Pages

Monday, December 23, 2013

#campakbelakang2013

Assalamualaikum W.B.T

Seperti yang dijanjikan... *baca selanjutnya*

Alhamdulillah. Selesai juga lima tahun persekolahan dekat SMK Darul Ehsan. Menjadi seorang murid yang memegang jawatan sebagai Pengawas Pusat Sumber sekolah pengalaman yang memang susah nak lupakan *skema punya ayat*. Menjadi ahli kadet bomba sekolah, kalau bab muka hitam bila dah nak sukan tahunan tu, memang paling bahagia sangat aku rasa. Haha.

And, yes. Dua tahun bersama kelas 5 Akaun 1 perkara yang susah nak dilupakan sebenarnya. 12 orang perempuan melayu. 2012 dua orang lelaki melayu dan penambahan seorang lelaki melayu pada tahun 2013 dan telah menjadikan 12 orang perempuan melayu dan 3 orang lelaki melayu pada tahun 2013.

tapi, semua benda ni, takde kaitan pun dengan #campakbelakang seperti yang tertera di atas. #campakbelakang ni diilhamkan daripada semua pengguna facebook, twitter dan instagram. yeah. aku maju sikit dah sekarang, hihi.

okay, let's treasure what I got on my phone (sebabnya, selalu dekat sekolah, phone aku akan jadi camera mangsa dan kawan-kawan aku suka gilaaaaa tangkap gambar. SANGAT!)

                         




Gambar lepas trial ni. Memang muka semua poyo bahagia dengan markah trial kan. memang ni. memang.







ini gambar masa graduasi. tahun kedua graduasi buat dekat Ideal Convention Centre. 


 


                               



gambar kekonon last day sekolah sebelum mula SPM

Masa kekonon last day sekolah, sebelum SPM mula tu, biasalah ada sesi memohon maaf seploh jari di susun andai kata terkasar bahasa dan terlebih cara. Melampau betul aku ni. Hehe. Dan, biasalh berkumpul dekat dewan. Dan ada laa, babak babak menangis sikit. Kalau masuk Anugerah Skrin, confirm ramai budak sekolah aku menang.

Apa? Aku menangis ke tak? Takdelah. aku nak nangis buat apa. Aku berjiwa kental sikit. sikitlah. masih lagi berjiwa kental dan tak terasa diri ini lemah. Hihi. Tapi, sebenarnya sayu juga hati aku. Maklumlah nak berpisah dengan cikgu-cikgu, and classmates. Lagi-lagi, tu haaaaa, anak dara yang dok kat tangga tu. Memang rindu.

RIndu nak buat potluck setiap kali habis exam. Rindu nak study sama-sama dalam kelas. Rindu nak stay back dekat sekolah dampai pukul 5.30 ataupun 6.30 ( kalau hujan ). Rindu nak sambung nyanyian orang lain ( nak kata Anis ).Rindu segala kata-kata lawak semasa belajar. Rindu nak ada semangat belajar. Rindu semuanya. Tapi, paling aku rindu! Rindu classmates teman aku naik bas buat kali pertama selama 17 tahun.

Tapi, aku ada satu impian. NAK SAMA TEMPAT BELAJAR DENGAN DIORANG SEMUA! *group hugs*

"Sudahlah jangan menangis lagi, ku rasa cukup sampai di sini, mungkin di suatu saat nanti, kita kan berjumpa lagi"

Hak cipta terpelihara: nurhafzleen amelia