Pages

Sunday, February 19, 2012

Hari Penuh Peristiwa

Assalamualaikum W.B.T

hari ini, hari apa ye readers? ya! Bagus! Hari Sabtu laaa kan, Hari JALANJALAN SEDUNIAAA! aku ni gila apa, siap nak caps lock bagai, okay laa, memandangkan hari jalanjalan sedunia, sejak pagi yakni , lepas pukul 7:30 aku dah takde dah dekat rumah, bermakna, aku dah keluar dengan, Mama, Abah and my youngest sister Tasha aka Leen

sebelum keluar jalanjalan, Tasha aka Leen, kena pergi Nasi Lemak Kopi O' dekat TV9, so, kena pergi dulu laa, nak tunggu turn dia, memang tak lama jugak laa,..sementara menunggu dia di make ter-over dekat make up room, aku ternampak sorang aweks kakak ni,.. mula-mula macam pernah nampak, bila aku pergi bilik make up, nampak Pierre Andre, ehh, laa! ni gerenti pasal cerita terbaru dia.."Chantekk"..rupa nya yang aweks kakak yang aku nampak tadi rupa-rupanya Nurul Ekasari..*rugi tak tangkap gambar*

then, masa segmen adik aku pulak, aku dah nampak someone, yang macam aku minat dulu, okay, buat donow dont care dulu, kisah pulak aku? okay, bila tengah duduk termenung phone aku yang tak berapa canggih ni, aku teringat, laaa, 'someone' yang aku nampak tu, rupa-rupanya Sir Khairil Azam rupa-rupanya.. Apa la kau ni NurHafzleen Amelia! manusia yang sikit punya famous amos tu pun kau lupa,.

then, masa nak balik tu, boleh pulak Dato' M.Nasir lalu depan aku, ehh! terperanjat gegirl tahu? nasib tak kena heart attack, sebab sifu lalu depan gegirl..haha, Abah dengan Tasha aka Leen, sempat laa tangkap gambar bersama.. kan? Tasha aka Leen pun sempat tangkap gambar dengan Sir Khairil Azam aka Aril.. dushh, betul-betul sedih laa

kebetulan, hari ini kan ada audition mentor Ella, kan? so, masa aku turun nak balik, keluar je lift tu, fuyooo! ramainyaa manusiaaa! halamak diorang ni mesti terror-terror menyanyi..then, masa mata aku melilau duduk tengok ramai lelaki ke ramai perempuan, aku nampak muka yang sungguh laa familiar dekat sekolah SMK Darul Ehsan tu haaa

okay, nama di rahsiakan, memang sungguh pelik bin ajaib, aku terjumpa dua orang manusia itu di sana, haaa, ada ke patut salah seorang dari diorang dua orang cakap aku makin pendek! hailaaa! lu brader, wa touching laa cenggini.. tak apa laa, asalkan wa tetap comel kan brader? HAHA

okay, lepas tu, kitorang menuju ke rumah ustazah Hairul ik4 dekat Damansara Damai, mula-mula sampai, aku ingatkan , cool je laa diorang,tak nak serbu, so, aku takde laa kisah sangat, then, bila dah masuk dalam dewan , and Afiq IK pun baru datang, Afiq kena serbu dulu,.. kesian gila dekat Afiq, mana tak nya, dia tak sempat duduk and makan lagi, haha

bila dah terasa reda sikit, Tasha aka Leen dengan Hairul pergi laa tepi swimming pool , di sebabkan dekat sana pun ada swimming pool jugak, then, tak pasal-pasal diorang kena serbu, haaa, baguihhh laa tu, Afiq kena serbu kat dalam, diorang kena serbu dekat luar, kelakar betul, sampai Abah risau anak dia hilanglah..

then , ada laa slot-slot lawak yang kelakar, SLOT MELATAH..serius kelakar gila, ada sorang abang ni, kelakar gila, diorang suruh abang tu campak phone atas meja, dia campak, lepas tu Afiq suruh abang tu letak phone dalam cawan yang air nya dah setengah. nasib baik tak muat masuk je, then , Hairul ke Tasha aka Leen cakap dekat abang tu, letak phone atas nasi.. dia letak jugak, kelakar laa jugak tadi, ..

lepas tu, balik je dari kenduri, kau orang bayangkan je, Hairul ajak main bowling dekat selayang mall aku dengan Tasha aka Leen, dah laa pakai baju kurung, memang kena main jugak laa, Mama amik dua game je, nasib dua game je kan.. hehe.. first game aku, memang laa lepas, second game, memang lepas, lepas masuk longkang je.. sakit hati jeee..ayoyoyoy!

lepas main bowling, teka kita orang ke mana,..yee, memandangkan selayang mall tu dah dekat dengan Just-K selayang mall, iaitu tempat ber-karaoke, jadi Hairul ajak karaoke pulak.. aku dah penat, so tak larat nak layan kerenah bebudak tu haaa.. dia orang laa yang nyanyi lepas geram, memang sampai men-sumbangkan lagu laa! haha..

okay laa, untuk segala gambar, tunggu, nanti-nanti aku upload :) malas nak upload sekarang, aku kan baik..

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Friday, February 17, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012





Assalamualaikum W.B.T

aku rinduu dekat belog aku ni, mengalahkan aku rindu dekat fesbuk and twitter . ha! korang nak tau, tahun ni, apa yang istimewa sesangat sambutan maulidur rasul 2012 dekat SMK Darul Ehsan , sebab, tahun ni, cikgu-cikgu panggil Imam Muda Asyraf datang sekolah..heaven kan? haha..aku tak kenal sebenarnya siapa dia Imam Muda Asyraf, sebab aku tak pernah tgk rancangan tu, yelah, zaman sekarang orang main astro je, rumah aku mana ada! tapi aku pernah laa dengar cerita pasal para Imam Muda ni

and kalau korang nak tau, aku tak sangka pulak, ramai school-mate aku , kenal dengan Imam Muda Asyraf ni...oh, aku seorang je ke yang tak kenal? masa dalam dewan, ramai cakap yang dia dah datang, semua panjangkan leher macam ziraffe..mostly yang buat macam tu, girls laa. and tak terkecuali aku, ehh aku nak tau yang mana satu, tu je kan..

ohh ya! for those yang tak kenal Imam Muda Asyraf, aku tolong google kan, gambar dia
Imam Muda Asyraf

it's him! siapa lagi kalau bukan Imam Muda Asyraf kan? okay dah, meh aku habaq mai pulak.kalau korang nak tau, masa ustazah bagitau dekat student yang Imam Muda Asyraf ni dah berkahwin dan mempunyai seorang anak, girls student siap mengeluh lagi.. kelakar betul school-mate aku..

then, masa dia bagi ceramah, aku rasa, for the first time,.. aku takde laa rasa nak tertidur ke apa, cuma aku rasa masa tu, berjalan dengan pantas, tu je laaa.. cara dia sampaikan ceramah, sungguh-sungguh menarik dan best sesangat! aku rasa seronok sangat masa dia sampaikan ceramah tu..and aku rasa macam nak sambung dengar apa yang dia duk sampaikan..

tapi apa yang palinggg aku jealous bila aku ternampak gambar ni dekat fesbuk and twitter kak zatil hidayah!



unfair gila kan? macam mana entah diorang boleh pulak tangkap gambar dengan Imam Muda Asyraf..tu nampak yang akak pegang DSLR tu? dia laa tu. Kak Zatil Hidayah.. yeee, kejam tak, kejam tak? entah macam mana diorang ada chance jumpa Imam Muda Asyraf ..sabar je la kan? ayoyo

okay, laaa, cukup sampai di sini sahaja.. oh yaaa! sebelum aku menutup belog aku..aku nak sampaikan something, Pesanan Rasulullah S.A.W sebelum kewafatan baginda
"Dengarlah wahai sahabatku, Aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang dan telah aku tinggalkan kepada kamu 'dua penasihat' yang satu daripadanya pandai berbicara, dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah Maut. apabila ada sesuatu persoalan yang rumit timbul antara kamu, hendaklah kamu kembali kepada Al-Quran dan hadisku. Sekiranya hati kamu itu keras, maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran daripada mati"  - dari majalah solusi

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia 

Monday, February 13, 2012

i'm gonna miss you

Assalamualaikum W.B.T

its been sooooooooooo long aku tak meng-update apa-apa dekat belog..sampai password pun hampir-hampir lupa..Astaghfirullahalazim...sebenarnya..aku rasa harini mata aku akan membengkak mengenangkan segala benda yang aku lalui bersama-sama HARLY'S dulu..dari form 1 sampai form 3, and now, we are getting older together..

tapi apa yang sedih lagi menyayat hati, one of us,akan pergi ke sekolah terbaru dia..iaitu Nur Natasya Binti Azahari..pernah dengar kan? yess..aku memang rajin mentioned nama-nama HARLY'S


yes, her name. Nur Natasya Binti Azahari. dia dah macam kakak aku dah.. perkenalan kitorang ni, dah nak dekat 4 tahun laa, since masuk SMK DARUL EHSAN, sejak tu, kitorang kenal-kenal.. bukan takat dia je yang aku kenal, sama jugak la macam ahli-ahli HARLY'S yang lain..

di saat kawan-kawan aku yang lain, yakni, Aisyah, Nazihah, Safiah, and Thira dapat kelas sains. aku dengan tasya pulak terlajak ke kelas akaun, memang rasa lain tahap gaban la bila terpisah jauh, tapi, lama-lama kitorang dah terlalu busy dengan kerja masing-masing, semua dah terlupa hal untuk bergossip.

dari dulu lagi, aku dah tau, Natasya memang nak ke St.Mary, ingatkan dia tak dapat laaa..yelah, nak masuk sana bukannya senang, kan? sama saja macam nak masuk SMK DARUL EHSAN, turun naik PPD jugak laa ayah dia ... then, untuk sebulan lebih jadi desk-mate dia., jadi class-mate dia, memang seronok, kadang2 siap ber-bajet-bajet kalau dah siap kerja, main perli-memerli kalau add math dah siap, haha.

then, main bola tampar sesama, betulkan ayat grammar sesama, sesama tiru jawapan bagai, dia yang kejutkan aku, kalau aku tertidur tang masa BM, macam-macam benda laa, aku yang bebel dekat dia, masa dia tengah lupa yang dia banyak lagi kerja nak kena buat dan sebagainya..

dan hari ni, bersamaan, isnin 13/2/2012 dia tak datang sekolah sebab ada interview dengan guru besar st.mary, so, bila dia balik dari sekolah st.mary, one of my classmate, jerit nama aku,yakni Anis, dan apa yang pasti Anis cakap "Ame, tasya dapat tukar" sentap kejap aku, suddenly je, air mata aku ni, nak jatuh, memang teresak-esak aku nangis tadi..

buat BM pun, air mata mengalir je, sengal betul , sampai je masa balik , tasya datang dekat meja aku, dia pujuk aku, macam aku ni adik dia, sweet kan? aku susah betul nak terima hakikat, bila dia kata, hari ni, last day dia dekat sekolah, lagi tersentap la aku...aku try to be strong. menangis lagi.. aduiii

then, lepak-lepak, Natasya kata, Farid pun, nak pindah sama, aihh, semua nak pindah ni, lagi haru aku! aku je yang macam sayang Darul Ehsan tu lain sikit. sad story happened here.. okay, dah laa. start esok, aku kena biasakan diri aku untuk duduk sorang-sorang..sedih betul!

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Wednesday, January 11, 2012

Sahabat Atau Kawan?



Assalamualaikum W.B.T


Korang mesti ramai kawan kan? tapi mesti sikit je sahabat kan? pernah sekali ada orang cakap dekat aku, SAHABAT dan KAWAN, walaupun maksud sama, ejaan dan sebutan tetap lain kan? okay, sebenarnya SAHABAT dan KAWAN itu sama sekali berbeza maksud


SAHABAT

Sahabat bagi aku, orang yang sentiasa ada bersebelahan dengan aku, bila aku susah atau bila aku senang, dia ada je dengan aku, tak ke mana, bukan lah bermaksud, aku masuk toilet, dia pun join masuk toilet, bukan! maksud aku, sahabat yang caring untuk aku, yang selalu tolong aku, dan aku pun akan tolong dia, yang selalu gelak ketawa dengan aku

Sahabat, kita selalu dengar masa zaman Nabi Muhammad S.A.W, bukan nya kawan, sahabat-sahabat Nabi yang selalu ada tolong Nabi Muhammad S.A.W untuk sebarkan dakwah Islam, walaupun susah payah macam mana sekali pun, sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W sedikit pun tak pernah berjauhan dan mengadu keletihan untuk tolong Nabi Muhamaad S.A.W menyebarkan dakwah.

KAWAN

Kawan bagi aku pulak, lebih kepada datang dan pergi, pergi dan datang, percaya tak korang, seorang kawan itu akan pergi daripada korang, bila dah jumpa seseorang yang lebih sesuai dengan jiwa dan raga dia, dan akan datang balik pada korang, apabila dia terasa 'kawan' jiwa dan raga dia tu, dah tak boleh dengan                   dia.

begitulah seterusnya, sesungguhnya, kawan amat amat senang la untuk carik, carik dekat Chow Kit Road pun ada, yelaa,.. kalau hai hai bye bye pun dah kira ada kawan, ye dak? dan yang paling seronok nya bila ada kawan macam ni, masa korang senang, dia pun nak senang- lenang dengan korang, tapi bila korang susah, dia punya lah senang lenang lupakan korang...

sepanjang aku hidup ni, buat masa ni, takde lagi lah manusia jenis aku jumpa, kecuali bila kawan aku bertukar lawan aku,.. maybe takde lagi kot..

Thanks to all my friends, HARLY'S (NAZIHAH, AISYAH, ATHIRA, NATASYA and SAFIAH)
 juga pada Mayang Zaidani Ibrahim Binti Daud yang selama ni jadi kembar aku
dan yang terakhir , thanks juga eh pada Afif Farhan 
thanks sebab jadi sahabat :)
sayang korang semua! 

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Sunday, January 8, 2012

Chalet Rimba Jinbara



Assalamualaikum W.B.T

Harini hari Ahad, yeshh , menghadiri kenduri kahwin pakcik aku punya anak buah...jumpa anak Jepun bangsa Melayu ! heihh..sorry, sebab muka dia ala-ala Oshin..and dia terlalu comel sungguh-sungguh!

                                                      Tasha aka Leen, Oshin , Suffina

lepas kenduri tu, Mama and Abah nak pergi somewhere..hee..kitorang punya lah excited nak tau! sampai satu tempat ni, yang kiri kanan nya hutan belantara bagai,yang amat tenang! memang susah jugak la nak cari tempat-tempat cenggitu dekat area Kolumpor ni haaa..

then, sampai la dekat Chalet Rimba Jinbara, which is, budak-budak Jinbara punya kedai kan kan, then , abah plan nak ber-holiday laa dekat sana, so sementara , Abah dengan Mama tengah survey-survey, aku ajak Kak Ngah dengan Adik aku Tasha aka Leen beserta anak buah aku Kimie pergi merendam kan kaki dekat sungai yang amat-amat sejuk! hee

habis basah kain, bayangkan aje laa, kitorang punya la excited bagai , sampai tak sedar, yang kitorang semua tengah pakai baju kurung..okay, turun sungai pakai baju kurung, angkat kain tinggi-tinggi,..luckily tak ada ramai mana manusia kat sana..

tak ada gambar la wahai sekali readers..and apa yang bertambah-tambah best, Abah kena tegur dengan Pak Long yang dok nyanyi lagu Selagi Ada Rindu tu laaa..borak punya borak,..adik aku Tasha aka Leen kena bagi nasihat bagai,  sampai kan nak balik tu, Pak Long kata, dia tak puas borak dengan Abah..pelik juga

sungguh seronok ini hari meyh,.. masuk dalam kereta jeh, semua tidur, Abah dengan Mama jeh yang tersedar,.. Abah dah tentu-tentu laa kena sedar kan? siapa nak drive pulak nanti? haha...yang Adik aku pulak, seronok senang hati dia jeh bersandar dekat aku, macam bantal dia kata, okay..kejam!

boleh stop kan? masa dah tamat...nanti kita berceloteh lagi eh?

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia 

Saturday, January 7, 2012

Rindu Awak Semua !

Assalamualaikum W.B.T

sekolah dah mula kan kan kan? aku pun dah start sekolah sebagai student form 4 .. ramai gila kata orang kata, form 4 ni honeymoon year...meh sini aku sekeh kepala nak? selamba comel korang je kata honeymoon year...ewah ewah ewah...

aku rasa tahun kepala botak ada lah kan? nasib baik jugak aku tak amik pure science...memang mula mula nak gila kan masuk pure science, tapi bila aku dapat kelas account.. aku masuk aje laa...  bila lama lama aku lepak kelas account , aku rasa macam syok la pulak...hahaha

geng aku kebanyakan masuk pure science... Aisyah dapat kelas 4 Science Lambda, Nazihah and Safiah dapat kelas Science Theta, Athira dapat kelas Science Gamma...all of them, amik Bio.. memang kentang gila diorang ni! Aku dengan Natasya aje amik 4A1 . yakni kelas Akaun

masuk kelas tu, memang rasa lain daripada yang lain, sebab apa? sebab ada lelaki.. yes! dah hampir 3 tahun, aku asyik satu kelas dengan perempuan je semua, tapi bila form 4 ni ada lelaki , rasa macam pelik jeh, so,untuk 3 hari aku sekolah ni, macam-macam benda la yang dah jadi...

untuk pengetahuan korang pulak kan, kelas baru aku ni...ecehh kelas baru konon, memang ramai gila chinese,... melayu 16 orang , 14 perempuan melayu, 2 orang lelaki melayu, yang lain semua nya chinese..opsss..terlupa sorang indian kelas aku..

ada laa dalam 41 orang kelas aku tu..tak ramai mana kot..Alhamdulillah kelas aku takde la macam tin sardin macam kelas-kelas yang lain... memandangkan aku kelas 4A1 , so , aku dapat subject add math, prinsip akaun dan ekonomi asas..berbeza sikit dengan kelas 4A2,.. kelas sebelah amik prinsip akaun, perdagangan and seni lukis kot kalau tak silap aku..

mula-mula aku conpius jugak nak amik kelas yang mana satu.. so aku called abang aku yang nun jauh di uitm seri iskandar tu, tanya pendapat dia..nasib baik masa tu dia dah habis kelas..hee,bincang-bincang bagai dengan dia, dia kata lebih baik stay aje kelas 4A1... kalau aku tak faham add math pun, aku boleh tanya chinese girl yang ada.. dan akhirnya, aku jadi budak akaun

untuk pengetahuan jugak, aku berpisah jauh dengan geng HARLY'S aku.. yes, diorang semua akan lebih banyak membincangkan hal-hal science yang takde kena mengena dengan aku, sometimes ada rasa terpinggir, tersisih bagai, tapi bila fikir balik , itu kan norma kehidupan? biasalah...

certain people pulak , ada fikir budak akaun ni, result tercorot..yet..kau duduk kelas science pun kan, tak semestinya kau bagus weyh, harap maklum..sekian..aliran lain-lain jangan la pandang budak-budak akaun macam tu *pembela budak-budak akaun*

aku pun dah lama tak spend time dengan HARLY'S.. kalau ada pun , masa rehat or balik , itu je la satu-satu nya masa untuk jumpa dengan diorang..yelahh..jadual diorang kadang-kadang balik lambat..memang tak di nafikan, kitorang semua dah jarang gila bergossip bagai..haha

it's okay, maybe awal-awal tahun je kot macam ni...ataupun, sampai akhir tahun, tegur hai-hai bye-bye je ke, who knows...biasa laaa..kalau dah masing-masing berenggang kan? nampak macam aku menjauhkan hati dan nurani aku kan? cehhh

tapi apa yang paling mengharukan aku, masa Nazihah explain dekat aku, pasal soalan add math, Nazihah kata muka aku, nampak sangat muka blur ! haha.. itu Nazihah risau, ishh kawan aku ni, kesian dia risau sampai macam tu sekali...yes , for add math and math, aku kena struggle lebih sikit.. En.Afif Farhan dah banyak kali perli aku..seronok betul kerja dia...haha

okay la readers..got to go..tengok jam dah pukul 2:26 pagi..esok nak bangun awal pulak kan? To all my fellow friends..especially Aisyah, Safiah, Nazihah, Athira, Natasya, and tak lupa jugak kepada Hafizah yang berada di kelantan nun jauh di pantai timur, goodluck to you! do the best.. sayang korang sungguh2

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia

Tuesday, January 3, 2012

Dulu Kenangan , Sekarang Masa Hadapan



Assalamualaikum W.B.T

Mesti korang semua rindu aku kan? elehhh..padalah bukan rindu aku tu , rindu adik aku kan? nak tengok dia jeh korang ni..*touching*  .. Ha, memandangkan aku ni dah jadi BEKAS calon PMR 2011..result aku tak laa macam yang aku harapkan , serius rasa macam nak menjerit je..okay sedih punya result takyah tanya!

masa aku pergi amik result , aku pergi sorang-sorang je,.. tapi nasib aku kira baik jugak lah sebab Azizi ada teman aku , Nazihah pun sama.. yes..masa dapat result, memang aku tak boleh terima kenyataan , tapi , nak buat acane..dah masa exam tu, tak berapa nak sihat kan..langsung takde kekuatan mental betul aku ni! dah nerhenti bercerita pasal ni

Semua tengah sibuk bercerita pasal 2012..betul tak? pergi kedai kopi , cerita 2012, pergi kedai mamak pasal 2012 lagi , pergi kedai alaa mana-mana kedai laaa , semua dok heboh pasal 2012..apa nya yang sibuk dengan 2012 ni? lagi buat aku gementar , cuak , takut , seram , happy , and macam-macam lagi laa..

aku macam takmo ngaku yang aku ni dah jadi student form 4, lagi satu kan .. aku paling tak suka orang tanya umur , then bila cakap aku ni bakal form 4 , mesti diorang pelik , ecehh...seronok berbaur gumbira la ni? aku tau laa aku ni rendah-rendah je haaa.. si hairul ik4 pun lagi tinggi!

here , i just wanna to say

selamat tinggal 2011..selamat tinggal jugak NurHafzleen Amelia yang nakal lagi childish...yess..and and 2011 banyak gila kenangan manis , pahit , masin , tawar , semua laaa! teringat dalam kelas geografi yang di ajar oleh cikgu Rapi , aku memang rajin tidur dalam kelas dia.. haha

and also kelas math , tak boleh lupa! kalau aku tak tau jalan kerja tu , mesti buku safiah or athira jadi mangsa..tak pun orang depan aku , yakni adha..haha..adha memang cool gila! thanks adha and sesiapa yang kasik aku tiru jalan kira korang tu...cehhh..cakap straight terus kau ni ame!

and kelas science pulak eh? seronok jugak kadang kadang.. tapi kadang kesian teacher Zubaidah...selalu sgt marah kitorang, nasib baik tak bertukar suara..haha...itulaaa...dia selalu marah sebab certain student kelas aku ni suka buat kerja last minute...tak terkecuali aku laaa..haha..

untuk kelas P.Agama Islam , memang seronok...siapa tak siap modul , kena cubit..pernah la jugak dua tiga kali aku kena cubit! sekali sekala kena cubit, sedap jugak kan? sampai berlebam laa..teringat masa ustazah nak cubit aku...tetibe Nazihah menjerit.. "Ustazah ! jgn cubit ame, dia tak boleh kena cubit.." haha..

okay, dah laa masa zaman kenakalan dalam 3A1..memang nakal sesangat kan...sekarang ni, nak azam jadi budak baik.. sampai cikgu puji dkt perhimpunan..itu pun bolehh.haa..biar kengkawan aku jealous! ecehhhh!

okay laa...esok sekolah kan? so ramai gila senior-senior aku wish goodluck..uhuk.sedih-sedih..aku takut sebenarnya nii! macam tak percaya aku ni , dah jadi student form 4,..ehh kira muda lagi kan? haha...itu pun nak perasan jugak.! pun boleh ame...

so readers! yang mana sekolah tu , sila laa terima ucapan ni

selamat dapat kerja sekolah yang banyak gila...selamat kena marah sebab tak sempat buat kerja sekolah yang banyak gila , dan sebagainyaa....haha..yes! harapan aku eh? moga-moga cikgu hantar aku kelas sains..yes..jangan hantar aku ke kelas akaun..demam aku karang..hahaha...

okay la korang..kang baca lama-lama juling pulak korang punya mata...*entah mana aku dapat fakta ni pun aku taktau* haha...okay laaa..byee

hak milik tercipta : nurhafzleen amelia