Pages

Monday, December 23, 2013

#campakbelakang2013

Assalamualaikum W.B.T

Seperti yang dijanjikan... *baca selanjutnya*

Alhamdulillah. Selesai juga lima tahun persekolahan dekat SMK Darul Ehsan. Menjadi seorang murid yang memegang jawatan sebagai Pengawas Pusat Sumber sekolah pengalaman yang memang susah nak lupakan *skema punya ayat*. Menjadi ahli kadet bomba sekolah, kalau bab muka hitam bila dah nak sukan tahunan tu, memang paling bahagia sangat aku rasa. Haha.

And, yes. Dua tahun bersama kelas 5 Akaun 1 perkara yang susah nak dilupakan sebenarnya. 12 orang perempuan melayu. 2012 dua orang lelaki melayu dan penambahan seorang lelaki melayu pada tahun 2013 dan telah menjadikan 12 orang perempuan melayu dan 3 orang lelaki melayu pada tahun 2013.

tapi, semua benda ni, takde kaitan pun dengan #campakbelakang seperti yang tertera di atas. #campakbelakang ni diilhamkan daripada semua pengguna facebook, twitter dan instagram. yeah. aku maju sikit dah sekarang, hihi.

okay, let's treasure what I got on my phone (sebabnya, selalu dekat sekolah, phone aku akan jadi camera mangsa dan kawan-kawan aku suka gilaaaaa tangkap gambar. SANGAT!)

                         




Gambar lepas trial ni. Memang muka semua poyo bahagia dengan markah trial kan. memang ni. memang.







ini gambar masa graduasi. tahun kedua graduasi buat dekat Ideal Convention Centre. 


 


                               



gambar kekonon last day sekolah sebelum mula SPM

Masa kekonon last day sekolah, sebelum SPM mula tu, biasalah ada sesi memohon maaf seploh jari di susun andai kata terkasar bahasa dan terlebih cara. Melampau betul aku ni. Hehe. Dan, biasalh berkumpul dekat dewan. Dan ada laa, babak babak menangis sikit. Kalau masuk Anugerah Skrin, confirm ramai budak sekolah aku menang.

Apa? Aku menangis ke tak? Takdelah. aku nak nangis buat apa. Aku berjiwa kental sikit. sikitlah. masih lagi berjiwa kental dan tak terasa diri ini lemah. Hihi. Tapi, sebenarnya sayu juga hati aku. Maklumlah nak berpisah dengan cikgu-cikgu, and classmates. Lagi-lagi, tu haaaaa, anak dara yang dok kat tangga tu. Memang rindu.

RIndu nak buat potluck setiap kali habis exam. Rindu nak study sama-sama dalam kelas. Rindu nak stay back dekat sekolah dampai pukul 5.30 ataupun 6.30 ( kalau hujan ). Rindu nak sambung nyanyian orang lain ( nak kata Anis ).Rindu segala kata-kata lawak semasa belajar. Rindu nak ada semangat belajar. Rindu semuanya. Tapi, paling aku rindu! Rindu classmates teman aku naik bas buat kali pertama selama 17 tahun.

Tapi, aku ada satu impian. NAK SAMA TEMPAT BELAJAR DENGAN DIORANG SEMUA! *group hugs*

"Sudahlah jangan menangis lagi, ku rasa cukup sampai di sini, mungkin di suatu saat nanti, kita kan berjumpa lagi"

Hak cipta terpelihara: nurhafzleen amelia

Thursday, December 12, 2013

The Girls.

Assalamualaikum W.B.T

This is very last minutes punya planned. very last minutes i guess. Because? yeah, Tir and Gea whatsapp me, then they asked, "nak keluar selayang mall tak esok? jomlah. semua dah okay." very unplanned. Dan, punyalah susah aku pujuk Abah untuk lepaskan aku Selayang Mall dalam masa sehari.

Dah tu, ajak pula masa aku dah laburkan duit pula tu. But, seriously, i am very happy with them. Of course lah kan, kalau dah lepak dengan best friends forever. mestilah sentiasa happy. First yang sampai, of course lah Tir then, Safiah and Gea, then Aisyah and lastly, of course lah its me.

Mula-mula diorang teman Safiah makan KFC, entah apa dibincangkan pun, tak tahulah, yang aku tahu, mesti aku jadi bahan gelak tawa diorang. sebab aku lambat. mungkin pasal aku lambatlah, Tir called and said "Ame, flight kau delay eh? Haha." Sabar jelah aku. Bila aku sampai, kononnya kata, diorang dekat KFC tunggu aku, rupanya ke DIY. Berfungsi sangat masuk KFC sorang-sorang cari diorang. haih.

Dalam DIY tu, tak payah cakap. Buat kedai tu, macam ada share je memasing. Kemain bising. Tir tu, tak payah cakaplah. Punyalah dia tanya macam-macam. Lepas tu, merepek sensorang. Aku dengan Gea syak, Tir ni memang jarang beli perhiasan rumah agaknya. Haha

Lepas pergi DIY, straight pergi ke Ayam Penyet. Memasing memang nak makan Ayam Penyet. Aku pun memang dah plan nak makan Ayam Penyet lepas SPM, and luckily Aisyah joined the club. Sama juga nak makan Ayam Penyet. Sementara menunggu, Tir dengan Safiah ke Secret Recipe. Haaa, masa nilah, Gea, Aisyah dengan aku jalankan rutin kitorang. Hehe.

Then, Tir and Safiah sampai. Memandangkan makanan pun dah sampai kan, so, dimulakan dengan bismillah. Baru kitorang makan. Yang tak makan Safiah and Gea je. Sebabnya, diorang dah makan dekat KFC kot.
And kesian dekat Tir. Sebab Tir bukanlah jenis manusia yang makan pedas. Menangis-nangis dia makan. Memang pedas pun sambal dia.








Lepas makan, Tir nak pergi Watsons. Sebelum balik, semua temanlah Tir ke Watsons. Yang aku dengan Safiah, pergi tengok kasut, memang cantikss gilasss kasut tu. High heels laa, tapi, menawanlah.. Tapi, baru beli kasut, lepas tu tak boleh beli. Hihi

Bila Tir dengan Aisyah dah balik, tinggallah aku, Safiah and Gea. Dan, memang bergambar kemainlah kan kitorang tiga orang. Banyak je gambar sebenarnya, Tapi, disebabkan line macam ermm ermm, tak dapatlah nak letak bebanyak. :-D



Met my girls and i hope and always hope, our friendship will never end. Love you girls!

Hak cipta terpelihara ; nurhafzleen amelia