Pages

Friday, April 12, 2013

Sayangkan Kalian Semuaaaa!







Assalamualaikum W.B.T

Aku rasa, semuaa orang dah tahu aku ni form five. Tiap kali jumpa kawan-kawan yang dah lepas SPM, ayat yang paling menyeksa hati dan sanubariku ini seperti "wehh, kau SPM kan tahun ni?", "wehh, dah ready ke nak SPM ni?", "wehh, lama tak jumpa kau! Ehh, wait! Kau form five kan tahun ni?" dan bla bla bla...

Sungguh kejam ku rasakan pabila kawan-kawan lepasan SPM berkata sedemikian rupa. Namun, apakan daya, itu memang hakikatnyaa. Hmm. Okay, memandangkan aku tahun form five, barulah aku dapat feel untuk menyayangi sekolah sangat-sangat. Bukan tu je, aku pun sayang gilaaaa dekat classmates aku eventho kitorang rajinlah juga bergaduh dan misunderstanding bagai ni.

Bila fikir-fikir balik, aku rasa, memang aku sayang gilaaa dekat diorang! Especially budak perempuan islam seramai 11 orang tak termasuk aku. Arina, Fatin, Nisha, Anis, Hanani, Atiqa, Farrahin, Hidayah, Liza, Naimah and Zulfa. Seriously, aku memang sayang diorang, bolehlah kira sayang tu.. Haha.

Bayangkan, kalau salah seorang dari kitorang bawa bekal ke sekolah, sudah menjadi satu kewajiban untuk kitorang 11 orang merasa bekal orang tu. Contoh terdekat, Anis. Anis, paling rajin bawa bekal ke sekolah. Dan, dia selalu bawa kek batik. Aku rasa, diorang dengan aku ni merupakan hantu kek batik. Sebab, selalunya, kitorang akan tinggalkan sikit je untuk Anis. Hee

Ataupun Hidayah aka Dayoott. Dayoott rajin juga bawa bekal. Sebabnya, dia selalu datang awal. Jadinya, bekal tu, dia selalu makan sebelum bunyi loceng. Dan, cuba bayangkan, pagi-pagi lagi, kitorang akan berkerumun dekat meja Dayoott dan makan secara beramai-ramai, sampai bunyi loceng.

Even kitorang ni banyak juga main-main dalam kelas, tapi, bila sampai je masa untuk serious, kitorang akan serious belajar. Andai kata, ada yang tak faham, ramai je yang volunteer nak bagi fahamkan. Sebab, kitorang ni, berkemahiran dalam pelbagai subject, :)

Dan, bila fikir-fikir, sekarang ni dah bulan empat. tak lama lagi, bulan lima, lepas tu, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, sebelas dan dua belas. Lepas tu, masing-masing bawa haluan ke mana-mana. Dan kena terima hakikat, kitorang kena berpisah. Mungkin. Manalah tahu, tetiba nanti dapat belajar IPT sama-sama ke kan. :)

So, buat masa ni, sementara ada waktu terluang dengan mereka, akan aku cuba luangkan dan bahagikan masa antara belajar dan bergurau bersama mereka. Buat adik-adik yang masih sekolah dari form one until form four, please! Please appreciate your friends because, one day, you gonna miss all of them. Sekian, buat waktu ini. Terima kasih. :D




Hak milik tercipta : nurhafzleen amelia