Assalamualaikum W.B.T
Sedar tak sedar aku dah nak masuk form five. Ingat senang ke nak terima kenyataan yang aku ni dah nak habis sekolah? Susah sangat tau! Kadang-kadang rasa macam, cepatnya masa berlalu.
Bila dah makin membesar dengan jayanya ni, aku cubalah juga belajar jadi matang. Sedar diri bahawa diri ini terlalu childish yang teramat mengalahkan budak berumur 10 tahun. Kisah apa aku! Beza aku dengan adik aku 4 tahun kot brader, sister.
Bila dah makin besar ni, makin banyaklah dugaan yang datang. Dugaan bukan satu masalah bagi aku. Namun, apa yang bermasalahnya bila aku tak reti nak menenangkan diri bila dugaan tu datang. Aku ni pula jenis kelam kabut. Bukannya gheti bertenang. Ya, clumsy bak kata orang bandar.
Kadang-kadang aku fikir, kenapa aku tak boleh selesaikan masalah dalam keadaan tenang, aman, damai, sentosa dan permai. Tapi, aku baru tersedar, bahawa banyak hubungan yang ada ni, aku tak jaga dengan baik. Hubungan paling penting sekali, hubungan aku dengan Allah. Aku manusia. Kadang-kadang aku terleka. Lupa dengan hasutan dunia, ketenangan abadi aku masih tak jumpa, sebab aku selalu sangat jumpa ketenangan yang sementara. Ahh, lalainya aku.
Kadang-kadang, bila dugaan tu datang, dan nak selesaikannya secepat yang mungkin, kita perlukan ketenangan untuk cari solusi yang betul. Kalau solusi salah, maka lainlah jadinya.
Lagi bermasalah, bila aku sendiri tak tahu selesaikan dugaan itu sendiri dahulu. Terus je nak minta bantuan orang lain. Bercerita pada orang lain yang dugaan itu sangat mencabar, tapi bila ada yang membantu, bagi aku, dugaan itu tidaklah besar mana. Nampak tak, aku sangat bermasalah untuk bertenang?
Jadi, bila terfikir balik, biarlah aku diam dugaan apa yang datang, sujud merendahkan diri pada Allah Yang Maha Berkuasa, memohon pertolongan pada Allah Yang Maha Esa, meminta petunjuk jalan kebenaran kepada Allah Yang Maha Penyayang.
Aku hanya perlukan semangat untuk memenuhi segala keperluan menghadapi dugaan dan godaan di dunia. Semangat yang kadang kala aku dapat dari sahabat-sahabatku. Semangat dari adik beradikku dan semangat dari kedua Mama Abah.
Tidak apa yang lain selain KETENANGAN ABADI di dunia mahupun di akhirat nanti.
hak milik tercipta : nurhafzleen amelia
No comments:
Post a Comment