Pages

Friday, October 18, 2013

Soalan SPM Bakal Menghantui Anda

Assalamualaikum W.B.T.                                                                                                            


Nampaknya, macam lama sangat kan tak update apa-apa.. Okeng. So, nak kata macam mana eh ni. Sedihnya, bila dah lama tak meng-update apa-apa, then, bila nak update macam takde idea. Actually, banyak je cerita nak tulis. Tapi, kena set the date after SPM agaknya. Sebab harini nak update pasal SPM je. Bolehkan?

Selalu je ingatkan diri sendiri bahawa budak Account macam aku ni, kena banyakkan latihan demi latihan, setiap hari sekurang-kurangnya 2 latihan. Tak kisahlah untuk subject Prinsip Perakaunan ke, Additional Mathematics ke, Mathematics ke, semuanya kena sama rata punya latihan. Tapi, aku ni bukanlah jenis kaki buat latihan. Sebab aku ni jenis kaki membaca. Jadi, markah trial haritu memang ke gaung.

Dan paling jauh jauh ke gaung adalah AddMaths. Dan sejak trial juga, aku rasa give up dengan AddMaths dan keputusan itu telah membawa aku lebih fokus kepada subject lain terutamanya Prinsip Perakaunan and Mathematics. Dan sejak itulah classmates aku selalu je ajak setudi AddMaths sama-sama dengan motifnya untuk membantu aku. Dan alhamdulillah. Aku ada dorongan dari classmates yang rajin buat latihan.

Bila SPM nak dekat, aku selalu guna konsep "Jangan stress kan diri sendiri yang akhirnya membawa akibat merosotnya prestasi di dewan semasa menjawab soalan pada SPM yang sebenar." Sebab, semakin dekat nak SPM, aku rasa semakin aku merepek dalam life aku. Ya. Kehidupan sedikit huru-hara bila nak SPM. Tapi, hidup biar bijak. Biar merapu siang hari, malam hari kena belajar. Dan selalunya belajar malam ni, risiko untuk parents katakan kau tak setudi amatlah tinggi.

Oh ya, SPM bermula pada 6/11/2013 untuk semua calon SPM. Tapi, siapa yang ambil elektif macam aku, iaitu AddMaths, Economy and Account akan sama habis dengan aku iaitu 2/12/2013. Aippp..budak science stream jangan bising.tahulah habis awal en. Heh. Aisyah, Gea, Fiah, Tir memang akan bahagia dulu sebab diorang meredeka dulu. Heh. Jeleshh. And wait 2/12/2013 tu masa birthday aku, so bolehlah ke Secret Recipe untuk Chocolate Indulgence. Oh, itu lagilah bahagia.

Dan semoga berjaya kepada semua SPM candidates 2013..



SPM ..............



Hak milik tercipta: nurhafzleen amelia