Pages

Friday, November 16, 2012

Melaka Wonderland - 14 Julai 2012



Assalamualaikum W.B.T

Lama jugalah aku dok mikir tajuk apa yang seronok untuk dibajet-bajetkan dengan you alls. Suddenly, i tiba-tiba teringat akan kenangan bersama beberapa orang kawan sekelas ke Melaka Wonderland di bawah rombongan Kelab Setia SMK Darul Ehsan pada tahun ini.

Sehari sebelum bergeraknya rombongan kami ke sana, Farrahin, Atiqa, Hanani, Anis, Naimah dan aku, semua pakat nak bawaklah bekal untuk dalam bas nanti. Lagipun, balik hari je kan? jadi semua sepakat bawak bekal, agar duit kami tak banyak melabur pada makanan, dan banyak melabur pada shopping sahaja.

Memang pelbagai jenis makananlah kitorang bawak. pergi Melaka je dahal. Haha. So, lepas buat pendaftaran, lepas breakfast, kitorang naik bas. ehemm, part naik bas ni, best gilewww. Entah apesal, bas yang kitorang naik ni, cantiklah sikit dari bas budak lelaki. Bajet-bajetlah sikit kitorang. Haha.

Dalam bas, kemain kau, semua melantak, sosej, nugget, kek batik, kebab maggi, ermm, cekodok, macam-macamlah kitorang melantak, tapi bila semua dah kenyang, semua buat hal sendiri. Aku dengan novel dan lagu. Anis pun sama. Yang Hanani, Atiqa, Farrah and Naimah, tak tahulah pula diorang buat apa, sebab diorang semua duduk dekat belakang sekali.

We're here

Bila bajet dah sampai dekat Melaka, excited nak main air tu, kemain lagi. Haha. Sebelum memasuki area berair, kitorang semua simpanlah barang dalam locker yang disediakan. And, untuk pengetahuan, satu token RM5. Aku share locker dengan Naimah, Anis dengan Hanani, dan Farrah dengan Atiqa. Beg dahlah pakai beg galas. Hak ambik kau! Sumbat selagi boleh.

So, lepas letak barang, kitorang apa lagi, have fun kemainlah. memandangkan memang dah lama gilaa excited nak bermandi-manda bersuka-ria, kitorang pun buatlah kids adventure sikit. main jalan-jalan, tanpa berkasut dan memang hanya berfikiran positif seperti ini "okay, boleh lancarkan peredaran darah." "boleh merahkan tapak kaki" boleh itu dan ini.

Seperti mana, berkongsi locker, kami sepakat berkongsi pelampung. Aku dengan Naimah. Hanani dengan Anis. Atiqa dengan Farrahin. Kira lamalah juga main gelongsor yang ada. Even terjerit-jerit pun, still nak naik lagi, sebab kadang-kadang terasa itu sangatlah seronok.

Sebelum masa lunch, kitorang pergilah main dekat tempat budak-budak. Kemain excited kau! Bhaha, tapi dalam main tempat budak-budak ni, ada laa juga kawan aku yang ponden, even dah paksa banyak kali, dah turun ramai-ramai, still ponden lagi. Punyalah jahat kitorang dok membahan kawan kitorang ni yang agak ponden ni :p

Lepas je lunch, sebelum cikgu suruh kami semua siap-siap nak balik, aku and the gang, memang dah planned dulu nak siap awal-awal. Biar nanti tak berebut. Lepas siap, kitorang tangkap gamber dekat muka orang yang jadi jaga dekat wonderland ni. kejap kejap. sabar sabar.


ha, inilah muka orang yang aku cakapkan tu. hikhokhikhok. handsome kan? pakwe siapa entah tu. okay, then. lepas je siap semua benda alah, kitorang naik bas. bila naik je bas, terasa lapar kemain kauuuu! nasib baik bekal untuk dalam bas ada lagi. hehe, apa lagi, melantak lagilah kami.

Lepas tu, kitorang ke Melaka Parade, disebabkan bas berhenti depan Menara Taming Sari kan. tapi, kitorang semua nak makan cendol. jadi kami mana entah, lupa dah tempat tu, yang pasti shopping complex. and and and and yang paling sedihnya, cendol takde. at least apa-apa entah yang diorang makan.

dalam pukul 6 lebih tu, gerak balik ke KL. dan, semua agak kepenatan. al maklumlah, main air bukan main lagi sakan dengan diorang. memang kenangan paling indah lahh ke Melaka dengan diorang semua ni. dan pasti susah nak lupakan!

apa-apa pun, aku sangat rindu masa nak ke Melaka. Kenangan paling susah nak dilupakan,.. Farrahin, Atiqa, Naimah, Hanani, Anis dan Aku, masing-masing sangatlah gilaa masa ini. serupa bukan tingkatan empat okay. :) Thanks girls untuk kenangan yang palingg susah dilupa-lupakan :)

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia


Friday, August 17, 2012

Majlis Khatam Al-Quran 2012












































Assalamualaikum W.B.T

Hari Isnin lepas sekolah aku ada buat majlis khatam Al-Quran untuk bebudak yang joined Tadarus Al-Quran masa bulan puasa. aku pun one of them laaa. jadinya, aku pun joined majlis khatam Al-Quran ni. and, sepanjang haritu pula, memang cikgu tak masuk kelas. Jadi aku dan beberapa orang jijah-jijah 4akaun1 ni telah menjadi model yang tak di iktiraf. Hehehe

ni ada beberapa gambar yang kau orang boleh tengok.


itu sahaja yang mampu aku sajikan untuk kau orang semuaaaa. Kalau nak diikutkan, banyak je lagi. tapi nanti kau orang semua tak sanggup nak scroll. haha. kbyee semuaa.




















Selamat Hari Raya Kepada Semua Umat Islam



Assalamualaikum W.B.T

Setelah sekian lama aku tidak meng-update belog. jadinya aku nak bagitahu ni, mungkin aku bakal jarang meng-update. yalah. sejak-sejak kehilangan modem yang disayangi, tak dapatlah aku nak meng-update. bila jarang meng-update, aku banyak meroyan dekat Twitter je..

okay okay. setelah sebulan berpuasa, semuaaaaa umat Islam didunia bakal meyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Entah kenapa aku sebut hari kemenangan pun tak tahu. Ohhh, mungkin sebab bila ada yang dulu tak puasa penuh, sekarang puasa penuh. Mungkin ada yang dulu minum air sorok-sorok dalam tandas, sekarang dah tak ada lagi dah. Haha

Raya ni, kau orang balik mana? Ada kampung kan? Siapa tak ada kampung tu, kau orang boleh join aku dekat Selayang, Gombak. Haha. Sebab aku pun ada dekat rumah je rasa nya. jadi kau, kau dan kau boleh lah join aku kan. okay readers, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR SAHAJA. *mana pernah aku buat kesalahan batin dekat kau orang :)
See full size image

*yay !! boleh main bunga api bebanyak. main mercun pop pop bebanyak.

Saturday, May 19, 2012

Kembali Ke Zaman Kecanggihan Teknologi

Assalamualaikum W.B.T

Haaaaa, betapa heaven-nya bila keluar dari gua yang tiada teknologi. kefine. sebenarnya selepas kejadian aku telah tercampak dalam gaung kegagalan untuk subject Add Maths, Mama telah menggunakan kuasa veto dia, untuk merampas kembali broadband.

So sepanjang rampasan broadband ni, aku terpaksa online pakai phone, itu pun twitter jeh. Betul ni, aku tak tipu menipu. Sadis gila weyh, kena online pakai phone,.. Nak nangis pun tarak guna pun kan. And aku decided aku nak deactive facebook aku tu, sebab itu lah, kalau sesiapa yang perasan, facebook aku tak jumpa. Haha

Sepanjang ketiadaan aku di alam maya ni, banyak sangat benda yang jadi, terutamanya dalam kelas 4A1. Banyakkkkk sangat yang jadi dekat kelas aku. Sepanjang sesi mengenali perangai masing-masing, ada lah, sorang kawan aku ni suka dekat Chinese boy, i mean bukanlah suka sampai angau gitu, cuma lebih kepada berminat je

So, bila chinese boy ni tau, dia macam malu-malu lah nak layan kawan aku ni, walaupun ada layan sikit-sikit. Until one day, Guru kelas kitorang yakni Pn.Noor Zehan bagi surat layang tau, dalam surat tu, kawan aku ni je yang tak tau apa isi kandungan dia, yang lain semuaaa tau, termasuk aku.

until today, chinese boy tu terlalu lah caring about my friend. Sabar je lah aku. Lepas tu, kalau Jijah Arina nak buat jahat, dia mesti kacau chinese boy yang kawan aku suka. Lepas nanti mulalah pergaduhan manja-manja antara mereka. Kadang-kadang aku pun joined sekaki jugak. Haha

Tapi sebenarnya kan, geng perempuan berbangsa melayu ni,  tidak pernah ada sifat nak berbaik dengan geng lelaki,. pernah sekali tu, masa minggu terakhir nak exam, Pn.Noorsilah yakni cikgu subject Science kitorang macam tak tahu la, nak buat experiment ke nak study theory je, budak lelaki nak buat experiment, budak perempuan nak study theory sebab tak nak ketinggalan, sampai bergaduh bertengkar lah kitorang.

masa bergaduh bertengkar tu, Pn.Noorsilah sampai menangis-nangis sebab perangai kitorang ni. Dah lah Pn.Noorsilah ni cikgu paling penyabar. Tak marah kitorang la, manjakan kitorang la, semua lah, itu pasal lah dia menangis masa kitorang gaduh. Sayang gila cikgu dekat kitorang.

kalau kitorang semua baik je, masing-masing mula naik tanduk nakal, mulalah macam-macam kitorang buat. kadang-kadang lawak, kadang-kadang kelakar. Biasalah merepek-merepek je  kitorang ni, baru nak membesar kan? ehehe.

okay lah sayang sayang semua, nanti kita update lagi yee? alololo

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Wednesday, March 28, 2012

Kursus Haji

Assalamualaikum W.B.T

hari khamis lepas, ada buat kursus ibadah haji dekatb SMK Darul Ehsan, well, benda paling best, first experienced aku belajar dan buat praktikal, nasib baik Ustazah Marzira dah habis ajar, eh? okay, habis ajar pasal rukun wajib haji, dan sebagainyaaa

haha, aku macam orang gilaaa menjawab dalam dewan tu, like seriously, budak-budak 4alpha1 macam ape entah, hilang kesopan santunan mereka .termasuk aku, aku ni macam ape entah, haha, then kitorang buat macam  demo baling Jamrah Aqabah.

lepas tu, kitorang buat tawaf dekat dalam dewan, perempuan di bahagikan kepada dua kumpulan kot. gilasss ramai lah. lelaki satu kumpulan je padahal. pemalas gilass korang dalam hal ceramah ni, kan? okay. kelas 4alpha1 sememangnya sungguh agresif . Haha

orang yang kendalikan tu pulak, dari lembaga tabung haji. dan seronok nya, bila soalan yang terakhir, dia nak bagi chocolate cadbury,. memang lah nak jawab, tapi orang lain laju pulak angkatnyaa. aku dah suruh Jijah Atiqa angkat tangan, tapi dia lambat angkat pulokk. so takpee. bukan rezeki, nanti nak suruh pakwe titew belikan. Ceit!

okay, dah lah, aku nak update yang lain, see you soon yah? daaaaaaaaaaaaar

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Saturday, March 24, 2012

Happy Birthday Athira!

Assalamualaikum W.B.T

siapa punya birthday pulak kali ni? of course lah one of my bestfriend. Bila? 21/3/2012 lahh. Like seriously, she's kind, cute, apa lagi eh? dah laa, nak puji lebih-lebih pun tak boleh, nanti dia kembang, susah nak kempiskan balik, eventho dia memang kempis sekempisnyaa :)

Athira busy menalaah, 
orang tengah presentation kat depan, 
aku busy snap gambar orang

dolu-dolu masa aku dengan dia form 3, kan kitorang duduk sebelah-sebelah, kira dia one of my desk-mate selain Safiah.. Dia boleh kira memang feminin sikit lah, paling minat brand Girls. Happy Birthday Athira, sorry lah post pasal kau lambat sikit, busy la katakan. ecehh.

Dulu dia tu desk-mate aku, sekarang ni nak panggil classmate pun, tak dapat, Haha, yelah, Athira kelas 4 ScGamma. sedangkan aku? hanya kelas 4 alpha 1. satu aliran pun tak,.. tapi apa-apa pun, kitorang tetap sahabat. InsyaAllah.

aku sayang kau weyh! sayang tahap petala lah, no matter what happen, be strong ! aku sentiasa ada dengan kau Athirun, yeah, dah lama tak panggil kau nama tu, dolu-dolu masa form 2 sesi pra-matang, kita suka letak huruf " U dan N " dekat belakang nama 

Amelia - Ameliun

Aisyah - Aisyhun

Tasya - Tasyun

Nazihah - Nazihun

Safiah - Safihun

Athira - Athirun

itu kan nama kita masa form 2? Haha, yeah saat bahagia masa form 2 kan? Masa-masa happy kita banyak kat sini ah, dah lah duduk dekat-dekat, senang meniru, senang bergossip, senang macam-macam like seriously , wa rindu sama lu lah. 

sekarang ni, kita lepak masa rehat je kan? yelah, masa balik , ekau ada kelas , aku ada kelas, balik lambat, memang macam ape entah bila terpaksa berjauhan dengan sahabat tersayang lagi tercinta. Athira, takde cake lah untuk kau, nanti bila-bila kita free, pergi De' Walid Bakery okay? so that aku boleh belanja kau, cupcake.
CUPCAKE je! haha. 

and again, Happy Birthday Athira. May Allah bless you :) 

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Friday, March 23, 2012

Jijah-Jijah

 


Assalamualaikum W.B.T

Siapa Jijah-Jijah? okay, let me introduce. Jijah-Jijah ni, sebenarnya perempuan yang suka buat berdentum dentam dekat kelas 4 alpha 1. Gilass lah mereka ni, bukan mereka je, kadangkadang aku yang muka baik dan sopan santun ni pun boleh terburai semuanyaaa. gilass betul diorang punya pengaruh tu kan? aku pun boleh ter-pengaruh dengan diorang

Mana datang nama Jijah ni? sebenarnya ada seorang classmate aku ada bawak buku cerpen karya Jehan Makhtar yang dibeli entah dimana-mana, Jijah, nama yang agak unique, so kitorang rasa, nama itu perlu di tingkatkan ke-famous-an dia. so, seramai 12 orang pelajar perempuan yang berbangsa Melayu di gelar Jijah untuk menguatkan lagi ikatan persaudaraan kami. cewah!

meh aku bagitahu antara Jijah-Jijah yang terkenal dekat kelas aku

Jijah Anis


anis che rusli



Pemilik buku Cerpen tersebut, dia lah jadi Kedai Buku Anis Sdn. Bhd dalam kelas aku. semuaaa budak melayu kebanyakan pinjam buku dia. gila kan kami? termasuk seorang pelajar lelaki Muhammad Luqman. Haha. Muhammad Azmi mana layan buku-buku ni.

Bukan takat buku cerpen je, kebanyakn novel-novel yang kitorang semuaa baca and aku baca, semuanyaa dari dia. kadangkadang siap ada turn lagi kitorang nak baca buku,. Memang layan habis lah kalau ada Anis dan novelnya. Haha


Jijah Fatin


Fatin Syafiqah

Fatin Syafiqah. Dia ni, Ummi dalam kelas aku, agak baik dan sopan, berbanding kitorang yang ganas dan kurang baik especially Jijah Arina. Dia assisstant monitor kelas aku, paling rajin berjalan, duduk sebelah Anis, tulisan typewriter. Paling rajin buat kerja sekolah

Fatin pun kadangkadang manja terlebih, tapi aku okay je kot dengan dia. Bagi aku lah, Fatin ni lembut sangat kot, tak macam aku. Ganas dan gangster sepanjang masa dalam kelas. Erkk? boleh laa buat contoh. dari takde.

Jijah Atiqa

                                         

Jijah Atiqa, duduk depan sekali, depan meja guru. Seorang classmate yang kadangkadang suka buat bising. Seorang pelajar yang suka cari pasal dengan guru sejarahnya. seorang kawan yang supporting tahap petala, Seorang kawan suka tolong ajar aku Add Math. Seorang kawan yang kadangkadang kasi aku tiru jawapan Add Math. Haha

Okay, seorang classmate yang banyak membantu dari segi keceriaan kelas. Seorang kawan yang suka bagi idea yang bernas lagi bermutu tinggi. Seorang kawan yang paling gila-gila.

Jijah Farrahin


Farrahin yang pakai tudung warna putih



Farrahin, merupakan Jijah yang seterusnya menjadi mangsa kami semuaaa. Haha. Farrahin pun boleh terror jugak laa bising dia. Bising dia, kalau tak datang sekolah kan, boleh buat kelas 4A1 tu sunyi sepi semacam je. Untung ada Jijah Atiqa je. Kalau tak sunyi sepi lah

Farrahin salah seorang desk-mate aku selain Natasya yang telah berpindah ke St.Mary. Farrahin boleh dikira mengganas jugak laa. Dia memang seorang yang suka buat bising, tapi masa Add Math, memang dia takde bising lah kan, ngadap je soalan yang cikgu bagi tu. Farrahin pun salah seorang classmate aku yang suka tolong ceriakan kelas. Dia punya idea kreatif dan inovatif lah. Second class. cewah! first class gitu.

Jijah Arina





Jijah Arina pun salah seorang desk-mate aku,.. dia paling suka buat hal dengan aku. Apa masalah pun aku tarak tau. Cepuk karang, baru tahu. Masa Assessment 1 haritu, aku main balas surat dengan dia lah, takde lah balas bagi jawapan, balas bergaduh-gaduh jee.

Markah English and Add Math kitorang pun sama je. Tapi kitorang takde lah meniru eh? Harap Maklum.. Arina ni, apa yang buat aku geram , bila aku tengah khusyuk lentok kepala atas meja, dia dok pukul-pukul aku, takut aku tidur, padahal lentok je lebih *even kadangkadang memang tertidur dah*

Jijah Arina ni, banyak jugaklah buat aku jadi tak tentu hala, gilass tau dengan dia ni, kalau duduk dengan Arina, gerenti borak je lebih. Haha. Kalau dengan Jijah Fatin, okay lah lagi. kalau dengan Jijah Arina, mau semput tak cukup nafas nak gelak, tambah dengan Jijah Farrahin, Jijah Anis, dan Jijah Atiqa.

selamat berkenalan dengan Jijah-Jijah kelas 4A1.

p/s: sebenarnya aku tersenarai, tapi tak perlu lah tulis kan? jangan marah semuaaa Jijah ku

Hak milik tercipta : nurhafzleen amelia