Pages

Friday, November 30, 2012

Melukakan Hati Orang Lain









Assalamualaikum W.B.T

entah dari mana aku dapat kekuatan untuk menaip dan mengupdate blog dan menghadap laptop yang sememangnya kadangkadang membuatkan aku malas dan penat. Hmm. Lately, aku rasa makin banyak benda yang individu lain buat yang sesenang boleh menyakitkan hati orang. Emm, semudahn ABC kan, kalau nak sakitkan hati orang?


Entah kenapa. Tapi aku rasa, memang sangat mudah untuk melukakan hati orang lain. Terlalu mudah walaupun hanya dengan perkataan. Ya, kita semua manusia, ada yang brutal dan ada yang cepat terasa. Lelaki atau perempuan, aku rasa sama je, kita semua ada hati. Kan? Cuma mungkin lelaki tak mudah terasa hati.

Berbezalah pula dengan perempuan. Hmm, tipulah kau tak pernah terasa hati dengan kawan-kawan yang suka perli-perli kau bagai. Memanglah kau gelak-gelak, tapi bila kau duduk sorang-sorang, mungkin kau akan terfikir balik, apa yang kawan-kawan kau kata mungkin secara tak sengaja boleh melukakan hati kau.

Ada pula manusia yang jenis, main lepas cakap tanpa berfikir perasaan. Apakah? Hmm. Hmm. Kadangkadang aku pun pernah juga terfikir, aku pernah ke terasa hati dengan kawan-kawan aku? Ya. Memang pernah. Tapi, aku malas nak ambil peduli. Sebab aku tahu, apa yang diorang tahu itu mungkin hanya gurauan semata-mata.

Semalam, aku terfikir, andai katalah, one of our friends tengah sakan sakai bercinta bagai nak rak, berdating setiap hari, sedangkan sama kelas, sama sekolah, sama tempat tuition, sama perjalanan pergi dan balik rumah(mungkin kebetulan), kita mungkin muak tengok mereka kan? Dan, kalau boleh, kita nak juga sekali sekala tengok mereka berenggang sekejap. Boleh je pergi tegur, cakap elok-elok. Kalau dia tak nak dengar, go ahead. Biarkanlah mereka.

Kalau kawan kau lelaki, mungkinlah kau boleh cakap sebrutal yang boleh, tapi kalau perempuan, cakap elok-eloklah. Janganlah sampai diorang terasa ke apa ke. Hmm, tak seronoklah pula, kalau kau hilang kawan macam tu je.

Kawan-kawan yang lain, kalau tak suka, bolehlah tegur berjemaah. Bukannya pulaukan dia. Takkanlah sebab dia bercinta, kau nak pulaukan dia?

Salah satu contoh lain,


 ermm, bayangkanlah kalau kau dah ada kawan baru, yelahh, masuk form four, semuaa sahabat sekelas form three dah berterabur, kau pula tak dapat sekelas dengan sahabat-sahabat kau yang lain, dah sah-saha laaa, kau rapat dengan budak classmates kau. Kan?

Dan, sahabat-sahabat kau telah merasakan, yang kau sudah totally changed, sebab dah tak rehat sama, tak lepak sama, tak gossip sama, tak story mory bersama dan etc. Agak-agak tak sedih ke? Sebab selalunya, kau akan jadi stalker terhebat sahabat-sahabat kau, dan kau akan bercerita pada classmates kau. Adakah itu dikatakan totally changed?

Hmm, dan adakala, bila sahabat-sahabat kau kata macam tu, mesti kau terasa kan? kan? tipulah kalau tak terasa. Macam nak tergelak aku bila kau tak nak mengaku. Tapi, pada aku, bila aku gelarkan sahabat
kau akan jadi sahabat aku selama-lamanya, dan kau amat istimewa dalam hidup aku. Tapi, kalau kau aku panggil kawan, maka tiada kepentingannya dalam kehidupan aku.


salah satu contoh lain lagi,

Ni, lagi satu yang perlu di ketengahkan juga. Akhir-akhir ni, aku dok peghati je budakbudak yang kurang rasa hormat tak kiralah pada yang tua atau pada yang muda. Pernah dengar, "Anda menjadi ikutan" ??
Itu mesti lupa pasal selalu sangat ingat diri tu, tak ada orang yang peghati.

Haritu, ada laa kawan yang sama umur dengan aku bagitahu, ada sorang budak perempuan ni hantar message dekat facebook, mula-mula dok mengata adik dia tu pembohong bagai, sebagai seorang kakak, mestilah  terasa macam dia nak marah sebab ada orang cakap adik dia cemtu, lepas tu, budak tu dok mengata dia pula. Apakah maksud dengan segala kejadian? Siap kata kawan aku tu gediklah, pembohonglah, pengkhianatlah bagai, apakah ini maksudnya??? dan budak itu, baru sahaja berumur 12 tahun.

lagi yang tak boleh dipercayai, bila kawan aku kata cerita ini

 "tapi kalau kau nak tahu, sebelum dia ngata adik aku, dia tanya aku, boleh tak nak jadikan awak sebagai kakak angkat, kau faham-fahamlah kan, aku mana main kakak-kakak angkat ni, so, aku cakaplah dekat budak tu macam tu, tapi aku ada laaa minta maaf sebab terpaksa menolak dan budak tu kata tak apa. So, aku considered, ohh, okay, everything gonna be fine.

tapi budak tu ada minta lagi, dia nak tahu result adik aku, kau tahu kan, aku ni jenis tak menghebahkan result adik, jadi aku suruhlah budak tu tanya adik aku sendiri, tapi budak tu, bantai kata adik aku teruk bagai, pembohong bagai, siap kata menyanyi tu auratlah apalah, macam aku ni, jahil sangat tentang agama, jadi, sengajalah bagi ceramah agama free dekat dia. Aku tanya dia, dia tahu tak, maksud "suara itu aurat" ?? Bila budak tu dah tak ada idea nak membantah, dia boleh senang lenang kata aku ni sama macam adik aku pula.

Bila aku stop je reply, budak tu selamba kata "nampak sangat penakut",.. masa tu, aku tak fikir pun nak reply, budak kecil, pre-mature, memang cemtu, last-last, akak aku buka facebook aku. Dia baca message aku dengan budak tu, dengan senang lenang akak aku membalas message budak tu. Budak tu, tak nak mengalah lagi, dia lagi cakap aku yang start dulu. Barulah aku teringin nak balas.. \

Masa nak balas tu, Mama baca dari belakang rupanya. Last-last, Mama nak baca message budak tu, takkan aku tak bagi Mama baca? Karang Mama fikir bukan-bukan pula pasal aku. Tapi, masa tu, memang aku rasa nak menangis dan terluka tahap langit ke sembilan laaa. Sukahati je kutuk aku bukan-bukan, sedangkan dia tak kenal aku pun lagi masa tu. 

Then, dah dua tiga hari aku diamkan, tetiba Mama kata, budak tu sakit hati dengan aku, sebab aku tak nak jadi kakak angkat dia. Rasa nak sampaikan salam agar dia cepat-cepat mencari pengganti, tapi tak sampai hatilah pula. Tapi, aku rasa, itulah first time aku jumpa budak under 14 berlagak budak besar dan berkelakuan sangat kurang di ajar. Sabar jelah aku masa tu."

lack of knowledge pun, boleh buat kita jadi agak kekurang ajaran dengan orang lain. Aku sendiri mengaku, kalau aku ada terkasar dengan aku, aku cepat-cepat minta maaf. Sebab aku tak nak dia terasa hati. Aku tak nak, adik aku cerita dekat kawan dia, yang dia terasa hati dengan aku. sebab aku dengan adik bagaikan kembar. Kalau salah seorang tak ada, mesti rumah sunyi dan mesti sorang muram.

Sebab lagi satu, aku tak nak, dia hilang rasa hormat antara adik dengan kakak. Aku rasa, dalam hal kawan aku tu, budak tu, tak perlulah sampai nak kutuk mengutuk ke apa. Bukannya dia kenal sangat kawan aku dengan adik dia tu. Entah apa-apalah diorang ni.

Bila fikir lagi, cuba bayangkan, even dengan yang muda pun kita tak reti nak saling menghormati, apa pula akan jadi bila kita hilang rasa hormat dengan orang yang lebih tua.?? Aku rasa, kalau dengan yang muda pun tak boleh get along, apatah lagi dengan yang tua.

Rasanya dah banyak aku membebel. okaylah, see you soon ! :')

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia