Pages

Friday, June 7, 2013

Terlalu Menunjuk

Assalamualaikum W.B.T




*****

Hai kepada semua manusia yang sedang berbahagia bercinta. 
Melalui hari-hari indah bersama kekasih hati anda.

*****

Hai juga kepada manusia yang sedang mencari pasangan untuk bercinta
Melalui hari-hari bersama sahabat sejati.

*****
Kepada manusia yang sedang bercinta,
kau tak perlu menunjuk.

*****

Kepada manusia yang sedang mencari, 
kau tak perlu risau.

*****

Manusia yang sedang bercinta menjalani hari-hari mereka
Dan
Manusia yang sedang mencari juga menjalani hari-hari pencariannya.

*****

Pesanan ini hanya untuk orang bercinta
Ohh, mungkin juga untuk aku.
atau sesiapa

*****

Kita tak sedar, diam tak diam, 
kita terlalu menunjuk.
Tunjukkan apa?
Tunjukkan cara kita bercinta.
Tunjukkan rasa kita bercinta.
Tunjukkan siapa kekasih kita.
Tunjukkan semuanya kepada semua orang. 
Tunjukkan kelakuan kita semasa bercinta di khalayak ramai.

*****

Pesanan ini pula untuk mereka yang sedang melakukan pencarian.
Ohh, mungkin juga untuk si dia.
atau sesiapa sahaja

*****

Kau tak perlu risau.
Andai kau tiada pasangan buat masa ini.
Janji Allah.
Setiap yang terjadi,
pasti ada hikmah.
Begitu juga kau.
Kau akan jumpa pasangan kau.

*****

Pada mereka semua.
Tak kira yang sedang bercinta, 
atau yang sedang mencari cinta
Elakkan untuk menunjuk.
Tak semua yang ada pada kita,
orang suka.
Tak semua yang ada pada kita, 
orang terima.

*****

Maka,
 ingatlah,
 tiap kali bercinta, 
kau jaga kelakuan,
kau jaga kehormatan,
kau jaga segala-galanya.
Biar satu hari nanti, 
kau tak menderita.

*****


****

Aku tak tahu apa motip aku buat post ni. Tapi yang pasti mungkin untuk ingatan diri sendiri supaya tidak terlalu menunjuk semasa bercinta. :D 

Aku pun tak tahu sama ada aku ni cukup ciri atau tidak untuk berkata-kata. Sebab yang aku tahu, kadang-kadang aku pun terlebih menunjuk. 

Jadi, sebagai manusia, aku juga kadang kala bertanggungjawab untuk ingatkan diri aku, kau dan kau pasal ni. Sama-sama cuba ke arah lebih baik diam-diam :)

InshaAllah. May Allah ease everything.

Hak milik tercipta: nurhafzleen amelia