Pages

Friday, March 23, 2012

Jijah-Jijah

 


Assalamualaikum W.B.T

Siapa Jijah-Jijah? okay, let me introduce. Jijah-Jijah ni, sebenarnya perempuan yang suka buat berdentum dentam dekat kelas 4 alpha 1. Gilass lah mereka ni, bukan mereka je, kadangkadang aku yang muka baik dan sopan santun ni pun boleh terburai semuanyaaa. gilass betul diorang punya pengaruh tu kan? aku pun boleh ter-pengaruh dengan diorang

Mana datang nama Jijah ni? sebenarnya ada seorang classmate aku ada bawak buku cerpen karya Jehan Makhtar yang dibeli entah dimana-mana, Jijah, nama yang agak unique, so kitorang rasa, nama itu perlu di tingkatkan ke-famous-an dia. so, seramai 12 orang pelajar perempuan yang berbangsa Melayu di gelar Jijah untuk menguatkan lagi ikatan persaudaraan kami. cewah!

meh aku bagitahu antara Jijah-Jijah yang terkenal dekat kelas aku

Jijah Anis


anis che rusli



Pemilik buku Cerpen tersebut, dia lah jadi Kedai Buku Anis Sdn. Bhd dalam kelas aku. semuaaa budak melayu kebanyakan pinjam buku dia. gila kan kami? termasuk seorang pelajar lelaki Muhammad Luqman. Haha. Muhammad Azmi mana layan buku-buku ni.

Bukan takat buku cerpen je, kebanyakn novel-novel yang kitorang semuaa baca and aku baca, semuanyaa dari dia. kadangkadang siap ada turn lagi kitorang nak baca buku,. Memang layan habis lah kalau ada Anis dan novelnya. Haha


Jijah Fatin


Fatin Syafiqah

Fatin Syafiqah. Dia ni, Ummi dalam kelas aku, agak baik dan sopan, berbanding kitorang yang ganas dan kurang baik especially Jijah Arina. Dia assisstant monitor kelas aku, paling rajin berjalan, duduk sebelah Anis, tulisan typewriter. Paling rajin buat kerja sekolah

Fatin pun kadangkadang manja terlebih, tapi aku okay je kot dengan dia. Bagi aku lah, Fatin ni lembut sangat kot, tak macam aku. Ganas dan gangster sepanjang masa dalam kelas. Erkk? boleh laa buat contoh. dari takde.

Jijah Atiqa

                                         

Jijah Atiqa, duduk depan sekali, depan meja guru. Seorang classmate yang kadangkadang suka buat bising. Seorang pelajar yang suka cari pasal dengan guru sejarahnya. seorang kawan yang supporting tahap petala, Seorang kawan suka tolong ajar aku Add Math. Seorang kawan yang kadangkadang kasi aku tiru jawapan Add Math. Haha

Okay, seorang classmate yang banyak membantu dari segi keceriaan kelas. Seorang kawan yang suka bagi idea yang bernas lagi bermutu tinggi. Seorang kawan yang paling gila-gila.

Jijah Farrahin


Farrahin yang pakai tudung warna putih



Farrahin, merupakan Jijah yang seterusnya menjadi mangsa kami semuaaa. Haha. Farrahin pun boleh terror jugak laa bising dia. Bising dia, kalau tak datang sekolah kan, boleh buat kelas 4A1 tu sunyi sepi semacam je. Untung ada Jijah Atiqa je. Kalau tak sunyi sepi lah

Farrahin salah seorang desk-mate aku selain Natasya yang telah berpindah ke St.Mary. Farrahin boleh dikira mengganas jugak laa. Dia memang seorang yang suka buat bising, tapi masa Add Math, memang dia takde bising lah kan, ngadap je soalan yang cikgu bagi tu. Farrahin pun salah seorang classmate aku yang suka tolong ceriakan kelas. Dia punya idea kreatif dan inovatif lah. Second class. cewah! first class gitu.

Jijah Arina





Jijah Arina pun salah seorang desk-mate aku,.. dia paling suka buat hal dengan aku. Apa masalah pun aku tarak tau. Cepuk karang, baru tahu. Masa Assessment 1 haritu, aku main balas surat dengan dia lah, takde lah balas bagi jawapan, balas bergaduh-gaduh jee.

Markah English and Add Math kitorang pun sama je. Tapi kitorang takde lah meniru eh? Harap Maklum.. Arina ni, apa yang buat aku geram , bila aku tengah khusyuk lentok kepala atas meja, dia dok pukul-pukul aku, takut aku tidur, padahal lentok je lebih *even kadangkadang memang tertidur dah*

Jijah Arina ni, banyak jugaklah buat aku jadi tak tentu hala, gilass tau dengan dia ni, kalau duduk dengan Arina, gerenti borak je lebih. Haha. Kalau dengan Jijah Fatin, okay lah lagi. kalau dengan Jijah Arina, mau semput tak cukup nafas nak gelak, tambah dengan Jijah Farrahin, Jijah Anis, dan Jijah Atiqa.

selamat berkenalan dengan Jijah-Jijah kelas 4A1.

p/s: sebenarnya aku tersenarai, tapi tak perlu lah tulis kan? jangan marah semuaaa Jijah ku

Hak milik tercipta : nurhafzleen amelia