Pages

Saturday, June 22, 2013

Jelajah Dunia Luar



Assalamualaikum W.B.T


Aku seorang perempuan. Aku seorang anak. Aku masih lagi under age. 17 tahun masih lagi dibawah penjagaan ibu ayah, kakak abang, ermm ermm dan aku masih lagi bersekolah. 

Bukan itu yang aku nak tuliskan dekat sini sekarang ni. Yang aku nak bagitahu, hidup. Ya. Pasal hidup. Memang aku umur 17 tahun. Dan sesiapa yang baca ni, mungkin akan kata "Ahh kau! Budak kecil. Apa kau tahu? duit belanja sekolah pun Mak Ayah yang bagi." Mentaliti orang kita.


Hidup. Sepanjang aku hidup ni, macam-macam aku perhatikan. Aku ni, bukanlah anak liar yang keluar setiap hujung minggu. Yang masuk pagar depan sekolah, keluar pagar belakang sekolah walaupun Mak Ayah yang hantar. Aku bukanlah jenis yang keluar merayau tanpa Mak Ayah. Aku pun bukanlah jenis anak yang suka keluar dengan kawan-kawan ke Mid Valley, Pavillion, Times Square. Aku bukan macam tu. 

Bukan nak kata aku ni baik. Bukan nak kata aku ni buat-buat baik. Tapi, aku memang macam tu. Hidup aku cuma dikelilingi Mama, Abah, adik-beradik, kawan-kawan sekolah, kawan-kawan di taman perumahan, kawan-kawan laman sosial dan ada kalanya mak cik-mak cik surau, aktiviti di sekolah dan ada kalanya aktiviti bersama classmates (yang hanya kadang kala Abah benarkan aku ke Selayang Mall)

Yup. Sometimes, i just doesn't care about my surroundings. Sebab aku selesa juga berada di rumah walaupun kadang-kadang meronta nak keluar dari rumah dan jauh dari sekolah. 

Tapi, ada beberapa benda yang aku perhatikan dan buatkan aku judge mereka yang lebih dewasa. Serious. Memang kadang-kadang aku suka judge perbuatan orang. Tapi, bukanlah mereka yang lebih tua dari aku.

Aku pelik dengan mereka yang lebih dewasa especially dari golongan abang-abang yang suka layan game di facebook mahupun di cybercafe di siang hari. Entah kenapa. Kalau nak kata students, for sure mereka akan hadiri kelas mahupun buat assignment yang sudah tentu ada notes di atas meja. Kalau nak kata kerja, buat apa mereka di cybercafe.

Bila di tanya kenapa di sini (cybercafe) ? Mungkin ada yang kata mereka main game dan sebagainya. Jawapan paling tak boleh terima bila mereka yang berumur dalam lingkungan 26 hingga 30 berada di cybercafe untuk bermain game.

Bila di tanya, bekerja sebagai apa? Mungkin ada sebahagian besar daripada mereka berkata mereka tidak mempunyai pekerjaan. Jadi, mana mereka dapat duit untuk bayar duit selama berjam-jam di cybercafe ini? Sudah tentu mereka akan berkata dari Mak Ayah.

Kadang-kadang, aku pun tak faham. Kenapa usia seperti mereka masih lagi mahu meminta duit dari Mak Ayah sedangkan ada sahaja rakan seusia mereka sudah mempunyai rumah dan kereta ataupun sudah mempunyai keluarga. Tapi, apa terjadi pada golongan yang suka bermain game di cybercafe? Sudah tentulah mereka jauh lebih mundur daripada mereka yang sudah berjaya menentukan hidup.

Abang-abang yang layan game tak tentu hala, silalah tentukan hidup kalian. Wanita sudah bekerjaya. Sudah tentu mereka mahukan pasangan hidup yang bekerjaya juga. Walau gaji tak mencecah jutaan ribu ringgit sebulan, cukuplah hanya mempunyai pendapatan tetap. 

Aku masih budak. Ya. Memang banyak yang aku akan lalui untuk harungi hidup yang belum pasti Allah letakkan di mana. Tapi, Allah akan letakkan aku di mana aku cuba untuk berada. Aku yakin Allah membantu.  Membantu untuk teruskan kehidupan yang tak pasti. Meletakkan di tempat yang aku paling ingini dan mungkin di tempat yang aku amat perlukan untuk teruskan hidup. 


Jika kau lebih matang dari aku, jadi, kau mampu tentukan hidup kau. Dunia memandang pada duit. Manusia memandang pada duit. Jika kau mampu berdiri atas kekayaan kedua ibu bapa kau, aku rasa, berkemungkinan kau salah. Berkemungkinan. Kau takkan mampu mempunyai rasa tanggungjawab untuk keluarga sendiri apabila terlalu bergantung kepada kekayaan ibu bapa kau.

Mungkin, banyak benda lagi aku akan fikir lepas tengok apa jadi kepada mereka yang lebih berusia dari aku. Untuk jadikan teladan mungkin. Ataupun untuk jadikan sempadan. Jangan pernah kau lupa. Sekeliling kau boleh dijadikan teladan dan sempadan. Maka, untuk berjaya, ambillah teladan dari mereka dan jadikan sempadan jika itu tidak baik untuk kau. 


Sekian.

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia




Friday, June 7, 2013

Terlalu Menunjuk

Assalamualaikum W.B.T




*****

Hai kepada semua manusia yang sedang berbahagia bercinta. 
Melalui hari-hari indah bersama kekasih hati anda.

*****

Hai juga kepada manusia yang sedang mencari pasangan untuk bercinta
Melalui hari-hari bersama sahabat sejati.

*****
Kepada manusia yang sedang bercinta,
kau tak perlu menunjuk.

*****

Kepada manusia yang sedang mencari, 
kau tak perlu risau.

*****

Manusia yang sedang bercinta menjalani hari-hari mereka
Dan
Manusia yang sedang mencari juga menjalani hari-hari pencariannya.

*****

Pesanan ini hanya untuk orang bercinta
Ohh, mungkin juga untuk aku.
atau sesiapa

*****

Kita tak sedar, diam tak diam, 
kita terlalu menunjuk.
Tunjukkan apa?
Tunjukkan cara kita bercinta.
Tunjukkan rasa kita bercinta.
Tunjukkan siapa kekasih kita.
Tunjukkan semuanya kepada semua orang. 
Tunjukkan kelakuan kita semasa bercinta di khalayak ramai.

*****

Pesanan ini pula untuk mereka yang sedang melakukan pencarian.
Ohh, mungkin juga untuk si dia.
atau sesiapa sahaja

*****

Kau tak perlu risau.
Andai kau tiada pasangan buat masa ini.
Janji Allah.
Setiap yang terjadi,
pasti ada hikmah.
Begitu juga kau.
Kau akan jumpa pasangan kau.

*****

Pada mereka semua.
Tak kira yang sedang bercinta, 
atau yang sedang mencari cinta
Elakkan untuk menunjuk.
Tak semua yang ada pada kita,
orang suka.
Tak semua yang ada pada kita, 
orang terima.

*****

Maka,
 ingatlah,
 tiap kali bercinta, 
kau jaga kelakuan,
kau jaga kehormatan,
kau jaga segala-galanya.
Biar satu hari nanti, 
kau tak menderita.

*****


****

Aku tak tahu apa motip aku buat post ni. Tapi yang pasti mungkin untuk ingatan diri sendiri supaya tidak terlalu menunjuk semasa bercinta. :D 

Aku pun tak tahu sama ada aku ni cukup ciri atau tidak untuk berkata-kata. Sebab yang aku tahu, kadang-kadang aku pun terlebih menunjuk. 

Jadi, sebagai manusia, aku juga kadang kala bertanggungjawab untuk ingatkan diri aku, kau dan kau pasal ni. Sama-sama cuba ke arah lebih baik diam-diam :)

InshaAllah. May Allah ease everything.

Hak milik tercipta: nurhafzleen amelia

Tuesday, June 4, 2013

My Stranger









Assalamualaikum W.B.T

Hai manusia yang dahulunya rapat, tapi sekarang tidak lagi. Yang dahulunya berkongsi rasa suka dan duka tapi sekarang tiada rasa untuk berkongsi itu semua.


                                                                             ******

Hai manusia yang dah lupakan kenalan lama, semoga anda bahagia sekarang. Mengecapi hari-hari indah di sisi kenalan baru yang disayangi. Semoga anda bersenang-lenang bersama mereka.



                                                                             ******

Hai manusia yang mencari kenalan lama pabila tiba waktu susah! Semoga anda tabah menghadapi kenalan baru yang tidak mahu berkongsi rasa simpati apabila dikau susah.


                                                                             ******

Hai manusia yang ditinggalkan, semoga anda bersedia menghadapi apa jua rintangan. Semoga anda bersedia melihat kenalan lama meninggalkan anda pula.



                                                                            ******
                                                          MY STRANGER


with lots of love     

Hak milik tercipta : nurhafzleen amelia