Pages

Saturday, December 29, 2012

Bola Dan Seekor Anjing

Assalamualaikum W.B.T

Hmm. Hmm. Macam mana nak mulakan cerita ni ehh? Nanti korang gelakkan aku. Okay. Kena juga aku cerita, sebab cerita paling lawak, tragis dan bermakna dalam hidup aku, serta dua orang sahabat dan adik aku. Maka, bermulalah sebuah cerita yang bermakna :DDD

Petang tu, Nadia Amir dan Balqis datang ke rumah, patutnya layan movie sama-sama., tapi sebab dah terlalu lambat sangat diorang sampai, jadi tak ada laaa layan movie. So, lepas borak-borak bagai tu, Balqis ajak pergi kedai top up, nak beli top up katanya. Dan, adik aku nak beli ice blended. So, kitorang decided pergi beli ice blended dulu, baru beli top up, memandangkan lalu tempat ice blended tu dulu

Jadi, lepas dah beli ice blended, kitorang lalu laa padang futsal untuk ke kedai top up. Masa tengah borak-borak tu, tiba-tiba je, cup ice blended aku tu terkena ciuman bola. Cehh!! Dah laaa masih penuh lagi ice blended aku tu. Cup ice blended pula dah pecah tepi. Rasa nak menjerit je masa tu, tapi control cun laa katakan, tak ada laa jerit-jerit ni.

Sebabkan ice blended masih penuh lagi, Adik aku suruh aku tuang je dalam cup dia, sebab dia punya dah separuh. Cuba bayangkan, rasa cuppucino + blue ice, dengar pelik je kan? Tapi rasa dia,. huyooooo ~ sedap sehingga tak sempat aku habiskan, adik aku dah habiskan dah. Sampai hati betul adik aku. Padahal dia yang belanja, tapi dia yang telan semua.

Bila dah beli top up bagai, kitorang pergi laa melepak depan rumah Nadia Amir. Main snap-snap. Duduk tepi jalan. Main perli-memerli. Buat gaya manja-manja sesama sendiri. Yang tak menahannya, semuaa tu, kitorang buat, tepi jalan. Petang-petang, kalau duduk tengah jalan, mau kena langgar dengan motor dan kereta. Haha

Lepas tu, Mama called aku, adik aku yang jawab. Mama suruh balik. Masa on the way nak balik tu, ada laa budak-budak main bola. Aku ni kira dah traumatis dah dengan objek bernama bola ni. Sakit wehh kalau kena. Sakit!!\ So, aku dengan adik aku decided lalu tempat lain.

Elok je nak lalu tu, tiba-tiba ada bunyi bisikan seekor anjing. Eee, lagilah seram. Nak patah balik, aku dah penat dah ni. Nak lalu, aku takut kot-kot tali anjing tu terbuka, then dia kejar kitorang. Memang takut. Haha. Jadi, kitorang lalu juga. Dengan perasaan takut yang membuak-buak. Yang anjing tu pun pandai sangat takutkan kitorang ni, kenapa? Haha

Bila dah melepasi tu, baru perasan ada mamat tengok je kitorang, eee, malu gilaaa depan mamat pulak tu kitorang tergelak, terjerit hanya sebab takutkann pada seekor anjing,. Tak guna betul. Penat je aku cover cun dekat taman ni. Haha. Okay! :DD

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Thursday, December 27, 2012

Ketenangan Yang Dicari



Assalamualaikum W.B.T

Sedar tak sedar aku dah nak masuk form five. Ingat senang ke nak terima kenyataan yang aku ni dah nak habis sekolah? Susah sangat tau! Kadang-kadang rasa macam, cepatnya masa berlalu.

Bila dah makin membesar dengan jayanya ni, aku cubalah juga belajar jadi matang. Sedar diri bahawa diri ini terlalu childish yang teramat mengalahkan budak berumur 10 tahun. Kisah apa aku! Beza aku dengan adik aku 4 tahun kot brader, sister.

Bila dah makin besar ni, makin banyaklah dugaan yang datang. Dugaan bukan satu masalah bagi aku. Namun, apa yang bermasalahnya bila aku tak reti nak menenangkan diri bila dugaan tu datang. Aku ni pula jenis kelam kabut. Bukannya gheti bertenang. Ya, clumsy bak kata orang bandar.

Kadang-kadang aku fikir, kenapa aku tak boleh selesaikan masalah dalam keadaan tenang, aman, damai, sentosa dan permai.  Tapi, aku baru tersedar, bahawa banyak hubungan yang ada ni, aku tak jaga dengan baik. Hubungan paling penting sekali, hubungan aku dengan Allah. Aku manusia. Kadang-kadang aku terleka. Lupa dengan hasutan dunia, ketenangan abadi aku masih tak jumpa, sebab aku selalu sangat jumpa ketenangan yang sementara. Ahh, lalainya aku.

Kadang-kadang, bila dugaan tu datang, dan nak selesaikannya secepat yang mungkin, kita perlukan ketenangan untuk cari solusi yang betul. Kalau solusi salah, maka lainlah jadinya.

Lagi bermasalah, bila aku sendiri tak tahu selesaikan dugaan itu sendiri dahulu. Terus je nak minta bantuan orang lain. Bercerita pada orang lain yang dugaan itu sangat mencabar, tapi bila ada yang membantu, bagi aku, dugaan itu tidaklah besar mana. Nampak tak, aku sangat bermasalah untuk bertenang?

Jadi, bila terfikir balik, biarlah aku diam dugaan apa yang datang, sujud merendahkan diri pada Allah Yang Maha Berkuasa, memohon pertolongan pada Allah Yang Maha Esa, meminta petunjuk jalan kebenaran kepada Allah Yang Maha Penyayang.

Aku hanya perlukan semangat untuk memenuhi segala keperluan menghadapi dugaan dan godaan di dunia. Semangat yang kadang kala aku dapat dari sahabat-sahabatku. Semangat dari adik beradikku dan semangat dari kedua Mama Abah.

Tidak apa yang lain selain KETENANGAN ABADI di dunia mahupun di akhirat nanti.


hak milik tercipta : nurhafzleen amelia