Tuesday, July 12, 2011

Seloka kelas perempuan (3A1-SMK Darul Ehsan)


Bismillahirrahmanirrahim kami mulakan ,
satu matlamat penuh wawasan , 
terbentuk cemerlang sekumpulan insan , 
seloka 3a1 penuh perasan


langkah dihayun penuh cabaran , 
menabur budi dalam pelajaran , 
ustazah Che Afidah menjadi pujaan ,
mengajar Agama Islam di kelas lelaki kepupusan


Nur Natasya Bt Azahari nama diberi ,
itulah dia ketua kelas kami ,
suka mengusik cikgu Rapi kelas kami ,
Riuh di kelas waktu Geografi 


Penolong kelas sopan sekali ,
Safiah Sabrina nama diberi ,
Merupakan juga setiausaha kelab seni ,
biarpun sibuk riang sekali ,


ketua kebersihan jawatan diberi ,
Nurathira bt Noorzaiful nama diberi ,
turut bertugas setiap hari , 
kelas bersih 'always' naik pentas sekolah DE 


tak lupa juga Aisyah kami ,
empunya nama dua diri , 
salah seorang bendahari kami ,
seorang lagi berseloka sesukahati 


lain pula cerita ketua nilam kami , 
tak habis-habis perasan anak YB ,
itulah dia NurHafzleen kami , 
merupakan sahabat sejati di sini 


ketua keceriaan Anajihah namanya ,
berbakat seni semua tak sangka 
Adha pula lain ceritanya ,
A dalam sejarah itulah pakar namanya


ini cerita Miza dan Mastura ,
dua sahabat sering bersama ,
memberi gelaran "Zaza" kepada Zariana ,
hanya mampu tersenyum itulah mereka bertiga


Shamine , Diyana , serta Azimah ,
berkawan sejak sekolah rendah ,
kerja sekolah siaplah sudah ,
lawan kuiz pantang menyerah


teman berbual Salma dan Haslini ,
sepantas kilat Syakila dan Mimi ke mari ,
katanya nak tumpang dua kaki ,
sebab nak dengar cerita sensasi


Hannani dan Wafa berkawan lama
duduk ditengah-tengah amoi cina,
anak Tan selalu tersenyum mesra
nama Azlina Tan menjadi kenalan semua


Aimi dan Fatin nama pilihan ,
warna pink warna kegemaran ,
Nazihah merupakan seorang rakan ,
Datin Seri Selera dia punya gelaran ,


Liza dan Zulfahanis duduk bersama , 
kalau ketawa gemparlah dunia ,
itu belum lagi Nurul Aqilah punya cerita ,
lelaki lalu pantang lepa


Yuslyana , Thayyibath dan Fadhilah ,
tiga sahabat pengawas sekolah ,
HazreenFarhany lain punya kisah ,
orangnya mesra tak cepat marah 


Syazwani jenis pendiam orangnya , 
berkulit putih berkaca mata pula , 
Hasyka dan Shafika duduk semeja ,
Bila bersembang tak ingat dunia


An Nuur Suraya pelajar berwibawa , 
dipanggil pula dengan nama Suraya , 
ini orang diamlah juga ,
pantang marah bergegar lah satu dunia


Amanina dan Sharmeela nama diberi , 
duduk di meja belakang sekali ,
entah apa yang ada dalam hati , 
bagai gunung turun salji


tamatlah sudah ini cerita , 
Kisah 38 puteri tanpa putera
kisah dibuat untuk suka-suka , 
ampun dan maaf 20 jari dipinta


di akhir kata pesanan tersebar 
harap cemerlang 8A dalam PMR 
4 oktober usah gentar m
keluar keputusan sms harus dihantar

dibuat - NorAisyah Binti Jalil 
diubah-NurHafzleen Amelia Binti Jamaluddin( (cik comel)

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

2 comments:

  1. haha ,. dulu selalu buat seloka untok kelas ,. tapi sejak naek sekola menengah ,. da xbuat ,

    moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana

    http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/sports-day.html

    ReplyDelete
  2. nur syazana mohammed sani : hahaha...ni kawan yang buat..tetibe teringin nak post dkt blog..sambil2 edit la sesikit..hahaha

    ReplyDelete