Pages

Saturday, April 9, 2011

this is for you = part 2

oke aku pikir kan kenapa lah mirul cakap macam tu , pergi sekolah keesokan nye aku cerita dekat qiela , liza and ana(ada kot) lepas dah cerita segala-gala nye , qiela baru ckp , "mirul dengan zulfa dah clash " oke ... heart attack sekejap..

hahahahaha...adushhh..penat aku bebel cerita , buang air liur aku je ... hahahaha...sabar je kan??? selalu kalau jumpa mirul , kalau zulfa ada , mmg mirul takkan kita lepak sama lah...dia kata taknak ... ishhhhhh....tabah sungguh mamat nie..hahaha

no matter what happened u still my friend lahhh..

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

tau rindu aku

 di mulakan Bismillah dan Alhamdulillah...

lama dah aku tak ber'blogging'...haaa..mesti korang rindu aku kan??kan??? baik cakap..haha..selama tak berblogging ni , aku jadi sibuk sikit , dengan folio , homework , kelas tambahan , tugasan dekat PSS , and so on...

sepanjang tak berblogging ni , aku ada join perkhemahan kadet bomba dekat sekolah . oke dalam perkhemahan kali ni aku dengan membe aku kira nya peserta paling senior lah iaitu peserta form 3 , maksud nya ramai budak-budak form 1 and form 2... serius budak-budak zaman sekarang tak makan saman lahh...rasa nak marah pun malas..

macam kem-kem lain jugak lah.tp kadet bomba kan, biasalah banyak main air..ohh lupa ,kem-kem lain mana ada buat barbeque...kadet bomba je.korang pernha buat ke??haha , pernah tak korang merangkak dekat atas jalan tar??? sakit weyh siku..ni yang nak mengadu dekat pejabat ni , oke lah memandang kan aku dengan kawan aku tu je peserta senior , jadi kami boleh dikira kat depan jugak lah...haha akulah orang pertama yang memulakan nightwalk .. habis semua benda alah kat sekolah tu aku langgar ,.. langgar tiang , langar batu , langgar fasilitator pun ada gak..hahaha

kena simbah dengan air , budak-budak yang nak sangat terjun dalam kolam buatan sekolah tu , semua kena renda selama 15 minit kat situ..hahaa...serius aku nak cakap PADAN MUKA U ALL...hahaha,tapi memandangkan aku senior , tak elok lah kan???hahaha

oke lah ni cerita masa nak buat latihan kawad kaki ,.. ada ke patut dorang belajar and ajar statik balik ,.. mmg aku jadi blur lah kan...dengan ada nya kuasa Syazwan sebagai urusetia yang memahami aku dan haslini(membe aku) kami di minta utk keluar baris...fuhhh.lega gila kot...hahaha..last-last kena gak masuk barisan bersma-sama dengan urusetia ahh...last-last semua senior kena denda 5 kali , hahaha

pada malam terakhir tu , kitorang ada buat kawad basah ,.. bukan berkawad dlm keadaan basah eh.sebenarnya ni demo je utk kadet bomba bila ada kebakaran ,.. okay mmg lah kira sejuk sikit malam tu , sbb buat benda alah tu pada pukul 12 'clock and above weyh..hahaha

lepas tu kena simbah dengan air lagi..mmg tak pedih la mata kan...pedih weyh.dah la tekanan air dekat hos bomba tu kuat...(tetiba masuk air pressure kan??? ) serius pada malam itu jugak lah angin sepoi-sepoi bahasa menambah lagi kedinginan diri ini...serius sejuk gila weyh..menggigil tubuh ini...hahaha..yang kawan-kawan abg aku bersamaan fasilitator pada hari itu semua pikir aku tak sihat...hahaha

sabar je lahh..sbb lepas kawad basah kitorang ada lagi satu program , iaitu burung hantu .. hahha...serius masa malam tu , airmata ku hampir jatuh ke pipi , haha.. serius nie , penat je control malam tu , hahaa...aku dah la penakut .. lepas tu kena plak mcm tu , .. fuhhh masa tu ingat Allah je la ,.. dah tak ingat apa lagi dah ... hhahaha...

oke , thats n0t funny lahh , srius nie , abang-abang fasilitator plak , boleh-boleh nak menjerit sebelah telinga kan , nasib baik aku tak tampar abg fasi tu , even aku kenal semua fasi , still panggil abg fasi jugak . hahaha..serius tau sakit hati je .. aku lah selalu jadi mangsa sasaran dorang utk takutkan aku..

balik rumah je kan , dengan muka hitam nye , aduhhh...kembali gelap weyhh...tangan berbelang sbb jam , muka berbelang sbb berjemur ... sabo je lahh...no matter what..ape yang aku lalui ini , mmg gile experience weyh...rugi kot siapa tak pergi..tapi aku rasa lagi rugi sbb aku tak dapat join dua kaki dengan budak-budak form 3 pergi dewan hadiri teknik menjawab soalan Kemahiran Hidup Bersepadu dgn Pendidikan Agama Islam...

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Sunday, March 27, 2011

this is for u

dah lama kenal kau...maybe...kenal kau pun dari kawan-kawan aku...tak sangka , dalam diam kau ada penyakit ,.. mmg dah lama aku tau , since i heard about u , kau selalu sangat keluar masuk hospital , mmg kadang-kadang masa sekolah pun kau ke hospital jugak

baru-baru ni aku dengar kau baru je keluar hospital , masa dengar tu , serius aku terkejut , patutlah kau dah lama gila tak nampak kau kat facebook , rupa-rupa nya kau baru keluar dari hospital ,... kesian kau , makw kau pun tak bagitau pape kat aku .. 

oke lah , hari ini aku online , kau tegur aku , aku tegur kau balik , ingatkan kau nak bagitau kau rindu aku ke hape ke , rupa nya kau baut permintaan terakhir ,.. kau mintak tolong aku tengok-tengok kan makwe kau , sbb makwe kau mmg classmate aku pun , serius lah , aku terkejut kau cakap macam dah nak tinggalkan kitorang semua , terkejut aku , masa tu merayu kat kau pun , kau taknak bagitau aku kenapa

entah kenapa aku rasa macam lain gila sbb kau macam ini , kau tak pernah kot macam ni , even kau baru lepas keluar hospital pun , kau tak pernah cakap "lepas ni mirul tak boleh tgk zulfa(makwe dia) dah "..serius aku rasa lain gila weyh , kenapalah kau cakap macam ni???lemah semangat aku

kau suruh aku simpan rahsia , kawan-kawan zulfa macam qiela , ana , liza , and dhiena macam mana??? dorang tau tak??? aku tak kisah kalau simpan rahsia ni , tapi one day dorang akan tau jugak weyh , nanti kau bagi surat , dorang akan tau jugak ,..even kau kata macam tu pun , aku dah gementar , dah takut , dah lemah semangat

Allah tetap dengan kau weyh...Allah yang tentukan ajal maut .. 

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Wednesday, March 23, 2011

boleh tak nak marah???

 okeokeoke...fine,takpe,i dont want care about u...i dont want to know about u..pergi main jauh-jauh ... shhhhhhuuuhhhh...aku tak suka dahhh...nafsu aku dah taknak kat kau dah...pergi lahhh...sampai kau betul-betul tutup,baru aku kisah....

kau fikir kau bagus kan??? kau fikir ramai yang suka kau , kau lah yang terhebat di dunia , dekat sekolah , dekat rumah , satu dunia pun siap puji-puji kau...kau fikir kau bagus sgt lah tu , kau fikir kau handsome la tu..sumpah rasa mcm nak pergi pupus kan kau habis-habisan lahhh

aku sabar je ni , ishhhh mentang-mentang lah ramai minat kau , kau fikir kau bagus , mentang-mentang lah ramai gunakan kau , kau fikir kau bagus , seberapa kaya kau nie??? aku sedar aku tak sekaya kau , tapi kau kena lah faham , perkhidmatan kau digunakan sepanjang hari ....

tapi , kenapa lah ,?? kalau dengan aku , kau macam taknak ??? kenapa??? apa salah aku?? ha??? aku tau lah aku tak lawa , cuma comel je , jangan lah kau sebegitu , sedih aku...

kau nie kAn , sabar je lah aku , ishhhhhh.... rasa macam nak pergi terjah kau je , lepas tu , bia kau kena heart attack , bia kau padam serta merta , tapi kau mana ada heart kan???

  OKE FACEBOOK , KALAU KAU BUAT HAL LAGI , MMG AKU TAKNAK USIK KAU , AKHIR BULAN JE AKU NAK USIK KAU ,... KAU BAGI NOTIFICATION KAT OWNER KAU,  KALAU DAH BERAT SANGAT OR BANYAK SANGAT ACCOUNT ORANG PAKAI , TAPI FACEBOOK SLOW , MMG TAK LAMA KEMUDIAN KAU PUNYA ACCOUNT BANK AKAN KOSONG SERTA MERTA TAU !!! MMG AKU CLOSE JE FACEBOOK TU ,.. AKU KISAH APA ??? 


IKHLAS DARI HATI 


hak milik terpelihara :  nurhafzleen amelia

Sunday, March 20, 2011

pernah terfikir tak???

oke...pernah tak korang , korang , korang dan korang terfikir satu hari andai kata korang d takdir kan untuk meninggalkan dunia ini ... korang ada terfikir??? mesti ada yang jawab takde kan??? or mesti ada yang jawab ada...

sekarang korang fikir kan lagi...macam mana malaikat maut cabut nyawa korang,...macam mana??macam mana?? ada tak korang terfikir nie??? macam takde je... korang nak meninggal dengan cara apa??? adakah dengan cara korang meninggal tanpa sempat bertaubat ??? or korang nak yang sempat bertaubat???

korang fikir lagi,lepas dah kena cabut nyawa tu,korang terfikir tak,apa jenis hukuman yang kau dapat dalam kubur??? pernah terfikir??? oke,pernah dengar tak??? ada ular berbisa datang lilit kita??? pernah dengar??? tipu lah kalau tak pernah dengar...

lepas tu fikir balik,macam mana kita,kalau dekat padang mahsyar??? pernah fikir?? kita rasa seolah-olah,matahari sejengkal je dgn kita...pernah tak terfikir andai satu hari nanti kita tak dapat syafaat dari mana-mana pihak pun...sedih kan???

lepas dah kena hisab semua tu,kita dilepaskan jalan ke titian sirat,pernah terfikir tak,..kalau kita tergelincir jatuh ke neraka??? maksudnya,kita sama sahaja mcm orang-orang kafir, dan munafik,..pernah dengar hukuman , yang mengerikan lagi menyakitkan??? mmg kita tak rasa sakitnya,tetapi kita boleh bayangkan sakitnya kan???

takkan korang tak dapat bayang,..???? hukuman kepada mereka yang melakukan zina , hukuman kepada mereka yang meninggalkan solat , mendedahkan aurat , dan sebagai nya,..bayangkan,fikirkan sejenak,..korang taknak ke syurga?? yang aman serta damai,..tiada sebarang jeritan pun...

ermmmm,...so,takkan nak duduk diam lagi kawan-kawan??? korang still nak buat lagi ke bagai-bagai jenayah tu??? kalau korang buat,macam mana nak masuk syurga kan?? aku bukan siapa-siapa nak menilai,siapa yang akan masuk syurga atau neraka,...cuma , masa aku tengah siapkan kerja untuk Pendidikan Agama Islam , pasal syurga dan neraka , padang mahsyar , hari akhirat , ... mmg agak panjang lah topik tu,..tp apa-apa hal pun korang , korang , korang dan korang fikirkan lah...

bak kata Proffesor Madya Md Izuddin Ali  RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Thursday, March 17, 2011

aku masih tak paham

wahai Amy Amirul..mcm mana kau buat belog kau tu semaju secanggih mcm tu???rasa mcm nak cekik je dia tau...weyh amy andai kata kau baca belog aku ni,tolong bagitau aku jugak...tak baik tau simpan-simpan...hahaha..itulah..rapat sangat dengan amy...

amyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy....aku nak tau camna kau buat tu...kalau kau tak bagi tau aku...aku report kat makwe kau yang kau kedekut ilmu dengan aku...hahaha..cecececehhh...amy..kau bagitau aku cepat...kalau tak...siap kau,kalau aku jumpa kau nanti....

                      AKU TAK KIRA!!!! AKU NAK TAU JUGAK MCM MANA KAU BUAT...
    KALAU KAU TAK BAGI TAU AKU,..AKU MERAJUK DENGAN KAU..PAHAM TAK ?????


hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

karangan biogafi

 Nama saya NurHafzleen Amelia Binti Jamaluddin.Nombor kad pengenalan saya 961202-14-****.Umur saya 14 tahun 3 bulan 16 hari.Saya dilahirkan pada 02 Disember 1996 bertempat di Hospital Bersalin Kuala Lumpur.Saya merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik.

Saya mendapat pendidikan awal di Tadika Umi,Selayang Baru.Kemudian,saya melanjutkan pelajaran saya ke Sekolah Rendah Selayang Baru Dua sehingga tamat darjah enam dengan keputusan UPSR yang bodoh + bangang = bodohbangang.Selepas itu,saya tidak mendapat tawaran mana-mana MRSM atau SBP,tetapi saya telah di terima baik untuk belajar di SMK Darul Ehsan.

Saya suka sangat-sangat sebab dapat kelas semua perempuan semasa Tingkatan 1.Saya dapat kelas 1alfa1.Seronok sebab dapat belajar tanpa ada lelaki.Semasa ujian akhir tahun,saya demam,tiga minggu tidak dapat hadirkan diri ke sekolah.Pada minggu yang terakhir,iaitu pada minggu peperiksaan,saya gagahkan diri ke sekolah.Saya telah belajar pada malam hari tanpa henti kerana takut saya turun kelas.

Perkara yang saya tidak boleh lupa,apabila saya tidak boleh menjawab soalan Mathematics,saya tanya guru yang ada dalam kelas saya,dan guru itu juga merupakan guru yang mengajar saya Mathematics lalu beliau telah mengajar saya secara sengaja semasa peperiksaan dijalankan.

Tamat sahaja minggu peperiksaan kehadiran saya kembali kosong.Saya kembali demam.Saya juga dikuarantinkan,kerana saya kurang stabil.Tiba masa untuk mengambil keputusan peperiksaan akhir tahun,saya pergilah mengambilnya.Alangkah terkejutnya saya,saya mendapat kedudukan yang jauh daripada sasaran matlamat saya.Tetapi,alhamdulillah,saya masih lagi kelas  2alfa1 dan kesemuanya perempuan.seronok nya.

Sama juga macam tingkatan 1,saya demam sebelum peperiksaan bermula,kasihan kawan-kawan saya,terpaksa teman saya di kelas,terima kasih ya kawan-kawan.Saya tidak boleh lupa,masa B.Melayu,kumpulan saya kena buat pembentangan.Kami kena berlakon,saya bawa watak puteri ang agak manja perwatakkannya,kawan saya tasya membawa watak raja..dan nazihah membawa watak sebagai apa,saya kurang ingatan.Saya terpaksa menjadi gedik semasa pembentangan itu,sungguh kelakar disitu.

Dan saya takkan lupa apabila masa pelajaran Agama Islam,saya selalu kena cubit dengan ustazah sebab melawan  cakap beliau ataupun kadang-kadang saya terbuat bising.Pada hari terakhir kelas 2alfa1 bersekolah,kawan-kawan sekelas saya menjadi hilang kewarasan apabila mereka bermain 'musical chair',sampai tercabut-cabut tudung.Nasib baik pintu kelas dan tingkap kami tutup.

Semasa jamuan kelas di Rumpun Selera,kelas kamilah yang paling meriah.
comel je kan kami semua??? hahaha.muslimah tau..dah boleh di jadikan pilihan hati ramai org nie

                                                dan kawan-kawan yang tersayang lagi tercinta

seronok tau.Sampai ada sesetengah orang yang melihat gambar jamuan kami sekelas fikir kan kami buat jamuan di hotel.Banyaknya duit.

Kini,tahun 2011.Saya pula merupakan salah seorang calon Peperiksaan Menengah Rendah(PMR).Ramai orang kata dengan saya,"itu cuma PMR" tapi bagi saya,PMR yang menetapkan saya di aliran mana.Saya akan cuba sedaya yan mungkin untuk dapatkan 8a.Saya tidak kisah saya dapat MRSM atau tidak,sekurang-kurangnya saya mahu aliran sains.Sudah tentu lah,saya ingin menjadi seorang doktor.

pada tahun ini juga,saya masih lagi dengan kelas 3alfa1.Alhamdulillah,semua perempuan.Ramai cikgu yang masuk dan tanya,"lelaki takda ke?" kami akan jawab "lelaki suda pupus".Maaf ya kaum-kaum lelaki.

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia


p/s : mesti banyak gila kesalahan.dah tau tu diam-diam...:)