Pages

Thursday, March 17, 2011

aku masih tak paham

wahai Amy Amirul..mcm mana kau buat belog kau tu semaju secanggih mcm tu???rasa mcm nak cekik je dia tau...weyh amy andai kata kau baca belog aku ni,tolong bagitau aku jugak...tak baik tau simpan-simpan...hahaha..itulah..rapat sangat dengan amy...

amyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy....aku nak tau camna kau buat tu...kalau kau tak bagi tau aku...aku report kat makwe kau yang kau kedekut ilmu dengan aku...hahaha..cecececehhh...amy..kau bagitau aku cepat...kalau tak...siap kau,kalau aku jumpa kau nanti....

                      AKU TAK KIRA!!!! AKU NAK TAU JUGAK MCM MANA KAU BUAT...
    KALAU KAU TAK BAGI TAU AKU,..AKU MERAJUK DENGAN KAU..PAHAM TAK ?????


hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

karangan biogafi

 Nama saya NurHafzleen Amelia Binti Jamaluddin.Nombor kad pengenalan saya 961202-14-****.Umur saya 14 tahun 3 bulan 16 hari.Saya dilahirkan pada 02 Disember 1996 bertempat di Hospital Bersalin Kuala Lumpur.Saya merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik.

Saya mendapat pendidikan awal di Tadika Umi,Selayang Baru.Kemudian,saya melanjutkan pelajaran saya ke Sekolah Rendah Selayang Baru Dua sehingga tamat darjah enam dengan keputusan UPSR yang bodoh + bangang = bodohbangang.Selepas itu,saya tidak mendapat tawaran mana-mana MRSM atau SBP,tetapi saya telah di terima baik untuk belajar di SMK Darul Ehsan.

Saya suka sangat-sangat sebab dapat kelas semua perempuan semasa Tingkatan 1.Saya dapat kelas 1alfa1.Seronok sebab dapat belajar tanpa ada lelaki.Semasa ujian akhir tahun,saya demam,tiga minggu tidak dapat hadirkan diri ke sekolah.Pada minggu yang terakhir,iaitu pada minggu peperiksaan,saya gagahkan diri ke sekolah.Saya telah belajar pada malam hari tanpa henti kerana takut saya turun kelas.

Perkara yang saya tidak boleh lupa,apabila saya tidak boleh menjawab soalan Mathematics,saya tanya guru yang ada dalam kelas saya,dan guru itu juga merupakan guru yang mengajar saya Mathematics lalu beliau telah mengajar saya secara sengaja semasa peperiksaan dijalankan.

Tamat sahaja minggu peperiksaan kehadiran saya kembali kosong.Saya kembali demam.Saya juga dikuarantinkan,kerana saya kurang stabil.Tiba masa untuk mengambil keputusan peperiksaan akhir tahun,saya pergilah mengambilnya.Alangkah terkejutnya saya,saya mendapat kedudukan yang jauh daripada sasaran matlamat saya.Tetapi,alhamdulillah,saya masih lagi kelas  2alfa1 dan kesemuanya perempuan.seronok nya.

Sama juga macam tingkatan 1,saya demam sebelum peperiksaan bermula,kasihan kawan-kawan saya,terpaksa teman saya di kelas,terima kasih ya kawan-kawan.Saya tidak boleh lupa,masa B.Melayu,kumpulan saya kena buat pembentangan.Kami kena berlakon,saya bawa watak puteri ang agak manja perwatakkannya,kawan saya tasya membawa watak raja..dan nazihah membawa watak sebagai apa,saya kurang ingatan.Saya terpaksa menjadi gedik semasa pembentangan itu,sungguh kelakar disitu.

Dan saya takkan lupa apabila masa pelajaran Agama Islam,saya selalu kena cubit dengan ustazah sebab melawan  cakap beliau ataupun kadang-kadang saya terbuat bising.Pada hari terakhir kelas 2alfa1 bersekolah,kawan-kawan sekelas saya menjadi hilang kewarasan apabila mereka bermain 'musical chair',sampai tercabut-cabut tudung.Nasib baik pintu kelas dan tingkap kami tutup.

Semasa jamuan kelas di Rumpun Selera,kelas kamilah yang paling meriah.
comel je kan kami semua??? hahaha.muslimah tau..dah boleh di jadikan pilihan hati ramai org nie

                                                dan kawan-kawan yang tersayang lagi tercinta

seronok tau.Sampai ada sesetengah orang yang melihat gambar jamuan kami sekelas fikir kan kami buat jamuan di hotel.Banyaknya duit.

Kini,tahun 2011.Saya pula merupakan salah seorang calon Peperiksaan Menengah Rendah(PMR).Ramai orang kata dengan saya,"itu cuma PMR" tapi bagi saya,PMR yang menetapkan saya di aliran mana.Saya akan cuba sedaya yan mungkin untuk dapatkan 8a.Saya tidak kisah saya dapat MRSM atau tidak,sekurang-kurangnya saya mahu aliran sains.Sudah tentu lah,saya ingin menjadi seorang doktor.

pada tahun ini juga,saya masih lagi dengan kelas 3alfa1.Alhamdulillah,semua perempuan.Ramai cikgu yang masuk dan tanya,"lelaki takda ke?" kami akan jawab "lelaki suda pupus".Maaf ya kaum-kaum lelaki.

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia


p/s : mesti banyak gila kesalahan.dah tau tu diam-diam...:)