Pages

Sunday, February 19, 2012

Hari Penuh Peristiwa

Assalamualaikum W.B.T

hari ini, hari apa ye readers? ya! Bagus! Hari Sabtu laaa kan, Hari JALANJALAN SEDUNIAAA! aku ni gila apa, siap nak caps lock bagai, okay laa, memandangkan hari jalanjalan sedunia, sejak pagi yakni , lepas pukul 7:30 aku dah takde dah dekat rumah, bermakna, aku dah keluar dengan, Mama, Abah and my youngest sister Tasha aka Leen

sebelum keluar jalanjalan, Tasha aka Leen, kena pergi Nasi Lemak Kopi O' dekat TV9, so, kena pergi dulu laa, nak tunggu turn dia, memang tak lama jugak laa,..sementara menunggu dia di make ter-over dekat make up room, aku ternampak sorang aweks kakak ni,.. mula-mula macam pernah nampak, bila aku pergi bilik make up, nampak Pierre Andre, ehh, laa! ni gerenti pasal cerita terbaru dia.."Chantekk"..rupa nya yang aweks kakak yang aku nampak tadi rupa-rupanya Nurul Ekasari..*rugi tak tangkap gambar*

then, masa segmen adik aku pulak, aku dah nampak someone, yang macam aku minat dulu, okay, buat donow dont care dulu, kisah pulak aku? okay, bila tengah duduk termenung phone aku yang tak berapa canggih ni, aku teringat, laaa, 'someone' yang aku nampak tu, rupa-rupanya Sir Khairil Azam rupa-rupanya.. Apa la kau ni NurHafzleen Amelia! manusia yang sikit punya famous amos tu pun kau lupa,.

then, masa nak balik tu, boleh pulak Dato' M.Nasir lalu depan aku, ehh! terperanjat gegirl tahu? nasib tak kena heart attack, sebab sifu lalu depan gegirl..haha, Abah dengan Tasha aka Leen, sempat laa tangkap gambar bersama.. kan? Tasha aka Leen pun sempat tangkap gambar dengan Sir Khairil Azam aka Aril.. dushh, betul-betul sedih laa

kebetulan, hari ini kan ada audition mentor Ella, kan? so, masa aku turun nak balik, keluar je lift tu, fuyooo! ramainyaa manusiaaa! halamak diorang ni mesti terror-terror menyanyi..then, masa mata aku melilau duduk tengok ramai lelaki ke ramai perempuan, aku nampak muka yang sungguh laa familiar dekat sekolah SMK Darul Ehsan tu haaa

okay, nama di rahsiakan, memang sungguh pelik bin ajaib, aku terjumpa dua orang manusia itu di sana, haaa, ada ke patut salah seorang dari diorang dua orang cakap aku makin pendek! hailaaa! lu brader, wa touching laa cenggini.. tak apa laa, asalkan wa tetap comel kan brader? HAHA

okay, lepas tu, kitorang menuju ke rumah ustazah Hairul ik4 dekat Damansara Damai, mula-mula sampai, aku ingatkan , cool je laa diorang,tak nak serbu, so, aku takde laa kisah sangat, then, bila dah masuk dalam dewan , and Afiq IK pun baru datang, Afiq kena serbu dulu,.. kesian gila dekat Afiq, mana tak nya, dia tak sempat duduk and makan lagi, haha

bila dah terasa reda sikit, Tasha aka Leen dengan Hairul pergi laa tepi swimming pool , di sebabkan dekat sana pun ada swimming pool jugak, then, tak pasal-pasal diorang kena serbu, haaa, baguihhh laa tu, Afiq kena serbu kat dalam, diorang kena serbu dekat luar, kelakar betul, sampai Abah risau anak dia hilanglah..

then , ada laa slot-slot lawak yang kelakar, SLOT MELATAH..serius kelakar gila, ada sorang abang ni, kelakar gila, diorang suruh abang tu campak phone atas meja, dia campak, lepas tu Afiq suruh abang tu letak phone dalam cawan yang air nya dah setengah. nasib baik tak muat masuk je, then , Hairul ke Tasha aka Leen cakap dekat abang tu, letak phone atas nasi.. dia letak jugak, kelakar laa jugak tadi, ..

lepas tu, balik je dari kenduri, kau orang bayangkan je, Hairul ajak main bowling dekat selayang mall aku dengan Tasha aka Leen, dah laa pakai baju kurung, memang kena main jugak laa, Mama amik dua game je, nasib dua game je kan.. hehe.. first game aku, memang laa lepas, second game, memang lepas, lepas masuk longkang je.. sakit hati jeee..ayoyoyoy!

lepas main bowling, teka kita orang ke mana,..yee, memandangkan selayang mall tu dah dekat dengan Just-K selayang mall, iaitu tempat ber-karaoke, jadi Hairul ajak karaoke pulak.. aku dah penat, so tak larat nak layan kerenah bebudak tu haaa.. dia orang laa yang nyanyi lepas geram, memang sampai men-sumbangkan lagu laa! haha..

okay laa, untuk segala gambar, tunggu, nanti-nanti aku upload :) malas nak upload sekarang, aku kan baik..

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

1 comment:

  1. waaa.. mmg jalan sakan =p

    untonglaaa.. hehe =p
    upload la pic nnt kay =)

    ReplyDelete