Pages

Monday, March 19, 2012

Lepak-ing

Assalamualaikum W.B.T

sabtu lepas dengan tanpa tersengaja aku ikut adik aku iaitu Tasha aka Leen, ya, aku ada sorang adik sahaja ya teman-teman.yaaa. budak kecil comel tapi tak secomel aku. Haha. okay, aku kakak yang suka perli dia, so dia tak kisah sangat kot.

okay look, aku teman adik aku dekat sekolah lama aku. SK Selayang Baru Dua. Rindu bertingkat-tingkat dekat sekolah rendah aku. Rindu nak potong barisan orang. Rindu nak berdiri dekat kerusi kayu yang panjang tu. Rindu nak buat dajal dekat orang. Perghh. Jenayah besar aku ni, Tengok je aku ni rendah comel, tapi famous tahu dekat sekolah? okay. back to our topic

okay, so tujuan aku teman adik aku tu, sebab dia ada practice bola baling. and cikgu dia tu, dok suruh aku datang je memanjang. Aku pun datang laa, sementara tunggu cikgu adik aku sampai. Aku baca novel sambil snap-snap. Ya bosan ya kawan-kawan

Makmal komputer SKSBD

Pra-Sekolah SKSBD


Kantin SKSBD

Pakai kamera yang tak bermutu tinggi memang macam ni, perghh. kurang hasam garam betul ayat aku. Haha. Okay, aku pakai phone je ni haa, memang taknampak cantik menarik de bomm la gambar dia. main snap suka hati kucing tiri aku je.

budak-budak Bola Baling SKSBD
budak-budak ni boleh kira tahan jugak laaa.. tapi ya lah, aku ni, susah sikit nak bercakap dengan orang yang baru kenal. Kalau ada kertas masa tu, rasa nya boleh main baling-baling kertas kot. Haha. Okay laa, budak-budak ni pun seronok jeee..

then , bila cikgu depan dah sampai, baru menggelabah nak buat warm up, haaa, hamik kau! kena buat larian partlek. Kalau nak tahu, dulu aku paling benci buat latihan ni, sebab macam-macam benda kena buat, pecut, lari perlahan bagai.

so masa diorang tengah buat latihan tu yang aku menyibuk nak snap jugak gambar diorang, gedik kan? Haha. dari jarak jauh punyaa. aku ni pulak malas nak bangun, so tangkap gambar dari jauh aje lah kan nyah, ni baru namanya pemalas tahap gaban

Mereka baru nak start game

lelaki yang pakai baju warna biru tu laa yang suka buli aku, ehh bukan, yang suka suruh aku datang ke sekolah. nak tengok aku la tu. Haha. betul laa, okay, dia tu cikgu adik aku. dah kahwin dah pun, sorang anak. 

okay dah la tu. :)

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia