Pages

Saturday, March 17, 2012

Pelengkap Hidup Kami Sekeluarga

Assalamualaikum W.B.T

Ya, siapa tahu si kecil ni menjadi Pelengkap Hidup Kami Sekeluarga. Dia lah selalu kena marah, Dia lah selalu buat satu rumah aku marah. Dia lah segala penawar, Dia lah yang buat kami risau. Dia lah yang menangis, tapi lepas tu gelak sebab hanya lakonan semata-mata. Dia lah segala-galanya bagi KAMI SEKELUARGA.

Dia cucu pertama Abah Mama, Anak buah pertama Along, Abang Chik, Mak Uteh dan Mak Cu. Dia lah anak buah tersayang kita orang adik beradik, ya, eventho selalu kena marah dengan Mama or Abah, dia tetap sayang Mama and Abah. and sometimes, aku sebagai Mak Uteh, and Tasha aka Leen sebagai Mak Cu selalu sakat dia, selalu kata Mama and Abah aku dengan adik aku je yang punya. Sampai dia menangis-nangislah. Haha. Jahat betul!

nak tahu tak siapa dia? meh sini dekat meh, kita bagitahu

Raya tahun 2011

Budak kecil comel + handsome ni, pakwe aku yang ke-sebelas. Haha. okay, anak buah aku yang bernama Muhammad Shazlan Hakimie. Dia ni, apa yang penting, KESELAMATAN dia. sampai dia besar sekalipun, keselamatan paling penting. ya, ada tetamu yang tidak di undang nak dia. ceit!


Raya tahun 2011

Dia pelengkap Hidup Kami Sekeluarga. Tahun ni, Kimie dah 5 tahun, dan sebagai seorang Ibu, Kakak aku, atau aku lebih senang panggil kak ngah, hantar Kimie ke Taska apa entah.. dan Alhamdulillah, setakat ni, Kimie dah boleh kenal huruf, dah boleh hafaz surah Al-Fatihah. Dah boleh baca doa makan dengan lajunya.

tak macam dulu, masa dia kecil-kecil, nak baca doa makan pun tergagap-gagap. Nak suruh baca doa pun susah yang amat! Kalau dulu, nak suruh dia duduk depan kita, belajar ABC, 123, Alif-Ba-Ta, pun susah sangat! mesti ada je alasan. lepas tu, kena siap ada ganjaran lagi pulak tu, palingpaling kena buka cerita Ultraman

and now, lepas segala-galanya berjalan dengan lancar, dia lebih mudah belajar, kadangkadang dia lebih suka panggil aku, dari panggil Mak Cu dia. Siap cakap "Ateh, duk laa sini, ajar Kimie, Kimie nak pandai"..
dan masa aku cuti sekolah seminggu tu kan, dia punya sekolah pun cuti juga, and masa ni lah dia tunjuk something dekat aku

Dia kata macam ni "Ateh, tadi cikgu Kimie ada bagi kerja sekolah, lepas tu kan, Kimie terbawak balik Imran punya kerja sekolah" yang aku ni, macam biasalah, macam ala ibu-ibu yang prihatin sikit ; "kenapa bawak Imran punya kerja sekolah? kesian Imran takde kerja cuti ni, takpelah, nanti bagi balik dekat Imran, and Kimie punya kerja tu, meh kita buat sama-sama" ; aku dah cakap, aku ni macam ibu-ibu yang prihatin sikit

lepas tu, hari ini, bila Ibu Kimie iaitu Kak ngah tanya Kimie kerja sekolah dah siap ke belum , dia bawak kertas kerja dia punya dengan Imran punya and letak depan Ibu dia, Mama, and aku, sambil-sambil dia selak dia punya kertas, aku ingatkan dia tak siap lagi, amboi kau, sekali siap semuanya! lepas tu dia selak Imran punya kertas, erkk, siap jugak, bila tanya dia siapa buat Imran punya, dia jawab macam ni "Kimie lah, nanti kesian Imran kena marah dengan cikgu" baik betul anak buah aku sorang ni.

MoralOfTheStory : Melentur buluh biarlah dari rebungnya

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Friday, March 16, 2012

Happy Birthday Boy!

Assalamualaikum W.B.T


Google semata-mata

Ya Allah, aku ni pelupa betullah. hari ini birthday kawan aku. iaitu Muhammad Amy Amirul! ya Amy, Happy birthday to you, Happy birthday to you, Happy birthday to Amy, Happy birthday to you. Yeah! *while clapping my hands.* Amy dah boleh tiup lilin atas cake tu

Google semata-mata

yeee.. aku memang pelupa. sorry Amy, tak sengaja melupakan birthday kau. Almaklumlah, aku ni terlalu busy dengan segala hal yang melanda. eceh! erkk, aku takde idea nak bagi hadiah apa. Ya Amy, kau dah besar dah eh? dah berapa tahun? 16 kan? opss, terbongkar rahsia kau lebih tua dari aku. Haha

Ya Amy, eventho kita tak serapat mana, tapi boleh kira, kau ni baik jugak laa untuk aku, boleh buat kawan pecah usus buat lawak ! Okay readers, kadangkadang Amy ni pun aku selalu paksa dia edit blog aku, dan kadangkadang Amy buat. Aku kejam kan? Yalah, Amy baik sangat dengan aku :)


yaa, inilah Muhammad Amy Amirul.. Siapa kata handsome, sila tunduk letak tangan bawah meja. Haha. Okay aku tetap rasa bersalah. Nasib Amy called aku dan kata harini birthday dia. apa jenis kawanlah aku ni kan? Haha. Okay Amy, sorry again.. LotOfLove <3

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Thursday, March 15, 2012

Keluar Bersama Mereka

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, selamat dapat jumpa kawan sekolah rendah aku, yakni, Ahmad Sabri, Syafiqah, and Nadirah. Ya Allah suka betul aku. And for the first time, Abah kasi keluar jumpa mereka di Selayang Mall, amboi ceq! happy kau kan? Dan tolonglah percaya, aku bawak duit RM10 je, pecah rekod tahu? Lepas ni, duit kena letak dalam tabung sendiri, tak boleh bagi Mama, bila time-time emergency nak keluar, Mama pergi kerja, takde la duit HAHA.

apa yang tak happy nya kan? dah laaa bertahun-tahun tak jumpa diorang, at last, jumpa jugak, cuma, Syafiqah Nabila and Aisyatul je takde... Syafiqah dengan Ziana or Zi dari Bukit Beruntung sanggup kot datang turun Selayang ni, semata-mata nak jumpa kitorang semua, hari dengan tempat, semua kitorang serah bulat-bulat dekat Sabri. And Sabri decided nak tunggu semuaa dekat Mc'D.

Lagipun, Sabri memang ada badminton semalam, dia lepak dengan kawan-kawan dia sekali la sementara tunggu aku dengan Syafiqah sampai, bila dah sampai tu, kitorang tunggu Nadirah sampai pulak, masa menunggu tu, punya lah lama, dan kami isikan dengan bercerita pasal ex-classmate kitorang dulu.. macam-macam laa, pasal kawan sekelas kitorang dulu laa, sebut nama ayah masing-masing, gerenti ingat! HAHA

okay bila, Nadirah datang dengan Farhanah, aku ajaklah makan sekaki, tapi diorang pulak boleh puasa, memang lah kan, HAHA. so lepas je dah cukup ahli mesyuarat tingkap, kitorang pergi naik nak main bowling la kononya. mula-mula aku taknak main pun, sebab Syafiqah and Zi je nak main, tapi aku and Sabri sekali terbabit join sekaki. HAHA

okay, first dimulakan dengan Sabri, Zi, Syafiqah and last sekali, mestilah aku kan? segan laa awal-awal ni, HAHA., Sabri and Zi, ni boleh kira tahan jugak lah diorang main bowling,  yang aku ni dari awal sampai setengah jalan, asyik longkang jee, yang Syafiqah first time main bowling, okay lah lagi, aku ni, dah banyak kali, tapi banyak pulak ke longkang. memang buat aku bersila atas lane tu kan?

Sabri pulak berperanan macam Abah aku, serius! dia boleh tau, apa aje kesalahan aku. that is what we called PROFESSIONAL. and at last,bila dah nak dekat habis, baru boleh buat. urghh, dah la main satu game aje kan? It's okay.. aku kalah, kfine, redha

lepas tu, Nadirah ajak buat kerja lagi gila! HAHA, ada ke patut pergi karaoke? serius la ni? HAHA. okay, pergi laa karaoke, seorang bayar RM3..sejam jee, kira okay la kan? yang masuk pulak semua perempuan, Sabri lebih memilih duduk dekat luar, layan game, HAHA.

dalam 5:45 petang, Along amik aku, so, aku kenalah balik kan? ape-apehal pun, semalam memang seronok gila. seronok tahap gaban.dengan HARLY'S mungkin nantilah kot kan? diorang pun tak cakap apa-apa. Abah, terima kasih sesangat eh? <3 Abah.

Sunday, March 11, 2012

Assessment 1

Assalamualaikum W.B.T

semuaaa busy pasal exam kan? bukan budak sekolah je, abang-abang kakak-kakak yang belajar dekat University tu pun busy pasal exam ni. Hidup ni memang ada ujian je memanjang.. So, seminggu sebelum cuti sekolah bulan 3 ni, sekolah aku, adakan ujian penilaian 1.

okay semua, ujian penilaian 1 ni, memang buat aku berdebar-debar. HAHA, padahal ujian penilaian je pun kan? okay, hari pertama, kitorang ada B.Melayu, Sejarah and Mathematics Matematik kan kerajaan sekarang nak perkasa kan Bahasa Melayu, so, kena buat spelling, Bahasa Melayu laa

Serius, masa jawab paper Sejarah, aku rasa macam aku ni, paling koman markah pun, dapat C. sobssobs.. then one of my friend, yakni Fatin, mempunyai soalan penilaian satu last year, dan soalan dia, SEBIJIK SAMA! ni lagi menambah kan keharuan di dalam hati ni.

second day pulak, we have P.Agama Islam or Moral, English, and Science, disebabkan , soalan agama yang ku rasa senang lagi mudah, so member sebelah aku, yakni Arina, menyepak-yepak meja aku yang tak berdosa! hailaaa

so, aku hantar surat layang



tapi Arina sepak jugak meja aku, innocent gilaa pulak tu muka dia, hampeh punya kawan! HAHA. then, member aku Atiqah perasan apa yang kita buat, bila dia tanya, kenapa kitorang balas-balas surat, aku cakap laa, aku mintak jawapan, padahal takde pun, gaduh dalam surat je.

Arina buat juga! dia sepak meja aku lagi kuat ! Memang mintak kaki jugak si Arina ni.,


nampak tepi tu "Arina Berunsur Diktaktor" saja jee kutuk dia lagi ... tapi kitorang stop laaa, takde nak panjang-panjang kan, yelaah, gurauan semata-mata, Arina pulak layan kepala gila aku, HAHA, memang seronok laa dapat kawan macam tu kan?

then hari ketiganya, kitorang exam Add Maths, memang tak sempat laa nak balas-balas surat, semuaa busy siapkan, aku tak sempat habis kan jalan kerja . HAMPEH! failed la tu, Add Maths aku, nak menangis dah aku. Hampir-hampir laa nak nangis, tapi takde laaa nangis, hehe

hari keempat, yakni hari terakhir, kitorang ada paper Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas, haa! masa ni baru laa kitorang main balas-balas surat lagi..

masa paper Prinsip Perakaunan

macam kami berbincang kan? teruk betul! teheee..masalahnyaa, yang buat paper tu, cikgu yang mengajar aku! naya betul weyh! apa celop tak boleh jawab kan? dan yang paling aku menyesal, bila aku tak dapat jawab sejarah Perakaunan, macam apa entah! dan yang paling sakit hati, aku banyak salah tang situ je.

itu yang aku sedih tu, sedih sesedihnyaa lah! cikgu aku pulak taknak subahat, langsung tarak bagitahu apa yang bakal keluar, okay, sedih bertambah-tambah. dan paling tak tahan nya, bila akaun urus niaga aku, hampir-hampir tak balance, dan aku bertambah risau kalau laa, aku punya paper koyak , tapi dalam masa kerisauan aku tu, aku masih lagi balas surat Arina. HAHA
 and bila cikgu aku cakap, lagi 5 minit, okay, aku jadi kabut gila! kabut tahap maksima! seram sejuk aku, last-last dapat juga balance kan aku punya akaun, walaupun jumlah kitorang satu kelas semua berlainan, yang sama angka depan, iaitu 45 000 ++ memang pelik kan

bila lepas rehat pulak, paper Ekonomi Asas, memang mula-mula ingat senang kan? rupa-rupanya, boleh tahan jugak soalan dia. okay, paper ekonomi cikgu yang mengajar aku jugak buat soalan, hailaaa. segala esei, aku main taram je ayat! bukan ayat B.Melayu okay, ayat Bahasa Ekonomi!

okay, aku memang penjenayah sekolah, aku tau! dah jangan perli-perli aku, HAHA. okay laa, got to go, seronok tau jadi penjenayah sekolah, cubalah!

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Friday, March 2, 2012

Kehidupan

Assalamualaikum W.B.T



Pengalaman mengajar kita untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang, betul? aku selalu macam tu, tapi kadangkadang tu, aku terlalu lah careless sehingga kan, benda yang pernah terjadi, berulang lagi. mungkin dulu, masa kecik-kecik, kena marah sikit, dah terfikir nak lari rumah bagai..tapi sekarang, bila dah besar, dah boleh berfikir matang, kalau aku lari pun, ke mana je aku nak pergi kan?

kehidupan bagi aku sungguh mencabar, terutama masa remaja. kenapa eh, orang kata masa remaja ni, masa untuk ber-enjoy bagai.. kenapa? sebab masa remaja ni laa, kita nak kenal dunia luar, yang kadangkadang ada baik dan ada jahatnya.

mesti ada parents yang terlalu kawal hidup anak-anak perempuan diorang kan? sampai ada yang nak lari rumah, nak kelar nadi semua, korang sedar tak, wahai anak-anak dara yang comel lagi cantik, parents kita buat macam tu, ada sebabnya

macam aku, parents aku, susah sangat nak kasi, aku pergi shopping complex dengan sahabat-sahabat aku, sebab apa? sebab Abah and Mama taknak aku tergolong dalam anak-anak yang rosak akhlak. tak elok di mata masyarakat, aku dulu pun, nak jugak memberontak sebab tak dapat keluar dengan sahabat-sahabat. At last, aku sedar, Abah and Mama ada sebab-sebab tersendiri, kenapa tak kasi aku keluar

percaya tak, aku ni, dekat area rumah pun, aku tak dibenarkan pergi jauhjauh, sebab? ye, sebab sekarang, ramai manusia bertopengkan syaitan, dengar kes rogol , bunuh, dan bakar? itu yang paling Abah takut, even kau ada tali pinggang hitam pun, seorang perempuan, dengan 10 orang lelaki, takkan pernah menang.

lagi, kenapa Abah tak kasi aku keluar, sebab Abah taknak aku pilih kawan, tapi Abah nak aku pilih sahabat. Abah taknak aku merayau macam takde hala tuju bagai..itu lah Abah, kadangkadang, memang aku rimas, tapi aku fikir balik, Abah nak jaga aku dari segala benda yang boleh rosakkan aku..Abah sanggup buat apa saja untuk anak-anak dia, percaya tak, dia akan suruh aku tunggu dia dekat dalam sekolah sampai dia datang, even dia ada kerja or meeting

dan sekarang, aku akan selalu berfikir positif dan positif, aku dah besar, dah boleh fikir cara matang, and sekarang, aku akan fikir positif je, kenapa Abah tak kasi aku keluar merayau-rayau, tanpa pengawasan orang yang lebih tua dari aku. Kalau Abah sanggup korbankan masa dia kerja untuk aku, jadi, aku akan korbankan pula, masa aku bersukaria dengan sahabat-sahabat aku..

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Saturday, February 25, 2012

Kami mencuba

Assalamualaikum W.B.T

apa yang mencuba tu? tak faham kan? meh baca dulu..kan kelas aku ni ramai chinese student, aku ingatkan, bila dah ramai chinese student tu, ingatkan aku tak boleh laa bawak berbincang dengan diorang semua, tapi bila aku dah try to their friend, Alhamdulillah, semuanya boleh di jadi kan kawan, especially to Jared and Hoong Zer dan tak lupa pada Siew Seng, Tanesh, Jeng Nam dan lain-lain..

dan apa yang buatkan kitorang ni rapat, masa time sukan aje laaa, sebab aku, Zulfa, Liza, Farrahin, and chinese boys yang main volleyball sekali, Jared, Hoong Zer, Siew Seng, Wen Feng dan kadang2 luqman pun join masuk, and apa yang paling kelakar nyaaa, kelas aku ni, ada dua orang je lelaki melayu, kira okay la kot daripada kelas akaun 2, yang langsung takde lelaki melayu, HAHA

okay back to our topic, actually, budakbudak lelaki kelas aku, akan jadi hyper-active masa sejarah, percaya tak? mengantok tu, sudah tentu, tapi cikgu yang mengajar tu, buatkan diorang jadi hyper-active, yes, Cikgu Suganeswari atau lebih di kenali sebagai Cikgu Suga,..

Paling best, bila Cikgu Suga menjerit nama "SIEW SENG!!!" nanti gerenti kelas kitorang tergelak, sebab dah tau dah apa yang Siew Seng buat.. HAHA, then , one of my friends suka dekat Hoong Zer, then, bila Cikgu Suga menjerit nama "HOONG ZER!!!" nanti mesti kawan aku yang menjawab,."ye cikgu!" ehh, dia pulak yang melebih..tak sanggup aku tahan gelak tengok dia

then, kalau masa kitorang sukan, Hoong Zer, Jared, Wen Feng, Siew Seng, gerenti ada! then yang perempuan pulak, Farrahin, Liza, Zulfa and aku.. kalau bola tu betulbetul menuju ke arah aku, and aku rasa tak boleh nak sambut, mesti aku elak, dan Hoong Zer akan cakap "nampak bola tengok saja ka amoi?"HAHA, malu nya! Hoong Zer cakap macam tu

masa aku form 2, and form 3, main bola tampar ni, memang hobi aku dengan HARLY'S, tapi since masuk form 4, main bola tampar dengan diorang, buatkan aku takut pulak, yelaa, bola yang diorang bagi tu, macam 80 km/j okay! siapa tak takut kan? aku selalu sangat mengelak, sebab tu Jared or Hoong Zer cakap macam tu dekat aku..hailaaa

sepanjang dua bulan aku study dalam kelas tu, apa yang paling aku suka, bila masa math and add math, mesti kelas aku sunyi gila! kalau dengar tingkap jatuh dekat block A pun boleh dengar, hebat sungguh kan? tapi kalau masa sejarah, perghh, memang selalu kena jerit laaa, sebab apa kena jerit? sebab semua budak kelas aku, gerenti sampai terlentok-lentok masa subject sejarah.

sepanjang ni, kitorang semua masih lagi dalam sesi menyesuaikan diri,.. dah kalau tak boleh nak sesuaikan diri, nanti susah laa nak berkomunikasi kan? lagi-lagi sebahagian besar kelas aku tu, chinese student, thats why laa kena kenal antara satu sama lain

okay aaa, dah pukul 3 pagi ni, agak laa, aku pun nak tidur ni, tunggu post aku bakal muncul tiba yee?

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia.

Monday, February 20, 2012

Hari Penuh Peristiwa (picture)




Assalamualaikum W.B.T

aku ada janji nak meng-upload gambar-gambar yang hari tu punya kan? okay laa, bermula dari dalam studio Nasi Lemak Kopi O'..


masa ni, dah nak dekat habis dah pun, tak lama pun,dalam 15 minit je .. okay, lepas dah habis semua tu.. masa untuk bergambar, memang di nanti-nantikan adik aku sendiri.. yakni Tasha aka Leen.. Dato' M.Nasir pun ada pulak masa tu, memang heaven laa dia! kan?



 kan aku dah cakap, masa ada Dato' M.Nasir, adik aku punya lah excited tahap gaban! haihh, aku lagi tak terkejut tahap tak ingat.. kan? hehe, and sementara tu, Abah and Mama kata, Encik. Bakri nak jumpa lepas habis Nasi Lemak Kopi O'..

okay, sementara menunggu, apa lagi, memandangkan kamera ada di tangan, memang suka main snap-snap aje laa kan? dan aku dengan kamera bagaikan irama dan lagu! cewahh! irama dan lagu pulak dah, and ni laa Mama titew! Mama putih sesangat, dan aku tak boleh terima itu! Mama tak pernah pakai facial wash.. tengok aje laa, muka Mama dengan aku, ketara sangat aku dah hitam..hailaaa!


alaaa, nampak sangat aku hitam, malu laa cenggini...takpe-takpe, lepas tu, bila Encik Bakri dah habis Nasi Lemak Kopi O', dia panggil pergi ke meja dia, sebab nak buat surat untuk adik aku, then, masa menunggu tu, kitorang siap borak-borak dengan producer lagi, eceh!

okaylah, sudah selesai segala hal di Sri Pentas, kitorang pun balik, ye, balik di sini bermakna, tukar baju dekat rumah untuk seketika, dan keluar balik nak pergi ke majlis kenduri kahwin Ustazah Hairul IK4..opsss! sebelum tu, meh sini, adaa sikit gambar..


... okay, yang lelaki tu, Encik Bakri..yang perempuan tu, panggil kak Ann.. lepas tu, balik rumah, amik kimie dekat nursery, tukar baju yang elok sikit, baru laaa kitorang pergi ke kenduri kahwin Ustazah Hairul.. and we are so lucky at first, sebab takde orang nak serbu dan sebagainya, tapi bila Afiq sampai, haa, Afiq mana? alaa, yang berlakon dalam cerita Bawa Aku Terbang tu laaa , dia datang, semua orang nak serbu dia! Hairul dengan adik aku pun cool aje laa dulu, bila diorang lepak tepi swimming pool, baru orang ramai nak serbu

ni pulak gambar-gambar sepanjang dekat kenduri kahwin, penat aku gelak, sebab Abang Is kuat sangat melatah, plus dengan bila dia melatah tu, mesti di ikuti dengan perbuatan, here some picca


Abang Is sebenarnya dalam gambar tu, melatah je semua! dia nak buat peace pun terbuat lima jari tu haaa, apa-apa je laa, then, ada pulak orang nak bergambar dengan Hairul, Afiq and Leen..sebelum Afiq balik pulak, kitorang bergambar laa sesama,..Hairul selamba diaa je letak tangan dia atas bahu aku. hampeh benar!


then, kitorang semua beransur pulang, padahal bukan pulang apa pun, pergi selayang Mall main bowling and karaoke ada laaa. ini semua gara-gara Hairul ! cuba bayangkan, main bowling pakai baju kurung, agak-agak laaa, rimas ke tak? ya ! ofcourse rimas gilaa!

gambar masa bowling tak di ambil , maaf yaa? then, lepas tu, adik aku ajak pergi karaoke pulak, memandangkan, berdekatan, se-level je, jadi kitorang pergi laa jugak, cukup laa sejam.. and yang ini, ada gambar,

dan hairul sememangnya suka sangat panggil aku adik, sebab aku lebih kecik dari dia, even aku form4, dan dia form 1, kejam betul budak sorang ni!


okay laa, cukup-cukup laa tu, dah banyak sangat aku meng-upload, nak buat homework,.. kan bagus jadi macam aku? buat homework je memanjang, malam layan tv, haha, okay!

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia