Pages

Saturday, May 19, 2012

Kembali Ke Zaman Kecanggihan Teknologi

Assalamualaikum W.B.T

Haaaaa, betapa heaven-nya bila keluar dari gua yang tiada teknologi. kefine. sebenarnya selepas kejadian aku telah tercampak dalam gaung kegagalan untuk subject Add Maths, Mama telah menggunakan kuasa veto dia, untuk merampas kembali broadband.

So sepanjang rampasan broadband ni, aku terpaksa online pakai phone, itu pun twitter jeh. Betul ni, aku tak tipu menipu. Sadis gila weyh, kena online pakai phone,.. Nak nangis pun tarak guna pun kan. And aku decided aku nak deactive facebook aku tu, sebab itu lah, kalau sesiapa yang perasan, facebook aku tak jumpa. Haha

Sepanjang ketiadaan aku di alam maya ni, banyak sangat benda yang jadi, terutamanya dalam kelas 4A1. Banyakkkkk sangat yang jadi dekat kelas aku. Sepanjang sesi mengenali perangai masing-masing, ada lah, sorang kawan aku ni suka dekat Chinese boy, i mean bukanlah suka sampai angau gitu, cuma lebih kepada berminat je

So, bila chinese boy ni tau, dia macam malu-malu lah nak layan kawan aku ni, walaupun ada layan sikit-sikit. Until one day, Guru kelas kitorang yakni Pn.Noor Zehan bagi surat layang tau, dalam surat tu, kawan aku ni je yang tak tau apa isi kandungan dia, yang lain semuaaa tau, termasuk aku.

until today, chinese boy tu terlalu lah caring about my friend. Sabar je lah aku. Lepas tu, kalau Jijah Arina nak buat jahat, dia mesti kacau chinese boy yang kawan aku suka. Lepas nanti mulalah pergaduhan manja-manja antara mereka. Kadang-kadang aku pun joined sekaki jugak. Haha

Tapi sebenarnya kan, geng perempuan berbangsa melayu ni,  tidak pernah ada sifat nak berbaik dengan geng lelaki,. pernah sekali tu, masa minggu terakhir nak exam, Pn.Noorsilah yakni cikgu subject Science kitorang macam tak tahu la, nak buat experiment ke nak study theory je, budak lelaki nak buat experiment, budak perempuan nak study theory sebab tak nak ketinggalan, sampai bergaduh bertengkar lah kitorang.

masa bergaduh bertengkar tu, Pn.Noorsilah sampai menangis-nangis sebab perangai kitorang ni. Dah lah Pn.Noorsilah ni cikgu paling penyabar. Tak marah kitorang la, manjakan kitorang la, semua lah, itu pasal lah dia menangis masa kitorang gaduh. Sayang gila cikgu dekat kitorang.

kalau kitorang semua baik je, masing-masing mula naik tanduk nakal, mulalah macam-macam kitorang buat. kadang-kadang lawak, kadang-kadang kelakar. Biasalah merepek-merepek je  kitorang ni, baru nak membesar kan? ehehe.

okay lah sayang sayang semua, nanti kita update lagi yee? alololo

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia