Pages

Saturday, November 5, 2011

boleh ke nak jealous?



Assalamualaikum WBT


aku taktau la , korang pernah jealous dengan boyfriend atau girlfriend korang atau tak..orang kata.."cemburu tanda nya sayang" tapi , cemburu lebih-lebih pun tarak guna jugak.. kan? aku tak tau , samada aku ni boleh jealous atau tak .. sengal betul aku ni


pernah dengar tak , korang punya girlfriend atau boyfriend jealous dengan kawan baik sendiri? best friend sendiri..pernah tak? dulu aku pernah dengar lahh jugakkk kisah macam ni...ermmm macam mana ehh nak cite?? susah la kan...


ermmm contoh laaa...Zack dah memang bestfriend lama gilaaa dengan Zana ,.. dah memang bestfriend la kan..one day , Zack couple dengan sorang minah ni..nama minah ni Suzi ..even Suzi tau yang Zack dengan Zana just bestfriend , tapi , Suzi tetap jealous ... 


Zack dengan Zana pulak jenis panggil bersayang-sayang.. tak hangin jugak la si Suzi ni.tapi Suzi just diamkan je...takut Zack cakap Suzi ni tamak pulak kan?? so , Suzi cuma diam kan saja .. Suzi malas nak fikir sangat , Suzi buat-buat cool je , even dalam hati membara bagaikan api yang tengah merebak terbakar...

sampai la satu hari Suzi dah tak boleh tengok lagi dorang mcm tu , Suzi bagitau Zack..and Zack cakap Suzi terlalu kongkong hidup Zack.tak macam Zana ,.. Suzi terlalu cemburu..tak macam Zana..kalau ajak Suzi keluar .. Suzi tak boleh keluar sebab family tak kasik , nasib baik ada Zana...bila dah semua nya nama Zana...Suzi mintak putus...maka terputus la dua hubungan...


okay okay okayyy.kadang-kadang aku takut nak jealous ... even orang yang aku sayang... aku takut dia rasa tak selesa dan sebagai nyaa...aku cuba laa berfikir terlebih matang sikit , kalau aku jealous , nanti dia meluat ,.. tapi kalau tak jealous nanti dia suruh jealous.. macam mana?

aku pun masih lagi tak tahu yang mana satu....maybe aku memilih untuk tidak jealous kot..walaupun kadang-kadang aku berada di tempat Suzi..and kadang-kadang aku berada di tempat Zana..aku rasa laa ,.. lelaki bukannya suka perempuan kuat jealous ni..lagi dorang menyampah ada lah kot..

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia


hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

wordless wednesday??

guess what?? wordless wednesday! aku rasa , hari rabu aku , memang wordless , speechless , from a talkative person to quiet person..yeahh..sebab apa wordless, speechless?? sebab nya , aku dah mula bertukar menjadi seorang rockers like this
                                                         belum dengar suara..merdu + garau 


and aku banyak kali tertidur dalam dewan...sebab apa? sebab aku mula bosan , and there is nothing to do with....banyak kali kot , sempat ter-landing la dekat atas beg sekolah and one of my friend , ada snap gambar aku masa tu

                                                                  (taken from Nurathira) 


sebenarnyaaa, aku dah rasa sangap gilo nak tidur , yelahh , pagi ada bahas ala parlimen..thanks a lot to Shamine and Dayana ,. and aku tabik spring dkt Shamine , belum sempat aku bangun nak bidas , dia dah bangun dulu ,.. and Dayana untuk penggulungan..

dan alhamdulillah , kami telah memenangi pertandingan ini :) and i donow kitorang tangga yang ke berapa..siap ada tangga-tangga lagi kan? haha lepas tu , balik dewan , dan di dewan , raptai untuk hari anugerah kurikulum & kokurikulum tak start lagi..amboi-amboii...lama nyaa!

and , aku dok lepaking dengan kawan-kawan aku..and tadi tetibe teringat , ex-boyfriend kawan aku , pernah kata dekat kawan aku , dia  menyampah dekat aku.. ohh hello ... aku heran gapo , kau menyampah dengan aku...aku tak faham sebenarnya dengan perangai kau weyh

better to have a pet then have a friend just like u..understand? well , mujur aku hanya kenal kau seorang lelaki yang tak berhati perut...haihhh...daripada aku kenal kau seorang lelaki yang pura-pura baik .. wanna to be honest laa dengan kau! siapa kau nak nilai seseorang dengan melihat harta kekayaan

siapa kau di dunia ni? siapa kau di sekolah , siapa kau ingin menilai aku dengan hanya melihat perangai aku dari luar sahaja? hello bro , just go on with your life and please,just shut your mouth ,..yeah boy , i hate to know person just like u

dah , lets forget about him forever , haihh..and ya lahh , masa tu , memang bosan gila dok dewan , and ada sorang budak indian ni kan , bawak broadband and online facebook! haha...what a happy things that she do!
seronok pulak aku dengan friend aku tengok dia..mau je minta sekaki nak join..haha

and bila dah balik , suara aku makin menjadi-jadi rock-nye..makin pedih dan seksa aku punya tekak..ingatkan nak stay je dkt PSS..tapi sebab tak tahan , terus dail nombor abah nak balik...haha..lepas tu , singgah ke klinik , and amik ubat..lepas aku dah telan ubat pil , aku langsung tak pernah nak amik ubat air..bila dah sakit tekak mcm ni , no choisce , kena amik jugak ubat air..doktor yang dah biasa rawat aku pun pelik..haha..sampai je rumah, aku terus tertidur sampai maghrib..memang lain macam sikit laa hari rabu ni..

okay laa...selesaiii

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Wednesday, November 2, 2011

My Youngest Sister : Nur Shazleen Natasha

Assalamualaikum WBT ,

aku rasa ramai kot dah kenal adik aku ni hah.budak paling suka cubit pipi aku...dia jealous la tu...mesti la kan, dia tu kurus! mana ada pipi macam aku! hahaha


masa otw nak pergi mana entah...aku dengan dia je kot

sorry lah dah lama kan tak update blog sendiri ? ni gara-gara ikut my parents tengok adik dekat Port Dickson..adik dapat calling , sebelum pergi P.D .. katanya , adik aku kena pergi tapisan kedua sebelum diterima masuk Idola Kecil 4 , so , adik aku pun pergi ...


"beratur-beratur"

shazleen dengan mama..*jealous masa ni
abah dengan shazleen , haihh sama jealous jgakk

shazleen dengan kak ajeen , akak ni kecik je kot..cute miut je

shazleen with her friends..nampak tak budak kecik dekat depan tu?
dia dapat weyh! baru 8 tahun , pernah nyanyi dgn CT Nurhaliza , 
Mawi , and siapa lagi entah..

shazleen dah naik bas...dia taknak naik kereta dengan kami...
dia kata nanti takde kawan , so just go on laaa..lagi best aku! haha


lepas bas shazleen blahh...aku boleh dengan rasa bangga nak mengaku , aku anak last..boleh??haha....tension je mama dengan abah dapat anak macam aku ni , aku redhaa...ohh yaa..sebelum ke PD , mama dengan abah ke Sg.Buloh sebab ada kenduri...yehhh..masa tu tak panas jugak la en , sebab pakai tudung , baju dan seluar jeans berwarna hitam ... tak panas weyh!!!

lepas blah , baru bergerak ke PD..perjalanan yang sungguh jauh dan membosankan , buatkan aku tertidur sampai tak sedar diri...ruamg kereta aku memang menyeronokkan..sampai je tempat shazleen , mama and abah decided nak tidur dulu , penat kan..heee

lepas dah tidur dalam half an hour, baru terasa teringin nak keluar dari kereta dan mengacau shazleen yang sedang leka mengenali kengkawan dia dekat rumah tu...ohh ya la , aku memang suka mengacau adik aku sorang tu..banyak gila barang baru mama belikan untuk diaa...haihhh..untunglaa *jealous

okayy , takpe , aku faham..excited la tu.haishhh..sementara tunggu shazleen , aku ajak la shazleen bersnap-snap sat...


jealous dia lelebih dengan abah 

with mama ... ahhh..saja la tu!

sah-sah dia dengan aku...sama ke muka?

dengan aku jugakk..


yeah , aku bosan2 tengok ikan..ikan tu mcm tau je aku comel
ramai2 dtg dekat aku..wahaha

sebelum chow dari rumah shazleen menginap tu


lepas dah bosan buli budak kecik ni , aku ajak mama dengan abah blah..nak bagi shazleen rehat laaa pulak kan...so , aku ajak mama dengan abah ke pantai..dah lama wooo tak ke pantai...misi aku .. mcm biasalahh budak bandar yang tengah bosan dengan suasana bandar , so , aku nak tengok sunset..

nasib baik , mama dengan abah nak layan perangai ngada-ngada aku ni hah..haha..tak kira - tak kira...aku nak jugak..tapi sebelum tu , aku ajak mama pergi makan mee sup cha cha...sedap pun sedap lahh en...lepas sudah melepak dan menconteng pasir dengan nama AFIA ... aku ajak mama dengan abah naik .. sbb dah bosan tahap gaban , ajak mama dengan abah lepak , and snap-snap dengan mama and abah


tengok mama..aku taktau kenapa mama putih semacam!

abah main tipu! snap tak cakap...segan je.

muka mama macam tak nampak kan?? mama macam halimunan!

korang agak siapa yang snap? aku ke abah?
aku la ! saya tak edit , saya tak pakai DSLR pun.. :)
sunset masa ni , sungguh cool


untuk dua hari berturut aku ke PD menemani mama dengan abah..penat nya tidak terkira..nasib baik tengah cuti sekolah , kalau tak , memang aku tak jejak kaki dekat sekolah tu la kan..haha..then , shazleen pun balik...macam2 benda dia cerita...sepanjang menunggu jawapan samada dapat jadi 12 finalis ke tidak , semua budak2 tapisan kedua ni , bukan main lagi dorang ber-contact..mcm dah bertahun-tahun tak jumpa..

shazleen duk menghitung hari .. rabu deepavali , so khamis get ready..tapi hampa! khamis , crew-crew tu masih tak sampai lagi , so , hari jumaat...okayy jumaat memang mereka serbu rumah aku! pukul 4 ptg maybe..tapi d sebabkan aku duduk dalam bilik , langsung tak dengar..

so , dorang call mama , and mama kata shazleen sekolah agama sekarang , haha..memang dorang serbu sekolah agama shazleen , taktau mcm mana reaksi budak kecik ni .. and dorang kata , shazleen kena datang esoknya.. iaitu hari sabtu...anak kawan abah yang berlatih dengan M.Nasir tu pun dapat..nama dia hairul...okayy..hairul sungguh comel ye kawan-kawan


shazleen dengan hairul..hairul sungguh comel bagi aku...ske tengok
dia senyum!


and lepas tu , dorang buat hal dorang , aku dengan family , ke the curve and e @ curve..memang jalan sakan! and hari isnin , shazleen ada press conference yang rasa nya amat memenatkan dia kot..entah laa..taktau..dia yang kena , aku sekolah , so segala gambar ni , abah yang amik


this is what happen to her selepas di godek2 oleh akak yang 
berpengalaman!



taktau kenapa..dalam bebanyak pose dia..aku paling heran yang ini



shazleen dengan irish 



nampak budak yang pakai ribbon purple tu? dia tu .. perghhh suara
dia..gila best weyh , and dia ni juara negeri pahang , and pernah 
berduet dengan CT Nurhaliza , fufooo...adik dia Qistina mcm anak
korea ! tu adik dia yang shazleen pegang



mama dengan qistina..pipi dia..geram nya!!


okayy la..sesudahnya sampai di sini.korang nak tengok sangat en? adik aku je lah yang bertudung


carik je yang pakai tudung 


hak milik tercipta :nurhafzleen amelia

Thursday, October 20, 2011

Pasca PMR 2011



Assalamualaikum WBT

18.10.2011

hari ini...aku dah tak lambat dah pergi sekolah...baik la konon..haha....kira nya hari ini aku datang awal , tepat je masa aku sampai tu...so , kira nya , aku ni menepati masa lah kan? haha...

hari ini , aku rasa hari bosan sepelajar tingkatan 3..yes , dengan pertandingan sketsa , yang kurang dengar dan sebagainya , buatkan aku bosan , then , langsung taknak tengok dan aku dengar lagu serta layan word search yakni my twins aku punya...cehhh..tak laa..aisyah punya word searchh

memang tak dengar sangat la kan..sketsa bagai tu..yang aku dengar bila kelas 3rk1 punya sketsa..tajuk dorang.."Siti Di Alam Fantasi" haha..memang seronok...Anis kelas 3rk2 memang syok...haha..serius gilo...dengan apa entah nama budak lelaki tu , aku lupa..seronok laa..boleh gelak2

then , lepas habis semua sketsa tuh...cikgu suruh carik King & Queen untuk wakil kelas..dan dengan menggunakan surat khabar , reka baju untuk King & Queen ,.. cuba teka siapa la yang kena jadi King untuk kelas aku , memandangkan kelas aku takde laki..

yeaa..dah tentu aku! haha..kelakar kan?? aku yang jadi King..haha...nanti -nanti laa aku bagi korang tengok gambar aku berpakaian dengan newspaper..haha..pencemaran sekitar dewan kot ..

and and and petang tu , kena bertugas macam biasa la weyh...tapi macam takde mood je nak tugas,...mula-mula memang fikir nak balik..tapi lepas tu , fikir balik , baik la aku settle kan je masa bertugas aku tu ha..kan , aku dah lama gilak tak bertugas..haha

so , bertugas la seperti biasa walaupun bosan tahap maksima sebab takde orang pun yang akan masuk PSS...huhu...

19.10.2011

hari rabu kan?hari rabu ada taklimat pasal teknik and vokasional..perghhh memang dilema gilaaa..sama ada nak voka atau teknik...dude and babes..banyak gila yang aku minat dekat voka , tapi , aku takut nanti aku bosan...heeee

so , sekarang aku memang dilema gila bah...kau nak aku masuk mana nii??haihhh...erkkk..entah laaa..aku sendiri blur , blur dan blur...entah mana satu aku nak amik...haha..tengok laa apa aku nak amik kan, maybe teknik lerr kot..kalau SBP and Teknik aku tak dapat..aku akan stay dekat SBP Darul Ehsan aje laaa

haha..weird??yess itu sekolah aku yea wahai reader tersayang .haha...kadang-kadang aku tak yakin langsung aku boleh dapat..gahhhh...behhh aku bukan pandai mana pun...so , mana layak dapat.ramai lagi beb yang dapat straight A's plus-plus...haha

so , its okayy..aku tak kisah pun kalau tak dapat...aku redha je..okayy , lepas je taklimat habis dalam pukul 9.30 pagi...kitorang dapat keluar rehat dalam pukl 9.50 pagi...lepas rehat tu , ada laaa taekwon-do...memandangkan nazihah and nurathira tolong ustazah dekat bilik guru , so aku pun nak menyibuk juga..

sebab apa aku nak menyibuk?? sebab aku tau , dorang ada tujuan lain...haha....dorang taknak masuk pun taekwon-do tu , haha..so aku pun join the club la...mana boleh tinggalkan mcm tu saja..haha..dah pukul 11 lebih baru nak masuk dewan , kena sit up 50 kali..hah..nasib lepas lerr

okayy lerr..memandangkan , ini aje aktiviti kitorang sebagai pelajar form 3 , memang agak bosan , rasa macam taknak pergi sekolah je..yalahh bosan tahap maksima .. jangan cakap laaa..nasib bawak phone je..tu pun , kalau kena spotcheck tu , haihhh..jangan cakap la kan...

so sampai sini saja laaa

                                                        taknak pergi sekolah esok!!!!
hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Tuesday, October 18, 2011

Pasca PMR 2011



Assalamualaikum WBT

entah hari ke berapa kami ber-pasca...yang pasti sudah dua minggu kot...entah laa..then , sepanjang masa ni , bebudak form 3 banyak meluangkan waktu dekat dewan...disertakan dengan pelbagai aktiviti yang kadang-kadang boleh bagi aku menguap banyak kali...

dan dan dan , hari ini..bersamaan isnin kan? isnin ni la biasa nya budak-budak sekolah bangun awal nak gi sekolah awal-awal..tapi kan , hari ini , aku agak berlainan sikit...geee...boleh lak terlajak tidur..sedar-sedar 7.20..haha..ngok jgak aku ni..tapi memang la kan , gastrik aku naik tiba-tiba...so , mula-mula memang taknak pergi la kan..tapi monitor class aku suruh datang , so , terpaksa laa mai

so guess aku datang pukul berapa?? haha





8.30 pagi.haha..orang dah habis perhimpunan aku baru sampai..sengal betul kan?then , masuk sekolah , muka langsung takde muka bersalah...tak sangka aku boleh jadi pelajar yang BEGITU BAIK hari ini..haha....abang aku kata...Like Brother Like Sister...haha..lagi lah sengal

aku datang , masuk lalu pagar utama sekolah then lalu kantin..opsssss...kantoi dengan guru disiplin..but..wait! dia tak panggil aku pun..so rileks je jalan sampai dewan..haha.masuk dewan , muka aku memang agak pucat..and muka budak sangap gila nak tidur..tinggal bagi bantal je la

nasib baik masa aku masuk dewan tu , bebudak form 3 macam berterabur...so , tak nampak sangat la aku ni budak baru datang sekolahh...haha..datang-datang je , safiah sebagai penolong ketua kelas , pelik je tengok aku datang...siap tanya.."eh ame! kau datang eh? " haha...dengan bangga aku jawab ... "ha'ah"

heee kurang garam bin asam betul aku ni kan? haha..nasib baik laa dia tak hantar kedatangan lagi..kalau tak mau aku kena jumpa ustazah then cakap...haha...bak kata member aku tadi..AJL SMK Darul Ehsan agak bosan .. yang best nya masa azam dengan arisya...azam main gitar dan arisya nyanyi

lepas je rehat...ada pertandingan lagu dan puisi pulak...dan aku masuk..ohh yess.microphone memang takde dekat aku , so aku rasa aku macam tak nyanyi je tadi....then , ramai bebudak kata aku macam kayu besi atas stage tu..haha..segan nya!!

lepas tu , balik ..jap2! aku ada benda lagi nak bagitau..haaa..kan kelas kitorang ada buat sudut PPDa...tak sangka boleh menang lerr...haha..ni semua atas kerjasama dan penat lelah Anajihah Binti Suhairi...

so , dah boleh choww dah kan?? byee..see you tommorow


hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Thursday, October 13, 2011

are we friend forever?

something wrong somewhere right? yesss..akhir-akhir nii..aku terasa tersisih , disisih...macam-macam .. terasa bila susah orang cari , bila senang orang lupa...okayyy..sepanjang aku berkawan dgn orang , terasa banyak sudah bersabar..bersabar lagi yeaa ame ^_^

ya ya ya , mungkin aku cepat terasa akhir-akhir ni .. apasal?? sesukahati aku la kan? mentaliti aku tengah tak stabil...haha,tipu je.... kekadang terasa better i'm going to be alone..then , there's no one can hurt me  .. right? correct me if i'm wrong

okay , sebenarnya , aku taknak pun paksa orang kawan aku..aku taknak meminta-minta....agak-agak siapa sudi jadi kawan aku , aku pun okayy je , malahan aku boleh jadi rapat even sebelum ni , langsung tak bertegur kan?? yess..

manusia makan manusia untuk hidup , sama seperti habitat binatang yang memakan binatang lain untuk hidup , so better , aku makan nasi , dari makan manusia...kan?? okayy , jangan nak lurus bendul sangat la .. cuba jadi pintar sekejap..boleh??

sometimes , bila dorang mintak tolong , pasti nya kau , kau , kau dan kau akan tolong.betul tak?? even kau taknak buat pun , kau berusaha nak buat jugak...kan?? but why u did it?? yeahh.maybe kau fikir dia kawan kau , dan kau akan buat untuk dia..betul tak??

yes...faham tak apa yang sepatutnya?? patutnya korang , korang , dan korang kena cakap "TAK!!" bila kau rasa taknak buat..bukan paksa diri buat benda yang kau taknak..betul?? yess , mudah untuk katakan "TAK" tu ,, nak atau taknak je untuk katakan

ohhh..susah ehh?? bukan mudah kan?? yes , sometimes itu lah aku rasa...dan aku ni pulak , jenis susah betul nak menolak , apa yang aku taknak..haiyooo..manusia macam aku ni lah selalu di tindas , dan di perkecilkan .. betul tak ?
most of us ada bestfriends kan??macam tu jugak aku..ya , entah betul ada ke tak , aku pun tak tau , haihhh..biar ALLAH tentukan hati mereka ... ikhlas atau sekadar apa... hanya Allah yang tau , no matter what , aku akan senyum ,.. even pahit semacam je masa aku senyum , aku nak orang tau yang aku ni cool je , insyaAllah kalau dapat macam tu

and and , most important thing , when u did not smile to other , then they will ask u , more , more and more.. then , senyum je lahh..apa masalah nya?? so , hopefully , korang senyum ..tak perlu kata apa-apa..haha..whatever lah makcik , pakcik..asalkan senyum .. haihhh.

so , apa lagi mau bikin lepas ni ? senyum je , senyum ... even kau tengah ada problem..alahai...apalah susah nye ajak kau senyum ? haha..kawan-kawan kau tu marah ke? tak pun.even kadangkadang dorang tak tegur kau , tak gelak dengan and tak duduk semeja dan bergossip dengan kau , buat donnow sudah laaa..

asalkan kau boleh hidup..ehhh ada ke kawan kau yang tak bertegur sapa dengan kau , boleh buat kau mati?? aku tak pernah lagi dengar cerita macam tu , setahu aku la kan , even kawan kau tak tegur pun , kau masih dapat oxygen kan? so keep ur mouth quiet..dont say anything..just be alone for awhile..

rilekss la ehh..sempoi-sempoi je..haha..kadangkadang aku nak salute jugak lelaki ni , imagine that dorang boleh jalan sensorang , makan sensorang ,..tapi kita perempuan ?? takde kawan , memang susah nak bergerak ke mana-mana

okay , so memandangkan aku dah banyak membebel...dan berleter...baik aku undurkan diri dulu..banyak-banyak bebel pun , bukannya orang suka..hahaha..

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia


Wednesday, October 12, 2011

Bahagia sampai tak terkata-kata

Assalamualaikum WBT...

harini bermula lah kisah aku sebagai pelajar lepasan PMR...cehh..ayat macam dah lepas SPM je kan?hampeh sungguh...ohh hari ni kena bangun pergi sekolah...dan ternyata aku sangat malas untuk bangun pagi..tapi apakan daya..

suara Imam yang melaungkan azan tu sungguh mendayu-dayu sampai tersedar aku ... oh pagi ni hari rabu kan ? bersamaan 12.10.2011..kan kan kan?? lahhh..hampir-hampir je aku terlupa yang aku ada janji dgn someone..someone yang aku tak pernah duduk semeja and berborak macam kayu hape entah

then harini macam lambat je ke sekolah..kan? sampai-sampai pun tepat-tepat loceng bunyi..fuhhhh..legaaa,kalau tak ngadap la aku muka pengawas yang tak berapa comel tu garang bagaikan monster lapar (kurang ajar betul aku ni) hahaha..sorry

pagi tu , macam biasa lah sekolah aku ada buat bacaan doa sikit...and bebudak form 3 di arahkan masuk dewan..what? mesti bosan tahap gaban..yess..aku tau dari awal lagi..memang sebelum rehat tu , bosan betul , macam nak tertidur pun ada jugak...itu yang asyik nyanyi lagu cinta muka buku tu...*nervous*

aku sebagai pengawas PSS , sepatutnya kena jaga mulut dekat dalam tu , jangan bising , tapi aku plak yang bising melebih..haihhh..teruk jugak kena perli dengan senior-senior dkt PSS tu , ohh tujuan aku ke PSS sbb ada meeting .. tu je pun..bukan ada apa pun

lagi satu , aku sampai kena marah dengan nazihah sebab tak ngheti dok diam..sampai dia rimas tengok aku.. haha..takpe2..aku try diam sampai waktu habis sekolah...lepas je sekolah..otak aku kembali mereng , dan kembali nervous...why why why?? tell me why~~

haha..sebab tu la!! sebab nak kena jumpa someone . yang tak pernah duduk semeja , borak-borak macam kayu..haha..nazihah , kak dina , kak yana , and abg amir teman aku jumpa dia ...

 jeng jeng jeng..sah sah la aku jumpa Afif Farhan tu hah..

nazihah kata , aku dengan Afif nampak bebenor kekok nya..haha.aku pulak rasa macam okayyy okayy je...ehhh..mana ada kekok..macam kawan-kawan la ni kan? kan kan kan ? tapi tak lama pun jumpa Afif..sebab Abah tepon nak amik aku awal

kata nya nak hantar permohonan borang PTPTN abg cik.. so terpaksa lah aku melangkah meninggalkan kedai tu , haha.. sadis betul .. kesian Afif..dah la baru nak jumpa aku..dan jumpa pun tak lama mana..ujian kot..nasib baik Afif faham..

mula-mula aku dah nak melintas dah..tapi memandangkan aku ni dah ter'fobia' dengan kereta yang lalu-lalu tu , so aku ajak la nazihah teman..ada ke patut dorang suruh Afif , dorang siap kata , biar orang tersayang yang hantar..nak tergelak jugak laa..pandai dorang kena kan aku en?

and Afif pun bangun and hantar aku..baik hati kan? cehhhh..puji lebih-lebih pun tak boleh jugak Afif ni , kang dia plak yang kembang *sorry*.... ape-apehal pun , aku tetap kesian dekat Afif , and kitorang  akan jumpa lagi lepas ni , InsyaAllah , kalau Allah benarkan ... and takkan berdua , aku akan ajak orang lain jugak..haha

lepas tu , aku berlari naik PSS , amik beg aku , bila turun je , abah dah sampai , nasib baik abah tak banyak tanya , just dia fikir aku merayap je , tapi mesti la aku cakap tak , aku cakap pergi kedai makcik kelantan tu je , sebab sebelum pergi tu , ada meeting kejap dekat PSS..dan Alhamdulillah abah tak fikir aku merayap kemana-mana selain kedai makcik kelantan tu

yess , sepanjang tiga tahun aku sekolah dekat SMK Darul Ehsan , aku tak pergi mana-mana pun , aku akan lepak dekat sekolah lepas balik atau lepak dekat kedai kelantan , tu je , ataupun kadang-kadang hari jumaat , masa kaum adam pergi menunaikan solat junaat , aku dengan beberapa kawan aku , akan pergi ke kedai D'walid..haha...sebab setiap hari jumaat , akan ada diskaun..haha

so , sampai sini sahaja la coretan hari ni , tak best kan?? takpe-takpe..esk maybe best sikit kot . just wait and read <3 <3 <3

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia