Pages

Saturday, March 17, 2012

Pelengkap Hidup Kami Sekeluarga

Assalamualaikum W.B.T

Ya, siapa tahu si kecil ni menjadi Pelengkap Hidup Kami Sekeluarga. Dia lah selalu kena marah, Dia lah selalu buat satu rumah aku marah. Dia lah segala penawar, Dia lah yang buat kami risau. Dia lah yang menangis, tapi lepas tu gelak sebab hanya lakonan semata-mata. Dia lah segala-galanya bagi KAMI SEKELUARGA.

Dia cucu pertama Abah Mama, Anak buah pertama Along, Abang Chik, Mak Uteh dan Mak Cu. Dia lah anak buah tersayang kita orang adik beradik, ya, eventho selalu kena marah dengan Mama or Abah, dia tetap sayang Mama and Abah. and sometimes, aku sebagai Mak Uteh, and Tasha aka Leen sebagai Mak Cu selalu sakat dia, selalu kata Mama and Abah aku dengan adik aku je yang punya. Sampai dia menangis-nangislah. Haha. Jahat betul!

nak tahu tak siapa dia? meh sini dekat meh, kita bagitahu

Raya tahun 2011

Budak kecil comel + handsome ni, pakwe aku yang ke-sebelas. Haha. okay, anak buah aku yang bernama Muhammad Shazlan Hakimie. Dia ni, apa yang penting, KESELAMATAN dia. sampai dia besar sekalipun, keselamatan paling penting. ya, ada tetamu yang tidak di undang nak dia. ceit!


Raya tahun 2011

Dia pelengkap Hidup Kami Sekeluarga. Tahun ni, Kimie dah 5 tahun, dan sebagai seorang Ibu, Kakak aku, atau aku lebih senang panggil kak ngah, hantar Kimie ke Taska apa entah.. dan Alhamdulillah, setakat ni, Kimie dah boleh kenal huruf, dah boleh hafaz surah Al-Fatihah. Dah boleh baca doa makan dengan lajunya.

tak macam dulu, masa dia kecil-kecil, nak baca doa makan pun tergagap-gagap. Nak suruh baca doa pun susah yang amat! Kalau dulu, nak suruh dia duduk depan kita, belajar ABC, 123, Alif-Ba-Ta, pun susah sangat! mesti ada je alasan. lepas tu, kena siap ada ganjaran lagi pulak tu, palingpaling kena buka cerita Ultraman

and now, lepas segala-galanya berjalan dengan lancar, dia lebih mudah belajar, kadangkadang dia lebih suka panggil aku, dari panggil Mak Cu dia. Siap cakap "Ateh, duk laa sini, ajar Kimie, Kimie nak pandai"..
dan masa aku cuti sekolah seminggu tu kan, dia punya sekolah pun cuti juga, and masa ni lah dia tunjuk something dekat aku

Dia kata macam ni "Ateh, tadi cikgu Kimie ada bagi kerja sekolah, lepas tu kan, Kimie terbawak balik Imran punya kerja sekolah" yang aku ni, macam biasalah, macam ala ibu-ibu yang prihatin sikit ; "kenapa bawak Imran punya kerja sekolah? kesian Imran takde kerja cuti ni, takpelah, nanti bagi balik dekat Imran, and Kimie punya kerja tu, meh kita buat sama-sama" ; aku dah cakap, aku ni macam ibu-ibu yang prihatin sikit

lepas tu, hari ini, bila Ibu Kimie iaitu Kak ngah tanya Kimie kerja sekolah dah siap ke belum , dia bawak kertas kerja dia punya dengan Imran punya and letak depan Ibu dia, Mama, and aku, sambil-sambil dia selak dia punya kertas, aku ingatkan dia tak siap lagi, amboi kau, sekali siap semuanya! lepas tu dia selak Imran punya kertas, erkk, siap jugak, bila tanya dia siapa buat Imran punya, dia jawab macam ni "Kimie lah, nanti kesian Imran kena marah dengan cikgu" baik betul anak buah aku sorang ni.

MoralOfTheStory : Melentur buluh biarlah dari rebungnya

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

No comments:

Post a Comment