Pages

Thursday, June 30, 2011

kalau nampak jangan tegur



weyhh..nampak ape tu?? okayyy..readers..jangan la fikir negatif...ayoyoyoy...ni aku nak habaq mai ni na...sebenarnya..sejak aku melibatkan diri berkawad kan?? aku ni dah menjadi semakin busy dan yang paling ketara gilagila bila aku juga jadi semakin hitam tapitapitapi...aku still comel lagi lahhhh

tadi..ehh..bukan tadi laa...semalam punya semalam kan...ada kawan aku tegur aku dengan ayat yang menikam kalbu..adeiii "wey kau !! kau ame kan?? wey..ame , asal kau hitam? " adeishhh..kuang asam sungguh punya kawan!! nasib baik laa aku ni berhati mulia kan??

so , tak mengapa laa..memang aku dah gelap pun.aku mengaku...tapi paling tak menahan nye..bila membe sebelah aku ni..iaitu si Nurathira  Harly's cakap yang diaa lagi putih dari aku..ohhh pelishhhhh...tak sanggup aku mendengar kata-katanya yang agak menyedihkan..hahaha

serius..everytime kalau tengah dok bertengkar manja-manja dengan dia..mesti dia kata  " at least aku lagi putih dari kau " cehhh kurang garam betuiii !! takpa hang..aku gelap pun sampai rabu minggu depan je , lepas tu , aku putih balik laaaa..

okay sudah2..aku dah penat membebel pasal tu , meh sini aku nak cite pasal benda lain pulak mehh...sebenarnya..sebenarnya.aku banyak kerja sekola nii..malas nak buat...aku bukan ape..kalau aku rajin , nanti semua kerja sekolah dapat disiapkan dalam masa satu hari..hahahaa

okay dah laaa...aku nak pergi buat kerja...!! aku kan rajin sikit malam ni..malam ni aje laaa..hahaha <3
hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Tuesday, June 28, 2011

kau dalam ingatan

dalam satu kelas yang pelajar nya bijaksana. semua pelajar kelas tu pulak...perempuan 3A..di mana lelaki??pupus kot...okay , sebenarnya dalam sekolah perempuan , memang takde lelaki lah kan..dalam masa cikgu takde tu , punya la bising kelas tu , macam Pasar Borong Selayang okayyy

since dalam kelas tu , ada berpuak-puak..so , ada sekumpulan perempuan or remaja perempuan dalam 5 hingga 6 orang sedang sedang duduk bergossip...macam-macam yang diceritakan...punya lah bersemangat!! haiyaaa..group ni pulak memang la famous jgak lah orang-orang nya..

maklumlah semua nak ngetop je kan...dalam tengah bergossip , tetibe ada datang seorang kawan mereka dari bilik guru..iaitu..Lisa.."
heyyy,korang..aku baru balik dari bilik guru..korang nak tau?? aku dapat A for mathematics...haha..korang semua A except for Amanda,.amanda kau tak belajar ke kat rumah???"

dengan selamba nye Sara menyampuk " eh korang macam tak kenal si amanda ni ,.. dia kan ratu facebook dekat kelas kita , mana sempat nak belajar " "ermm macam ni lah Amanda , kalau kau nak pandai , kau ubah lah perangai kau ye "

amanda yang dari tadi mendengar , hanya buat muka...loceng rehat bunyi "amanda , walaupun kau marah dekat Lisa,kau consider ajelahh benda tu , nasihat dari seorang kawan okay amanda, dont be like this" kata Mia...semua dah duduk baru je nak makan , tetibe Tina "korang,korang..harini kan..aku bawak bekal...korang nak rasa masakan mama aku?" "weyh tina bapak kau kan kaya...ape kelas bawak bekal ni" kata amanda..

Lisa yang dari tadi khusyuk je makan..tetibe menjawab bagi pihak tina.."ehh amanda , ape yang salahnye kalau tina bawak bekal..makanan kat kantin kita ni pun belum tentu lagi bersih tahu??" tina yang hanya mendengar kata Lisa mengangguk tanda setuju.

amanda yang marah dengan kata-kata Lisa berkata " hmmmm , yelah Lisa , kau aje yang menang,,kau aje yang betul , bab aku semua salahh.." Sara dan Mia yang tak mau kawan-kawan bergaduh..sempat menyampuk.."eh korang , rehat dah habis lahhh..jom naik kelas..nanti lambat cikgu marah pulak.."

tamat je sesi persekolahan , semua pulang ke rumah..walaupun masing-masing ada driver sendiri , namun mereka semua ni low profile..tak mau balik ber-driver..nak jalan kaki..exercise lah kata kan..Lisa dengan Mia pulang sama-sama .. ini kerana , rumah mereka berdekatan ..

"Mia , aku tengok kan sejak akhir-akhir ni , amanda macam tak suka dekat aku aje, kau ada dengar apa-apa tak?" Mia yang dari tadi mengikat tali kasut hanya mendongak melihat Lisa dan "ehh Lisa , sebenarnya , dah lama dia tak suka dekat kau , dia cerita macam-macam pasal kau dekat aku.."

Lisa yang mudah percaya kata-kata Mia hanya menjawab " eh betul ke Mia?? dia kata macam-macam?? hmmm takpe lahh..aku selesaikan lahh dengan dia nanti , ehh Mia , kau dah habis ikat belum?panas ni , nanti hitam muka aku..lari pakwe aku tau , haha " Mia yang kesian dengan kawan nya terus berkata "ehh sebenarnya tak siap ikat lagi , sebab aku pun tak reti nak ikat-ikat ni , bibik aku yang tolong..tapi DEMI KAU LISA!! aku sumbat aje talii ni dekat dalam kasut , dah siap , JOM!!!"

keesokan hari nya , Mia datang dengan muka tersenyum..melihat Lisa dan amanda bergaduh , bagi nya puas , sebab dapat buat kawan-kawannya bergaduh...ternampak amanda dengan Sara duduk berdua..lalu dengan langkah bersemangat jiwa pendendam , Mia datang " hai korang!! tengah buat ape ?" Sara dan amanda yang terkejut dengan perbuatan Mia hanya membebel tak tentu pasal "amanda. kau nak tau cerita panas tak?? kau Sara !! kalau nak dengar , kau dengar..taknak , pergi main jauh-jauh.."

"kau nak ape Mia..gossip pasal ape??mesti cer pasal aku en?? haa cecite-cecite.." amanda kau tau kan , everyday aku balik dengan Lisa...you know what , semalam dia kata dekat aku , yang dia perasan yang kau macam tak suka dekat dia weyh!!" amanda yang setia mendengar dari tadi, terus je terkejut " what?? serius??biar dia perasan yang aku tak suka dekat dia" Mia yangg tak dapat lagi mencapai cita-cita nya terus lagi membuat amanda rasa marah

"tapi amanda..dia kata , dia tak kisah pun , kalau kau tak suka dia..sebab dia pun tak suka kau .."  amanda yang terkejut tu , terus je datang angin monsun barat daya..langsung berdiri dan pergi ke tempat Lisa dan memarah Lisa..Lisa yang tidak tahu apa-apa hanya mampu berdiam diri dan akhirnya Lisa hanya boleh menangis

"lepas ni aku ada plan baik punya..korang nak ikut tak plan aku ni??" Sara dan Mia pulak selaku kawan yang sejati terus angguk..."okay..lepas ni kan , masa sains..mesti kita pergi makmal kan.wa gerenti punya lah!! lepas tu , nanti masa orang dah masuk makmal , aku nak letak ni dalam beg dia


lepas tu , kita bagitau cikgu JJ nak tak??" Sara dengan Mia punya lah terkejut dengan plan amanda serentak mereka berdua bercakap " ehh takpe ke buat macam ni??" amanda yang tadi dah reda dengan angin kemarahannya tetibe naik suhu .. "korang nak ikut ke taknak??taknak sudah lahh , blah je" Mia dengan Sara yang kesian kan amanda terus mengangguk setuju..

pelajar-pelajar lain dah ada di makmal.namun , amanda , Sara and Mia masih lagi tak kelihatan.."mana amanda  , Sara dan Mia?? mereka tak tau ke masuk ke makmal??" cikgu GG dah bising .. pelajar kelas 3A menjawab " alah cikgu kitorang dah bagitau , tapi dorang je ngada-ngada nak masuk lambat kot"  tak lama kemudian , baru lah muka mereka ada dalam makmal

Memandangkan Mia dgn Sara yang jalan dulu , jadi yang cikgu GG  nampak muka dorang dulu lahh.. dengan gementar nya , Mia dan Sara terus memohon maaf...nasib baik cikgu GG maafkan..tetibe cikgu JJ datang.."Assalamualaikum cikgu , saya dapat aduan , bahawa salah seorang pelajar kelas ini membawa barang terlarang ke sekolah..jadi saya ingin melakukan pemeriksaan di dalam kelas ini"

"wa'alaikummusalam cikgu , silakan " mula-mula tempat amanda .. amanda memang pelajar yang kurang di ajar...sudah diajar tapi tak mahu belajar..."amanda mana beg kamu ?" tanya cikgu JJ "ehh cikgu taknampak ke beg saya tu?" cikgu JJ hanya mampu menggeleng kepala je..

"Sara , apa ni ? " cikgu tu kan Domo .. cikgu jangan lah Kuno sgt.. "kata Sara...sampai je dekat Mia, tetibe je Mia baik .. tak melawan..dan pelajar terakhir yang kena ialah Lisa.."Lisa , kamu pelajar harapan saya , jangan hampakan saya ya ? mari sini beg kamu .." kata cikgu JJ ,sedang asyik memeriksa , cikgu JJ bawak keluar kotak rokok

Lisa yang terkejut dengan penemuan kotak rokok tu , berkata "cikgu , tu bukan saya punya !!" " tapi kotak ni , dalam beg kamu , kamu peljar harapan saya , tapi kamu yang menghampakan saya , sekarang ikut saya ke pejabat " bantah cikgu JJ...maka , Lisa terpaksa akur dengan arahan cikgu JJ

amanda bergembira dengan plan nya...manakala , Sara dan Mia , hanya rasa bersalah...dalam kesibukan terkejut semua tu , Hana dan Tina datang ke tempat amanda , Sara and Mia ... Hana mula pelik dan bertanya "wey korang ,, sejak bila Lisa tu , berubah??drastik gila pulak tu" Sara yang ingin sembunyikan perkara tu dari kengkawan yang lain terus berkata " ahh kau ni Hana , dia dah memang berubah laa..kau aje yang tak perasan!!" Mia pulak menyokong katakata Sara " a'ah lah kau ni Hana , nama je sepupu sendiri , tapi semua benda kau tak tau!!" Tina yang terkejut dengan kejadian itu terus mendiamkan diri

tetibe amanda yang dari tadi mendengar terus marah " yang korang semua nie berdiri and bincangkan pasal budak bermasalah tu apesal?? da dia berubah..ape kena mengena dengan kita...she's not our friend anymore.." Tina yang mendengar amanda cakap macam tu ,terus marah amanda " amanda no matter..aku tetap akan anggap dia sebagai kawan aku..kalau kau taknak , sudah .. kau pergi main jauhjauh.!!" macam itu lah Tina..muka saja lembut.bila dah marah.,..mengalahkan Hitler..tapi Hitler lagi garang..

dalam bilik cikgu JJ , "Lisa , kenapa awak merokok?? awak tau? awak ni perempuan..besar kesannya kalau perempuan merokok..." kata cikgu JJ.. Lisa yang tidak bersalah hanya mampu berkata " saya tak bersalah cikgu , saya tak bersalah cikgu " itu lah yang diungkapkan si Lisa..

"saya tak kira sekarang siapa punya , salah siapa , bagi saya nombor mak ayah awak.." Lisa terkejut dengan permintaan cikgu , terus melutut dan meminta agar cikgu tidak memanggil kedua ibu bapa nya..tapi atas desakan dan paksaan , terpaksa lah Lisa memberi nombor telefon mummy dan daddy dia

Lisa balik ke kelas dengan perasaan sedih..tapi , amanda lain pula cerita nya setelah nampak Lisa " hai Lisa ,, dapat sijil gantung sekolah ke?? atau dapat sijil berhenti sekolah awal??" namun , Lisa yang sentiasa kelihatan cool hanya menjawab "mana ada"

pulang ke rumah , Lisa di marahi oleh kedua-dua ibu bapa nya..keesokan hari nya , Lisa tidak hadir ke sekolah , dan berlanjutan sehingga genap seminggu dia tidak hadirkan diri..sehinggalah cikgu JJ ke kelas 3A dan bertanya pasal Lisa...

namun apa yang dijawab oleh amanda " alaaa cikgu , kami pun dah lama tak nampak budak bermasalah tu , ingat kan cikgu dah bagi dia notis berhenti sekolah serta merta.hahaha" cikgu JJ tidak menjawab lalu pergi meninggalkan kelas 3A..

selang beberapa hari Hana datang membawa berita sedih..kata Hana "korang , Lisa dekat hospital " Tina yang sudah sedia maklum hal itu , juga turut mengangguk kan kepala nya. amanda yang langsung tak terkejut , terus cakap " dia kat hospital? asal??kena ape??strok?dia kan merokok..biarkan aje dia dekat sana..kita sibuksibuk ape de hal??" Mia yang terkejut dengan ayat amanda.terus memarahi amanda."wey .kau sedar tak ape yang kau cakap?Lisa kawan kita...,Hana , Tina , dia dekat hospital kan?petang ni aku nak follow okay , Sara nak join??" Sara yang dari tadi kaku mendiamkan diri , terus mengangguk

seminggu selepas tu , iaitu hari isnin , guru kelas 3A , iaitu ustazah Sazlinda..memberitahu kelas 3A , bahawa Lisa berada di hospital , baru lah amanda sedar bahawa kawan-kawannya tidak mengenakan dia..lepas je ustazah berlalu pergi meninggalkan kelas , amanda jumpa kawan-kawannya , lalu meminta maaf...

amanda kalau boleh nak aje pergi ke hospital namun Mia telah beri amaran pada nya awal-awal lagi..agar jangan pernah menjenguk Lisa di hospital...tapi amanda yang tetap dengan pendiriannya tetap mahu pergi ke hospital..petang itu , Hana , Tina , Sara , Mia ,amanda pergi ke hospital untuk melawat Lisa

semasa di wad Lisa , amanda telah membuat satu pengakuan " korang , aku nak buat pengakuan ni ,..sebenarnya yang letak kotak tu , aku ..." Sara dan Mia juga turut menyelit memberitahuu yang mereka juga turut bersubahat , namun amanda hanya tetap menyalahkan diri nya...

Lisa yang mendengar terkejut...dan sempat berkata-kata "kengkawan semua..aku minta maaf , aku pun da maafkan korang semua..korang kawan aku dunia dan akhirat.." tetiba nafas Lisa menjadi sesak.amanda menyuruh Hana memanggil doktor untuk merawat Lisa...

namun , Allah lebih sayangkan Lisa berbanding kawan-kawan dan keluarganya...hanya kenangan yang menjadi pengubat rindu...benar lah kata sang pujangga..kawan semasa senang , mudah saja cari , namun kawan yang sentiasa ingin berada di sisi , susah untuk ditemuai

**********************************************************************************************************__
okayy..actuallyy.ni lahh drama sebabak aku..ingat tak aku ada bagitau aku berlakon drama??ada tak??ada en?ini laaa <3 <3

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia