidup dengan orang yang pernah melukakan hati saya...maafkan saya awak ,. saya terpaksa menipu.berdosa kah saya??


  awak cakap "awak , saya sedar saya ni bukan lah baik mana , tapi saya tetap tak macam awak.hipokrit .. gaya macam orang yang baik , lamaran ikhlas saya pun awak taknak terima "
saya tak banyak nak ulas masa awak cakap saya hipokrit...pada saya , biarlah apapun yang awak nak cakap..saya tetap dengan keputusan saya masa tu


   setahun kemudian , saya dengar khabar awak nak berkahwin .. saya takut nak tanya awak..jadi saya diam aje..satu malam , selepas mengaji , telefon saya berbunyi "saya dah nak berkahwin , harap awak dapat hadirkan diri , untuk memeriahkan lagi majlis saya , kehadiran awak mungkin dapat menceriakan saya "


   saya nak balas  tapi , hanya Allah yang tahu macam mana hati saya masa tu ... Ya Allah , kau kuatkan lah hati hamba-Mu ini...sedih nya hati...tidak mengapa...saya rela demi kebahagiaan awak..saya cuma mencari kebahagiaan di sisi Allah...


   tiba hari perkahwinan awak..saya datang..dengan senyuman palsu...Ya Allah..kuatkan lah hati ku...cantik nya isteri awak.!! saya tak tipu...entah kenapa saya terasa kabur...rasa macam nak pitam.akhirnya.,,rebah jugak saya...


  saya sedar-sedar..awak ada sebelah saya...awak kata saya dekat hospital..saya pelik lahh , mana isteri awak..awak tak cakap..tapi awak tanya saya "betul ke selama ini awak rahsiakan penyakit awak tu dari saya?kenapa eh?"


   "awak , sebenarnya ,.. dah lama..dari form 5 lagi..sebelum awak pindah lagi , tapi , saya bercadang nak simpan rahsia ni dari awak..awak..sebab saya tak terima lamaran ikhlas awak , sebab saya hanya boleh hidup lagi beberapa bulan aje..saya tak hipokrit macam awak kata..saya bukan perempuan murahan macam ourschoolmate kata...awak maafkan saya ye?"


  lepas awak dengar apa yang saya cakap..awak terus keluar dari wad saya..sejak itu laa saya tak pernah jumpa awak...awak..saay cuma ikhlas berkawan dengan awak..tak lebih tak kurang...awak jangan la anggap saya lebih dari tu..awak pun dah berpunya kan??


  dah panjang sangat saya menulis / menaip . saya penat..mungkin tiba masa nya saya rehat untuk selama-lama nya... semoga awak berbahagia dengan keluarga baru awak.. saya sentiasa doakan awak dan keluarga awak..


 ikhlas  dari saya
                                                         


                ***********************************************************************************


okay..cukup laaa tu..penat dah cik comel ber'emotional' pepagi ni.tak tidur tau !! tak boleh nak lelapkan mata laa..tu yang hantar surat cinta...okay laa..hopefully korang enjoy okay?? 


 hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

No comments:

Post a Comment