Pages

Friday, November 16, 2012

Melaka Wonderland - 14 Julai 2012



Assalamualaikum W.B.T

Lama jugalah aku dok mikir tajuk apa yang seronok untuk dibajet-bajetkan dengan you alls. Suddenly, i tiba-tiba teringat akan kenangan bersama beberapa orang kawan sekelas ke Melaka Wonderland di bawah rombongan Kelab Setia SMK Darul Ehsan pada tahun ini.

Sehari sebelum bergeraknya rombongan kami ke sana, Farrahin, Atiqa, Hanani, Anis, Naimah dan aku, semua pakat nak bawaklah bekal untuk dalam bas nanti. Lagipun, balik hari je kan? jadi semua sepakat bawak bekal, agar duit kami tak banyak melabur pada makanan, dan banyak melabur pada shopping sahaja.

Memang pelbagai jenis makananlah kitorang bawak. pergi Melaka je dahal. Haha. So, lepas buat pendaftaran, lepas breakfast, kitorang naik bas. ehemm, part naik bas ni, best gilewww. Entah apesal, bas yang kitorang naik ni, cantiklah sikit dari bas budak lelaki. Bajet-bajetlah sikit kitorang. Haha.

Dalam bas, kemain kau, semua melantak, sosej, nugget, kek batik, kebab maggi, ermm, cekodok, macam-macamlah kitorang melantak, tapi bila semua dah kenyang, semua buat hal sendiri. Aku dengan novel dan lagu. Anis pun sama. Yang Hanani, Atiqa, Farrah and Naimah, tak tahulah pula diorang buat apa, sebab diorang semua duduk dekat belakang sekali.

We're here

Bila bajet dah sampai dekat Melaka, excited nak main air tu, kemain lagi. Haha. Sebelum memasuki area berair, kitorang semua simpanlah barang dalam locker yang disediakan. And, untuk pengetahuan, satu token RM5. Aku share locker dengan Naimah, Anis dengan Hanani, dan Farrah dengan Atiqa. Beg dahlah pakai beg galas. Hak ambik kau! Sumbat selagi boleh.

So, lepas letak barang, kitorang apa lagi, have fun kemainlah. memandangkan memang dah lama gilaa excited nak bermandi-manda bersuka-ria, kitorang pun buatlah kids adventure sikit. main jalan-jalan, tanpa berkasut dan memang hanya berfikiran positif seperti ini "okay, boleh lancarkan peredaran darah." "boleh merahkan tapak kaki" boleh itu dan ini.

Seperti mana, berkongsi locker, kami sepakat berkongsi pelampung. Aku dengan Naimah. Hanani dengan Anis. Atiqa dengan Farrahin. Kira lamalah juga main gelongsor yang ada. Even terjerit-jerit pun, still nak naik lagi, sebab kadang-kadang terasa itu sangatlah seronok.

Sebelum masa lunch, kitorang pergilah main dekat tempat budak-budak. Kemain excited kau! Bhaha, tapi dalam main tempat budak-budak ni, ada laa juga kawan aku yang ponden, even dah paksa banyak kali, dah turun ramai-ramai, still ponden lagi. Punyalah jahat kitorang dok membahan kawan kitorang ni yang agak ponden ni :p

Lepas je lunch, sebelum cikgu suruh kami semua siap-siap nak balik, aku and the gang, memang dah planned dulu nak siap awal-awal. Biar nanti tak berebut. Lepas siap, kitorang tangkap gamber dekat muka orang yang jadi jaga dekat wonderland ni. kejap kejap. sabar sabar.


ha, inilah muka orang yang aku cakapkan tu. hikhokhikhok. handsome kan? pakwe siapa entah tu. okay, then. lepas je siap semua benda alah, kitorang naik bas. bila naik je bas, terasa lapar kemain kauuuu! nasib baik bekal untuk dalam bas ada lagi. hehe, apa lagi, melantak lagilah kami.

Lepas tu, kitorang ke Melaka Parade, disebabkan bas berhenti depan Menara Taming Sari kan. tapi, kitorang semua nak makan cendol. jadi kami mana entah, lupa dah tempat tu, yang pasti shopping complex. and and and and yang paling sedihnya, cendol takde. at least apa-apa entah yang diorang makan.

dalam pukul 6 lebih tu, gerak balik ke KL. dan, semua agak kepenatan. al maklumlah, main air bukan main lagi sakan dengan diorang. memang kenangan paling indah lahh ke Melaka dengan diorang semua ni. dan pasti susah nak lupakan!

apa-apa pun, aku sangat rindu masa nak ke Melaka. Kenangan paling susah nak dilupakan,.. Farrahin, Atiqa, Naimah, Hanani, Anis dan Aku, masing-masing sangatlah gilaa masa ini. serupa bukan tingkatan empat okay. :) Thanks girls untuk kenangan yang palingg susah dilupa-lupakan :)

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia


3 comments: