Pages

Wednesday, May 22, 2013

♥♥♥ ♥♥♥ ♥♥♥ Mother. Ibu. Mama. Mummy. Mak. Ummi. ♥♥♥ ♥♥♥ ♥♥♥

Assalamualaikum W.B.T

Sedar tak, bahawa kehadiran kita, sangat penting untuk Ibu?? Sesiapa yang tak sedar tu, mohon pergi hentak kepala dekat dinding kasi masuk hospital. Tengok siapa yang nak jaga kita. Sah-sah Ibu kita. Tengok, betapa pentingnya kita, sebagai anak, penting bagi seorang Ibu.
A Mother doesn't just carry you in her womb for nine months but carries you in her heart for a lifetime.
Faham tak maksud qoute ni? Kalau tak faham, mohon pergi google translate. Korang tahu, betapa terseksanya Ibu kita menahan sakit nak kasi korang keluar tengok dunia ni, memandangkan korang tak sabar-sabar nak tengok dunia. Separuh nyawa Ibu kita nak kasi kita keluar.

Cuma, bila korang dah besar sikit ni, mungkin Ibu saja-saja je tak nak tunjukkan kasih sayang dia dekat kita. MUNGKIN! Siapa tahu kan? Tapi, dalam hati Ibu, Ibu selalu nak yang terbaik buat anak-anaknya. Well, buruk mana pun kita, pastinya Ibu akan tetap sayang kita.

Pernah dengar tak ayat ni
Seorang Ibu sanggup menjaga sepuluh orang anak, walaupun hidup dalam kepayahan dan menahan lapar. NAMUN, seorang anak, tak mungkin mampu menjaga Ibunya
Tak ada sifat perikemanusiaan langsunglah you guys. Seriously. Cuma baca ayat tu ulang-ulang kali. Dan cuba rasa korang pula ada dekat tempat mereka. Hentikanlah jawapan korang yang korang tu masih muda. Tak sedar lagi 10 tahun korang pun bakal ada anak. Tak sedar lagilah tu?

Haritu, aku sengajalah ngadap buku kak Rehan Makhtar milik kawan aku, Anis. Tak berapa ingatlah tajuknya. Tahu tak? aku dapat tangkap satu nilai yang patut kita semuaa terapkan dalam diri. Dalam cerita tu, ada sorang heroin yang namanya Cinta Nur Naqiah yang dapat layanan tak baik dari Mak dia. Berbeza dengan kakak dia, Cinta Nur Nadiah. Tapi nak tahu, apa yang Cinta Nur Naqiah tu, set dalam mind dia?
"Kalau tak kerana Mak dia, tak mungkin dia akan dapat lihat dunia. Tak mungkin dia akan berada di dunia, walau buruk mana pun layanan yang dia dapat, Mak tetap Mak. Redha Mak sangat penting untuk teruskan hidup" - Cinta Nur Naqiah
 See? betapa bagus seorang penulis terapkan nilai suci lagi murni ke dalam penulisannya untuk pembaca terapkan dalam diri. Betapa buruk pun layanan Ibu yang korang dapat, garang mana pun Ibu yang kau dapat, jahat mana pun Ibu yang kau dapat, ingat jelah ayat Cinta Nur Naqiah.

Tapi, lately ni, classmates aku dok cerita pasal Afiq Muiz dengan Mak dia.. tak tahulah aku cerita dia macam mana. Bagi aku, biar pun Afiq Muiz tu ada girlfriend, ajaklah girlfriend tu berbaik-baik dengan Mak. Bawa-bawalah rapatkan hubungan sesama manusia terutama sesama Islam.

Kalau nak kata Mak nak kikis harta, alaaaa, Mak je pun nak kikis harta. Mak kau kot! Bawalah beringat. Ingat sikit, sekali Mak hantar bills masa kecil-kecil dulu, tak tertanggung nak bayar. Boleh muflis tahu, kalau nak bayar balik apa yang Mak dah kasi.

Jadi, bawa-bawalah beringat kepada sesiapa yang tak ada pasangan tu, carilah yang elok-elok. Carilah yang direstui Ibu Bapa. Penting tahu redha Ibu Bapa.. Nak dapat redha Allah, dapat redha Ibu Bapa dulu. Itu syaratnya. Dan, bakal menantu semua, silalah berbaik-baik dengan keluarga bakal suami ya? Kepada yang malas nak cari pasangan tu, suruhlah Ibu Bapa cari kan. Tak adalah gaduh-gaduh sampai nak saman-saman ni, yee dakk? Okaylah, selamat beramal.. Selamat mendapatkan redha dari semuaa pihak :))

kepada Puan Norlizah Bt Rahmat, Saya sayang anda! tak romantiklah pula. Okay, Mama! Sayang Mama sangat2. Muahhhh2 :*


Hak milik tercipta : nurhafzleen amelia