Assalamualaikun W.B.T
Dalam berita ke, dalam surat khabar ke, semua tengah cerita pasal dunia Palestin. Actually, bukan baru benda ni, dah lamaaa. Tapi kenapa baru sekarang ada yang baru nak perasan. Ataupun yang perasan tu, hanya segelintir sahaja?
Ya, mungkin hanya segelintir sahaja. Aku pun kadang-kadang terlupa, bahawa bumi Palestin sedang berjuang mempertahan tempat mereka. Menghitung hari bila mahu berhentinya bunyi bom. Menghitung hari bila mahu berhentinya tembakan senjata secara rambang. Menghitung jumlah jenazah Islam yang terkorban.
Tidak kira tua atau muda, akan ada juga yang terkorban terkena serangan rejim zionis. Hmm. Hmm. Kalau nak dibandingkan dengan Malaysia yang aman damai sentosa permai ni, memang sangat ketara jauhnya. Itupun, masih ada lagi rakyat Malaysia yang tak reti nak bersyukur
Pelajar di Malaysia, sedang belajar mempertahankan negara, tapi mereka di sana sedang melakukannya. Pelajar di Malaysia, sedang memahami sifat manusia yang sangat kejam, tapi mereka di sana, sudah mengenali siapa yang dikatakan kejam itu.
Ya, Malaysia dengan Palestin sangat ketara perbezaannya. Setiap hari kita bangun, rumah kita elok sahaja. Sedangkan mereka di sana, usahkan tidur dengan lena, nak masuk ke rumah pun, belum tentu selamat. Berapa ramai orang Islam yang terkorban di sana untuk pertahankan negara mereka? Berapa ramai bayi yang tidak berdosa terkena peluru?
Ya, ramai saudara Islam kita terkorban di sana. Membantu tidak semestinya dari segi barang atau duit kan? Doa yang ikhlas tu pun, In Shaa Alla akan dimakbulkan oleh Allah. Allah itu Maha Mendengar. Allah itu Maha Melihat. Allah Yang Maha Berkuasa. Segala kejadian, segala perkara, Dia yang Maha Mengetahui. Ya Allah, Engkau Selamatkanlah saudara-saudaraku di sana. Bantulah mereka Ya Allah. Kuatkanlah semangat mereka. Dan, tempatkanlah mereka di tempat yang selayaknya. Amin.
p/s : kadangkadang kita tidak tahu, bila tiba masanya untuk kita meminta pertolongan. Jadi, sementara boleh memberi pertolongan, apalah salahnya, kita membantu kan? :D
hak milik tercipta : nurhafzleen amelia
No comments:
Post a Comment